Saturday, January 29, 2011

berpantang

harrazkids

Salam semua.

Cuti sekolah sudah bermula. Ini bermaksud  masa bersantai bersama si kakak ni lebih  la..seronok dia.. bila saya kata ibu cuti lah saying.o.. x yah pi school la yea ibu.. aah.. x payah pi.. duk ngan ibu aje..tersenyum dia tanda bahagia..

Tercari2 idea yang ingin di kongsi bersama anda dalam penulisaan ini.. x banyak tapi saya amat berharap ia sesuatu yang cukup bermanafaat. Tajuk yang lebih ramai bloh memperkatakan. Tapi saya juga ingin bercakap soal itu..

Hehehe… di sini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman menyusukan anak kecil saya sehingga berjaya. Syukur sangat. Bukan dari sudut ingin menceritakan segalanya Cuma ingin memberi tips pada ibu2 di luar sana apabila berhadapan dengan anak yang baru di lahirkan..

Anak yang baru lahir, perutnya sebesar biji guli, teramat kecil jika di bandingankan dengan naluri kita menyatakan ia lapar apabila menangis. Cubalah periksa dulu lampinya, perutnya dan anakah dia selesa didukung @ baring dengan keadaan yang di tentukan. Cuba alihkan posisi badanya yang membuatkan dia kurang selesa. Dunianya baru, sukar baginya untuk menyesuaikan diri lagi. Tambahan pula badanya yang berbalut  sedangkan sebelum ini dirinya bebas bergerak serta bergolek-golek dalam perut kita.

Bila bayi kita mula menangis, peluk lah ia, dakapnya agar ia lebih selesa dengan kita. Sesudah tangisanya kurang cuba letakkan ia atas tilam yang selesa serta baring bersamanya agar bayi tidak merasakan sendirian. Bila keadaanya selesa kita sebagai ibu turut merasainya.

Sebagai ibu kita ingin melakukan yang terbaik buat si kecil yang memerlukan perhatian, oleh hal yang demikian janganlah kita terlalu memaksa untuknya menyusu susu ibu dengan kadar yang banyak pada hari-hari awal kelahiranya. Ia masih dalam “mood” berehat dan santai. Perutnya juga masih kenyang.

Betul, apabila kita berpantang di rumah ibu mahupun ibu  mertua kita akan rasa tertekan bila orang disekelililng kita risau anak kita menagis @ tidak menyusu. Mereka akan menyatakan susu tidak cukup, bayi lapar, kena bagi minum air masak dan macam2 lagi. Lebih menyakitkan bila kita di bezakan dengan keadaanya dulu. Dulu anaknya tidak menangis pun, anaknya baik, anaknya minum susu pun banyak dan bermacam-macam lagi. Kita sebagai anak adalah memilih jalan terbaik hanya mendiamkan diri dan selebihnya tersenyum, serta jawablah dalam keadaan lembut agar tidak ada pihak yang terasa.

Itulah yang saya amalkan bila diri ini dalam keadaan berpantang serta mendengar pelbagai cadangan dari mereka yang menyayangi saya . saya bersyukur, serta tetap behasrat anak saya hanya akan meminum susu saya sahaja. Apa jua kata mereka, saya tetap dengan prinsip saya. Alahamdulillah berjaya.

Lebih menyeronokkan sekarang, anak kecil saya sudah pandai mempraktiskan ilmu penyusuan terhadap babynya.. hehehe.. bila dia bermain dia akan menyusukan bearnya dengan payudara. Gelihati saya tengok dia.. bila ada yang dating kerumah melihat aksinya akan berkata, manak taknya, ibunya kan sibuk bercakap tentang “kopek’ dia pun turut terkana tempiasnya ilmu itu. Hahaha..

Ok lah. Sampai disini dulu coretan saya . semoga menjadi panduan bagi anda yang diluar sana yang bakal berpantang, sedang berpantang dan lain2 keadaan.. selamat menyusui bayi anda hanya dengan susu ibu..

asma moin @ harrazkids

Wednesday, January 26, 2011

sekadar perkongsian

harrazkids

Salam semua..
Seronok lagi diri ini dapat mencoretkan sesuatu buat tatapan semua..
Di sini saya ingin berkongsi bersama anda untuk menyusui bayi anda secara sepenuhnya, walaupun anda keluar bekerja..
Bagi mereka yang bergelar suri rumah, tidak menjadi satu masalah untuk meneruskan penyusuan secara sempurna sehingga 2 thun..
Ketika kandungan kita berusia di awal2 lagi kita hendaklah mempunyai semangat @ azam untuk menyusui bayi sebaik dilahirkan hanya dengan susu ibu.. tanp setitis susu @ air pun melainkan susu ibu. Niat murni kita itu mungkin dapat di capai dengan adanya semangat & ilmu yang tinggi bagi meneruskan impian & cita-cita tersebut. I-allah..
Factor-faktor  kejayaan dalam penyusuan walaupun sudah memulakan pekerjaan:
Pengetahuan Ilmu yang cukup.
Sememangnya seorang ibu @ anda bakal bergelar ibu anda seharusnya mempunyai ilmu berkaitan dengan keibubapaan. Supaya anda bersedia menerima kehadiran insan baru dalm hidup anda. Seandainya, anda hanya menanti sebaik di lahirkan baru anda terfikir untuk menimba ilmu secara paksa mungkin anda akan tertekan untuk melaksanakan. Kerana insan baru kita tidak dapat menjngka apa yang akan berlaku.. apabila kita bersedia sedikit sebanyak memabnatu kita dalam mengawal emosi yang hadir ketika berhadapan dengan masalh yang hadir.
Perseiapan yang lengkap.
ibu bapa seharusnya sentiasa dalam keadaan bersiap dengan kehadiran orang baru. Bukan hanya dari sudut material semata-mata. Adalah wajar dalam semua aspek. Diri & mental kuat untuk melalui fasa baru dalam hidupnya.

