Saturday, January 29, 2011

berpantang

harrazkids

Salam semua.

Cuti sekolah sudah bermula. Ini bermaksud  masa bersantai bersama si kakak ni lebih  la..seronok dia.. bila saya kata ibu cuti lah saying.o.. x yah pi school la yea ibu.. aah.. x payah pi.. duk ngan ibu aje..tersenyum dia tanda bahagia..

Tercari2 idea yang ingin di kongsi bersama anda dalam penulisaan ini.. x banyak tapi saya amat berharap ia sesuatu yang cukup bermanafaat. Tajuk yang lebih ramai bloh memperkatakan. Tapi saya juga ingin bercakap soal itu..

Hehehe… di sini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman menyusukan anak kecil saya sehingga berjaya. Syukur sangat. Bukan dari sudut ingin menceritakan segalanya Cuma ingin memberi tips pada ibu2 di luar sana apabila berhadapan dengan anak yang baru di lahirkan..

Anak yang baru lahir, perutnya sebesar biji guli, teramat kecil jika di bandingankan dengan naluri kita menyatakan ia lapar apabila menangis. Cubalah periksa dulu lampinya, perutnya dan anakah dia selesa didukung @ baring dengan keadaan yang di tentukan. Cuba alihkan posisi badanya yang membuatkan dia kurang selesa. Dunianya baru, sukar baginya untuk menyesuaikan diri lagi. Tambahan pula badanya yang berbalut  sedangkan sebelum ini dirinya bebas bergerak serta bergolek-golek dalam perut kita.

Bila bayi kita mula menangis, peluk lah ia, dakapnya agar ia lebih selesa dengan kita. Sesudah tangisanya kurang cuba letakkan ia atas tilam yang selesa serta baring bersamanya agar bayi tidak merasakan sendirian. Bila keadaanya selesa kita sebagai ibu turut merasainya.

Sebagai ibu kita ingin melakukan yang terbaik buat si kecil yang memerlukan perhatian, oleh hal yang demikian janganlah kita terlalu memaksa untuknya menyusu susu ibu dengan kadar yang banyak pada hari-hari awal kelahiranya. Ia masih dalam “mood” berehat dan santai. Perutnya juga masih kenyang.

Betul, apabila kita berpantang di rumah ibu mahupun ibu  mertua kita akan rasa tertekan bila orang disekelililng kita risau anak kita menagis @ tidak menyusu. Mereka akan menyatakan susu tidak cukup, bayi lapar, kena bagi minum air masak dan macam2 lagi. Lebih menyakitkan bila kita di bezakan dengan keadaanya dulu. Dulu anaknya tidak menangis pun, anaknya baik, anaknya minum susu pun banyak dan bermacam-macam lagi. Kita sebagai anak adalah memilih jalan terbaik hanya mendiamkan diri dan selebihnya tersenyum, serta jawablah dalam keadaan lembut agar tidak ada pihak yang terasa.

Itulah yang saya amalkan bila diri ini dalam keadaan berpantang serta mendengar pelbagai cadangan dari mereka yang menyayangi saya . saya bersyukur, serta tetap behasrat anak saya hanya akan meminum susu saya sahaja. Apa jua kata mereka, saya tetap dengan prinsip saya. Alahamdulillah berjaya.

Lebih menyeronokkan sekarang, anak kecil saya sudah pandai mempraktiskan ilmu penyusuan terhadap babynya.. hehehe.. bila dia bermain dia akan menyusukan bearnya dengan payudara. Gelihati saya tengok dia.. bila ada yang dating kerumah melihat aksinya akan berkata, manak taknya, ibunya kan sibuk bercakap tentang “kopek’ dia pun turut terkana tempiasnya ilmu itu. Hahaha..

Ok lah. Sampai disini dulu coretan saya . semoga menjadi panduan bagi anda yang diluar sana yang bakal berpantang, sedang berpantang dan lain2 keadaan.. selamat menyusui bayi anda hanya dengan susu ibu..

asma moin @ harrazkids

No comments: