harrazkids
salam semua..
sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu.. teramat rindu sebenarnya.. tapi kengkangan waktu membatasinya.. heheh. ayat.. ;-)
Kesibukkan saya dalam menjalankan tugas sebagai ibu kepada 2 orang anak serta 1 orang anak susuan membuatkan waktu ibarat emas buat saya. saya mesti mendisiplinkan diri dalam apa jua waktu, contohnya waktu perahan susu, pengurusan anak2, serta suami. tambah pula tugasan saya yang cukup mencabar ini. menyusukan anak susuan. Jadi saya mesti melakukan sesuatu yang terbaik buat mereka semua. saya bukan super mak.. tapi saya ingin menjadi seorang ibu yang menghargai anugerah ilahi ini..
pertengahan oktober yang lalu, saya cukup bahagia dengan anugerah yang tidak ternilai ini. saya bersyukur punyai dia..ambik mood sikit yea. hehehe..
;-).. saya gembira , bahagia, seronok semua ada.. sebab saya punya dia.." anak susuan".. puteri kecil yang selalu membuatkan saya jatuh cinta, jatuh hati padanya. bila saya pandang riak wajahnya tak tergambar hati saya kecil sungguh insan ini.. mampukah saya untuk memberi yang terbaik buatnya.. itulah persepsi saya apabila bersua dengan si kecil ini.. alhamdulillah terbukti kini.. saya mampu menyusuinya dengan takdir MU YA ALLAH..
NURDIANA..
anakanda susuan ibu..sayang saya buatnya sama seperti puteri saya berdua ni. rindu saya jua sama ..
comelkan.. teramat lah comel si kecil saya ni..senang di urus.seribu rahmat rasanya saya punyai puteri kecil ini..
hari pertama saya berjumpa puteri diana ini, beratnya hanya 1.7 kg.. menitis air mata saya melihatnya..kecil sungguh puteri ini. saya angkat dirinya dan saya letak di pangkuan. saya memohon keizinan suami untuk menyusuinya. alhamdulillah suami izinkan. terima kasih kanda ku.. lalu saya susuinya denagn penuh kasih dan saya. bijak sungguh si kecil ini, bila saya susukan dia terdengar halus diana menelan air susuan saya. pada masa itu luluh hati saya mengenangkan si kecil ini amat memerlukan titisan emas ini. saya berazam akan memberikan yang terbaik buatnya. biarlah dia membesar seperti puteri kecil lain yang dapat memilikki nilaian emas ini.
Semasa saya menyusuinya, tidak putus di dalam hati saya membesarlah wahai anak.. ibu halalkan susu ini sayang. membesarlah dikau dalam rahmat dan kasih sayang dari ALLAH. serta saya usap kepalanya agar dia mengerti saya amat menyayanginya. dirinya tidak bersendirian , tidak terabai..dirinya punya insan yang disekelilingnya amat menyayangi dirinya..bertuah dirimu sayang..
Kini saya sudah mempunyai 3 orang permata hati. bermakna sungguh saya. saya punya mereka yang cukup membahagiakan hati saya.dunia saya cukup ceria dalam meniti hari hari yang indah. mudah2an rezeki yang di anugerahkan ini buat saya di berkati..
Saya berkongsi entry ini bersama anda semua, kerana saya ingin kongsi kegembiraan saya bersama anda diluar sana. doakan saya kuat untuk melaluinya..
Hasil susu perahan ibu. semasa di awal kelahiran puteri saya Nayli harraz. Alahmdulillah susu perahan ini dapat di milikki oleh puteri kecil saya Nurdiana. Saya bekalkan buat diana untuk di minum ketika pada waktu malam dan siang. Seandainya saya datang melawatnya saya akan terus menyusuinya secara direct. pandai si kecil ini membezakan antara puting tiruan dan puting susu ibu. cerdiknya wahai anak..
Seandainya dia menyusu susu ibu tidurnya akan lena serta akan terjaga tatkala perut mula diminta untuk di isi..bangun apabila pampers sudah penuh , sesudah itu tidur kembali. mudahkan.. heheh.. itulah dia puteri kecil nurdiana.
Susu perahan yang saya perah di awal kelahiran Puteri Nayli Harraz, saya bekalkan buat diana. Susu saya tetap ada untuk di perah. Sehinggakan ada yang bertanya kepada saya apabila mengetahui saya menyusui anak susuan "cukup ke susu"? saya akan tersenyum dan menjawab ada. sehinggakan ada insan yang membuat andaian sendiri oo.. susu awak banyak. x pe lah.. saya tersenyum jugak..tidak berkata apa2.. cuma ucapan syukur "alhamdulillah" serta di hati kecil tanpa suara ini berkata YA ALLAH rahmatmu luas buatku.. maka permudahkan lah urusan ku ini..
sekian dulu coretan saya tanpa suara..i-allah akan saya kongsi lagi bersama detik2 manis saya bersama anak susuan saya. tunggu yea..
Bingkisan ringkas buat anakanda Nurdiana:
anakanda diana, tatkala dirimu membesar dirimu dilimpahi kasih dan sayang, rumah yang sunyi di penuhi dengan tangisan suara mu..gembira bukan kepalang ibu idah dan ayah ..ibu asma berkongsi kasih serta kegembiraan itu..ibu peluk dan cium mu.. ada masa kau tersenyum duhai anak..ibu turut tersenyum..saat kau kehabisan susu perahan ibu merasainya.. mula merasai rindu.. pernah satu ketika ibu bangun dimalam hari teringat akan diri mu.. menitis air mata kerinduan ibu.. terasa ingin cepat siang untuk bersua serta menatap wajahmu..itulah hebat diri mu..
insan yang menyayangi diri mu.
ibu asma.
with love.
asma mothers of 3 lil priencess..
No comments:
Post a Comment