Menghadiri kelas
Pada masa kini kelas antenatal telah banyak yang melebar sayap dalam membantu ibu& bapa dalam pelbagai permasalahan. Maka hadirlah ke kelas2 yang telah dianjurkan sebagai persiapan awal untuk melalui saat-saat indah itu. Supaya kemungkinan yang berlaku dap[at di tangani dengan cara yang baik. Dalam kelas tersebut pelbagai perisian yang di sediakan, antaranya teknik penyusuan yang betul bagi seorang bayi, teknik bersalin & mneran, serta teknik menahan kesakitan dengan cara yang betul.
Semangat yang tinggi.
Dalam hal ini kita seharusnya mempunyai semangat yang tinggi dalam memberikan yang terbaik buat si manja anda. “ permulaan yang baik ibarat emas yang bersinar dalam cahaya kerdipan matanya, bagi masa depan yang lebih bermakna”. Bakal2 ibu di luar sana x perlu gementar, teruskan dengan semangat yang tinggi dalam memberikan yang ternbaik (khusunya susu ibu) kepada bayi anda. Kerana anda tidak keseorangan, anda berada di atas landasan yang betul. Ramai lagi yang berada di luar sana menyokong anda. Teruskan.
Sokongan yang menggalakkan.
Sokonga dari keluarga, teman rapat, khusunya suami amat lah penting bagi mereka yang baru bergelar ibu. Semangat mereka berada dalam sokongan anda.  Keajayaan akan terealisasi dengan adanya semangat dan usaha kental datangnya dari seorang insan biasa bergelar ibu.

Sekian dulu coretan ku buat kali ini.
Sehingga berjumpa lagi di lain coretan semangat buat si ibu.!!!

Tuesday, January 25, 2011

permulaan baru

harrazkids

salam rindu semua..

saya terlalu merindui semua untuk saya bersua dengan anda dalam penulisan ini.. syukur saya..
alhamdulillah saya beransur pulih dari demam yang melanda..kami 1 keluarga demam.. ALLAH uji kami sebab allah nak bagi kami yang lebih baik & lebih besar..saya percaya di sebalik rahmat itu.. amin..

Dalam pada itu juga, saya sibuk dengan tugasan yang menjadi tuntutan hidup.. saya syukur, sbb allah bagi saya kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan dengan cara sedemikian..harapnya dengan usaha kecil yang saya lakukan memperolehi rahmat yang besar darinya pada tahun ni.. amin...

kini saya bakal melepasi teresmiter 1.. alhamdulilah.masih ada lagi sisa-sisa mabuk..tapi saya semakin kuat..
hehehe..saya lalui saat getir penuh dugaan..dengan anak x sihat, saya demam, suami jugak demam.. lumpuh terasa hidup.. sunyi sepi kami.. tapi mujurlah saya mempunyai keluarga yang banyak membantu kami dalam mengatasi keadaan itu.. alhamdulillah..

semasa mabuk, saya tetap kuat, sebab saya akan cuba sedaya upaya untuk makan. walaupun x lalu makan, cukuplah sekadar menjamah makanan asalkan perut saya sedikit terisi..hasilnya.. anak saya di dalam rahim saya tetap kuat & aktif.. alhamdulillah.
"sayang ibu teramat menyayangimu sayang.. sayang kuat yea duduk dalam rahim ibu".. ibu teramat mengharapkan kehadiran mu dalam kehidupan ibu sayang...membesarlah bagaikan juara sayang.. ibu akan melakukan yang terbaik demi mu..i-allah kita akan bertemu bulan 8 yea".. sabar yea sayang.. dengan kerenah kakak mu.. tangisanya yang memerlukan perhatian ibu..namun kakakmu lah penawar hati ibu..insan kesayangan ibu.. begitu jua diri mu pabila bakal lahir nanti.."..

setelah sihat kepala saya ligat merancang sesuatu yang baru.. untuk bakal2 ibu dahagakan ilmu serta yang ingin memberikan yang terbaik buat si manja mereka.. tunggu yea ibu2 di luar sana,..saya akan lakukan semampu diri saya..jom sama2 yea..

seronok saya. x sabar rasanya nak bersua dengan ibu2 yang memerlukan khidmat nasihat & ilmu yang berkaitan.. saya akan lakukan..

:-)  ok lah sekian dulu coretan ku pada kali ini.. mudah2an coretan menjadi penyuntik semangat saya & kalian bersemangat mengandungkan bayi mereka..

ku bahagia..