Wednesday, January 26, 2011

sekadar perkongsian

harrazkids

Salam semua..
Seronok lagi diri ini dapat mencoretkan sesuatu buat tatapan semua..
Di sini saya ingin berkongsi bersama anda untuk menyusui bayi anda secara sepenuhnya, walaupun anda keluar bekerja..
Bagi mereka yang bergelar suri rumah, tidak menjadi satu masalah untuk meneruskan penyusuan secara sempurna sehingga 2 thun..
Ketika kandungan kita berusia di awal2 lagi kita hendaklah mempunyai semangat @ azam untuk menyusui bayi sebaik dilahirkan hanya dengan susu ibu.. tanp setitis susu @ air pun melainkan susu ibu. Niat murni kita itu mungkin dapat di capai dengan adanya semangat & ilmu yang tinggi bagi meneruskan impian & cita-cita tersebut. I-allah..
Factor-faktor  kejayaan dalam penyusuan walaupun sudah memulakan pekerjaan:
Pengetahuan Ilmu yang cukup.
Sememangnya seorang ibu @ anda bakal bergelar ibu anda seharusnya mempunyai ilmu berkaitan dengan keibubapaan. Supaya anda bersedia menerima kehadiran insan baru dalm hidup anda. Seandainya, anda hanya menanti sebaik di lahirkan baru anda terfikir untuk menimba ilmu secara paksa mungkin anda akan tertekan untuk melaksanakan. Kerana insan baru kita tidak dapat menjngka apa yang akan berlaku.. apabila kita bersedia sedikit sebanyak memabnatu kita dalam mengawal emosi yang hadir ketika berhadapan dengan masalh yang hadir.
Perseiapan yang lengkap.
ibu bapa seharusnya sentiasa dalam keadaan bersiap dengan kehadiran orang baru. Bukan hanya dari sudut material semata-mata. Adalah wajar dalam semua aspek. Diri & mental kuat untuk melalui fasa baru dalam hidupnya.

Menghadiri kelas
Pada masa kini kelas antenatal telah banyak yang melebar sayap dalam membantu ibu& bapa dalam pelbagai permasalahan. Maka hadirlah ke kelas2 yang telah dianjurkan sebagai persiapan awal untuk melalui saat-saat indah itu. Supaya kemungkinan yang berlaku dap[at di tangani dengan cara yang baik. Dalam kelas tersebut pelbagai perisian yang di sediakan, antaranya teknik penyusuan yang betul bagi seorang bayi, teknik bersalin & mneran, serta teknik menahan kesakitan dengan cara yang betul.
Semangat yang tinggi.
Dalam hal ini kita seharusnya mempunyai semangat yang tinggi dalam memberikan yang terbaik buat si manja anda. “ permulaan yang baik ibarat emas yang bersinar dalam cahaya kerdipan matanya, bagi masa depan yang lebih bermakna”. Bakal2 ibu di luar sana x perlu gementar, teruskan dengan semangat yang tinggi dalam memberikan yang ternbaik (khusunya susu ibu) kepada bayi anda. Kerana anda tidak keseorangan, anda berada di atas landasan yang betul. Ramai lagi yang berada di luar sana menyokong anda. Teruskan.
Sokongan yang menggalakkan.
Sokonga dari keluarga, teman rapat, khusunya suami amat lah penting bagi mereka yang baru bergelar ibu. Semangat mereka berada dalam sokongan anda.  Keajayaan akan terealisasi dengan adanya semangat dan usaha kental datangnya dari seorang insan biasa bergelar ibu.

Sekian dulu coretan ku buat kali ini.
Sehingga berjumpa lagi di lain coretan semangat buat si ibu.!!!

No comments: