Thursday, December 9, 2010

syukurku tidak ternilai.

harrazkids
salam semua..
syukur saya kehadrat ilahi dapat lagi mencoret laman sesawang ini..
dalam coretan yang lalu saya ceritakan perasaan bila anak wean off breasfeeding..
alhamdulillah saya berjaya.. sehingga kini puteri saya cukup kuat..semangat saya adalah  kekuatan dia.. sehingga sekarang bila tanya kakak mamam tak?.. dia cakap x nak.. dah berhenti.. understanding betul la dia.. syukur saya..

kini saya melalui fasa kehidupan yang baru.. heheh.. saya melalui saat indah itu.. harapnya saya kuat untuk melaluinya... amin.. anak ibu.. ibu berharap anak ibu sentiasa sihat dalam kandungan ibu.. bertapa gembiranya ibu bukan kepalang,.. bila mengetahui ibu hamil lagi... syukur sangat.. alahmadulillah..

ya allah, aku bersyukur kepada mu.. rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga ..syukur ya allah. jadikanlah kami insan2 yang bersyukur dengan rahmatmu..berkatilah perjalanan hidup kami ya allah.. tidak kami minta untuk kaya raya dalam kekufuran.. cukuplah sekadar kami senang dalam keberkatan mu..semoga kehidupan kami lebih berseri @ di rahmati dengan bakal kehadiran insan baru dalam hidup kami..jadikanlah hati2 kami bertaut hebat dengan kasih sayangMU ..amin2..amin.. ya rabbal'alamin..

sekian dulu coretan kali ini..
wassalam..

Tuesday, November 30, 2010

ya ALLAH kuatkan aku..

harrazkids

salam semua..
rindu sudah untuk mencoret sesuatu...kesibukkan yang sudah melanda , tuntutan waktu untuk penulisan saya terpaksa di kurangkan.. sibuk mengurus hal2 yang berkaitan..syukur.. saya mamapu..

semasa saya menulis entry ni hati saya memang sedih & menangis..kenapa?...ha..
si kecil saya sedang melalui saat " bercerai susu".. saya memang sedih..namun saya & si kecil melaluinya jua..

najla'.. 2 tahun 3 bulan 18 hari, menyusu dari ibu, merasai pelukan ibu sewaktu menyusu, menatap wajah ibu semasa dirimu menyusui ibu..di saat itu terlalu indah buat ibu sayang..waktu yang cukup bermakna , bila kau tersenyum kepada ibu tatkala mulut mu di dada ibu. bahagianya ibu.. sukar sangat ibu untuk melalui detik ini..
namun ibu harus kuat sayang..

ibu bersyukur najla cukup memahami.. malam pertama bercerai susu , ibu cukup tertekan..air mata yang menemani ibu..melihat mu dalam keresahan.. bermain2 bersama sepupu2 yang baru balik ke rumah atok membuatkan ibu sedekit lega..

pada malamnya sedikit pun anak saya x bangun kejutkan saya untuk menyusu seperti selalu.. bangun pagi pun begitu.. sebut untuk mamam (panggilan dia bila menyusu susu ibu) pun tidak.. hanya minta dengan saya nak cium je ibu.. boleh?.. terharu saya dengar.. saya cakap boleh.. bila dah siap cium, saya jelaskan pada dia kakak tak boleh mamam dah kan..dia mengangguk.. kakak dah besar, cerdik.. dia senyum & ketawa.. alangkah murninya hati si kecil ini..syukur saya dia seorang anak yang cukup memahami, bijak, & pandai mengambil hati..terima kasih sayang..

najla' harraz, ibu halalkan setiap titisan susu ibu yang mengalir di tubuh mu.. ibu berharap najla menjadi anak yang baik, yang mentaati ALLAH , rasul serta mentaati ibu & babah..

sekian dulu bingkisan ku kali ini..

Sunday, November 21, 2010

tahniah buat semua.

harrazkids
salam rindu semua..
semoga sihat2 sahaja hendaknya.. itu lah doa saya selalu..
cuti sekolah.. (musimnya telah tiba).. seronok sangat saya kerana dengan adanya cuti yang di khaskan ini peluang & ruang saya untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan kecil ini serta niat besar saya untuk membantu ibu2 yang bermasalah daalam penyusuan si kecil..

penyusuan sesuatu yang biasa sangat untuk di perkatakan @ di ceritakan.. namun praktikalnya amat kurang mendapat sambutan di klangan kita semua.untuk di labelkan sesuatu yang baru mungkin tidak.. keranaa dulu , kini & selamanya hanya susu ibu adalah susu yang paling terbaik..

tahniah di ucapkan kepada mereka yang baru melangsungkan bahtera perkhawinan, khususnya buat sepupu-sepupu, kawan2 dan teristimewa wat pembaca blog saya ini.. binalah mahligai indah penuh dengan kesyukuran, carilah keserasian dalam perkahwinan, binalah benteng keimanan dalam menghadapi ujian & cabaran. semoga kalian bahagia hingga syurga.. amin..

tidak dilupakan jua buat sahabat2 yang baru menimang cahaya mata@ bintang hati.. semoga kehidupan di serikan lagi dengan kerenah si kecil yang memerlukan kasih & sayang, pelukan. belaian, & perhatian..semoga semuanya bahagia.. tahniah semua..

dalam kita berbahagia menerima kehadiraan org baru dalam hidup kita janganlah dilupakan sesuatu yang amat penting untuk di berikan kepada bayi..(persiapan diri daalam penyusuan kepada bayi melalui susu ibu). agar anak kita sihat serta menikmatai apa yang wajar di nikmati hanyalah susu ibunya..

berilah susu ibu sebaik sahja bayi dilahirkan..semoga kalian berasa puas kerana anda telah memberikan yang terbaaik buat si manja anda...

semogaa anda terus berjaya..

Tuesday, November 9, 2010

kebaikkan susu ibu tiada tandinganya.

harrazkids
salam semua..
hari ini saya berpeluang nak update blog dengan kadar masa yang ada .. alhamdulillah..
di sini saya nak kongsi bersama dengan kawan2 diluar sana kebaikkan susu ibu yang tiada tolak bandingnya. harapnya kalian sudi mengikutinya..

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:
  1. Mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit)
  2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi
  3. Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam
  4. Mengurangkan risiko alahan
  5. Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik
  6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga
  7. Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti
  9. Menggalakkan tumbesaran yang baik
  10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik
Kebaikan susu ibu kepada ibu:
  1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan
  2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  3. Menjarakkan kelahiran
  4. Mempercepatkan penurunan berat badan
  5. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  6. Menjimatkan masa dan wang
    7. Mudah dan tidak perlu persediaan

semoga kebaikkan yang terdapat dalam susu ibu dapat di aplikasikan untuk si bayi yang baru menjengah dunia.

harapnya berjaya..

kelas penyusuan pertama ku..

harrazkids
salam rindu semua..
mungkin terlalu lama  saya tak up date blog ni.. terlalu sibukkah saya?.. mmm.. sibuk sikit , dengan tugasan  yang lebih utama saya selesaikan..namun saya cuba buat yang terbaik dalam segala hal. harapnya saya mampu..i-allah, allah akan bantu saya..

besar sangat impian saya ni..saya mesti bekerja lebih masa.. x macam orang lain.. so go go.. asma dun give up..awak boleh.. amin..sebagai guru di sekolah mesti selesaikan tugasan di sekolah. sebagai isteri menjalankan tanggungjawab saya kepada insan bergelar suami "shahrossaleh".. diri ini bahagia bergelar suri mu.. & sebagai ibu " najla' harraz" anak yang cukup menyenangkan serta membahagiakan,.

berbalik kepada tajuk entry saya hari ini., kelas penyusuan di harrazkids..i-allah saya akan mengadakan kelas penyusuan di HARRAZKIDS, secara percuma. berbekalkan ilmu yang saya ada saya akan kongsi bersama ibu-ibu yang berada di luar sana. 3 hari saya berkampung di sabah atas urusan negara (hehehe) dengan ilmu yang sewajarnya saya kongsikan tanpa bayaran.. saya ikhlas. mmg saya benar2 melihat ibu2 berjaya menyusukan anak mereka kerana susu ibu adalah susu yang terbaik..

anda semua di jemput untu menghadirinya. maklumat adalah seperti berikut:

tempat: harrazkids jerantut,
masa: 9-11.30 pagi
tarikh: 13/11/2010
hari: sabtu
 contct person: 0139029496.

jom join kami..
penyusuan susu ibu adalah perkara yang terindah seorang ibu & bayi..
sekian..

Thursday, October 21, 2010

Bahagianya.

harrazkids
salam semua..
bersua tanpa pertemuan mata.. bicara tanpa suara..(jiwang lah yea..). hehe,. itulah yang realitinya. hanya tulisan ini menjadi bicara halus hati ini..
pertamanya tahniah buat FARAH FARHAN pemilik sarakids http://www.sarakids.com/ .. kelahiran seorang putera yang amat di nanti..semoga adik putera adrian sihat dan membesar bagaikan juara..itulah doa untie asma ni..

seronok sangat bila fara dah mula menulis entrynya.. menanti2 gambar putera adrian akhirnya muncul jua.. lahir dalam keadaan yang semula jadi sakitnya.. alhamdulillah. brth dream farah tercapai..tunggu giliran saya pula yea.. itulah impian saya.. kelahiran yang semula jadi..

tara.. inilah wajah puteri kesayangan saya & suami.."Najla' Harraz " usia ketika ini 10 hari..matanya cerah je. berkepit nak menyusu..

tengok ibu.. rindunya saya pada saat2 macam ni.. bersantai bersama anak di rumah..tumbesaranya di depan mata saya.. namun saya akur dengan tanggungjawab & tugas..itu lah tuntutan hidup namanya..

kini.. wajahnya semakin ceria.. semakin aktif dan dari segi tutur kata cukup meneruja hati ibu & babah untuk mendengarnya..seronok melayan kerenahnya.. bahagianya ibu & babah memilikki mu sayang..


raya haji ketika berusia 3 bulan.. bergaya di kepala.. dah besar x berpeluang .. sebab dah pandai cabut sendirri,,,. rimas gamaknya..

alangkah bahagianya.. seronok sangat..anak saya ni menyusu susu badan sepenuhnya.. alhamdulillah saya berjaya.. anda jua mampu sebenarnya..kuatkaan semangat.. betulkan niat.. i-allah berjaya..

semoga kawan2 & pembaca di luar sana berjaya merealisasikan penyusuan secara berterusan tanpa setitik SF..amin/..
sekian dulu..

Tuesday, October 19, 2010

Doa senjata mukmin.

harrazkids

salam rindu semua..
syukur kita di pertemukan lagi..mudah2an kehidupan kita dalam rahmatnya..amin.

TAHNIAH farah farhan & saiful (http://www.sarakids.com/)  atas kelahiran putera sulung ( arjuna Pertama) dalam keluarga..seronok sangat hati saya bila menatap wajah adrian. bahagianya..bahagialah anakanda adrian.. lahir mu amat di nanti.. bagi menceriakan lagi kehidupan daddy & mummy.. semoga anakanda menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat..

wah.. seronok saya macam saya yang bersalin. hahah.. seronoknya.. x terkata rasanya..
alhamdulillah  sesangat.. doa saya semasa bersalin saya share ngan fara.. sb amalan doa tu membuatkan segala urusan saya amat mudah.. alhamdulillah..

saya melahirkan puteri sulung saya alhamdulillah mudah. mohon saya agar yang seterusnya juga akan mudah..saya amalkan doa ni " robbi yassir walatuasir robbi atmim bilkhair innaka'ala kullisyaen qadir". mudah kan.. senang sangat untuk di amalkan.. bila terasa sakit baca tanpa henti..I-ALLAH akan di permudahkan segala urusan kita..

Tepat 12.08.2008, saya berasa sakit pada waktu petang setelah di induce oleh doktor..jam 6.30 kontraksi lebih kuat.. saya masih lagi kuat..masih tersenyum yang datang menziarah. mak & suami peneman setia ketika saya sakit.. syukur.. bila waktu melawat telah berakhir suami & mak terpaksa keluar dari wad, namun ALLAH mudahkan urusan saya. mak & suami  tak jadi keluar sbb saya dah mula sakit yang lebih kerap & doktor memeriksa saya.. 7.30 pm saya diarah menukar baju untuk di hantar ke wad bersalin..hati tidak henti2 berdoa agar di permudahkan..sempat lagi saya meneguk sedikit air zamzam & buah kurma .. untuk tenaga..

8.00 malam saya di hantar ke wad bersalin.. risau hati bukan kepalang... pengalaman pertama yang melengkapkan saya menjadi seorang wanita..menitis air mata saya.. dalam kesakitan saya masih lagi tersenyum melihat Mak & Suami yang mengiringi saya..

Doa yang merupakan senjata saya tidak lekang dari mulut & hati.. agar segalanya berjalan dengan lancar..
suami menemani masuk ke wad bersalin.. jam 9 mlm kontraksi semakin kuat.. saya mula merasakan masanya sudah tiba .. nurse di panggil sah terbukti. kepala anak saya dah kelihatan.. seronoknya..

berbekal semangat & tenaga yang ada. tepat jam 9.29 malam lahirlah seorang puteri.. seberat 3.23kg..
alhamdulillah..
oleh itu, marilah kawan2 kita amalkan doa dalam kehidupan harian agar kehidupan yang di lalui penuh dengan redaanya,,.amin..

sekian dulu..

Thursday, October 7, 2010

holiday..

harrazkids
salam rindu..

cuti sekolah kian menghampiri kita. bermakna saya pun x kerjalah.. tapi banyak lagi kerja yang perlu saya selesaikan demi harrazkids ini.. namun saya bahagia dengan jalan yang saya pilih ini.. syukur sangat.
harapnya cuti sekolah kali ni saya dapat bawa anak pergi bercuti lagi..

tara.. ni la dia gambar saya, suami & anak ketika percutian kami di negeri bawah bayu.. alhamdulillah seronok sangat. rindu lagi nak pergi ke sabah.. SABAH?????.. mmm.. tunggu  yea..

percutian ni seronok sangat, macam2 aktiviti yang kami lakukan..puas hati sesangat..tambah pula berada di sisi anak & suami 24 jam,,bahagia sangat..gambar di atas tu di bawah kaki gunung kinabalu..cantik kan..


di pasar philipin.. penuh sesak.. hehehe.. anak & babah pi jalan2 sementara ibu nak shooping present nak bagi kengkawan..pilih punya pilih dapat la..

babah & najla.. sementara tunggu ibu.. di belakang pasar piliphin.. cantik sangat..kawasan yang indah.

seronok sampai malam pun x reti nak balik hotel lagi..berjalan2 & makan di tepi pantai..happy famly..

"YA ALLAH aku bersyukur dikurniakan suami yang yang baik, anak yang sihat & cerdas, syukur ku tidak terhingga,,, mudah2an nikmat & rezeki MU sentiasa mengiringi kami melalui kehidupan di dunia.."

kanda-diri ini bahagia bergelar isteri kanda..love so much dear..
najla'- ibu benar2 bertuah memilikki anakanda..

teringin lagi rasanya menjejakki negeri di bayah bayu ni.. seronok sangat..alhamdulillah ...
semoga bisnes terus sucess dalam menggalakkan mereka memberi yang terbaik buat insan tersayang..

gambate kudasai..

Terus melangkah

harrazkids

salam rindu semua..
seronok rasanya bila tengok SILC 2010  di putrajaya.. bahagia sesangat klu dapt join. tapi x dapat lagi lah, disebabkan waktu yang tidak mengizinkan lagi..

i-allah suatu hari nanti saya akan sertainya..amin..

berbalik kepada tajuk asal saya.. terus melangkah.. alhamdulillah kini bidang yang saya ceburi secara tidak langsung ini menampakkan hasil yang positif serta galakkan yang berpanjangan dari rami pihak syukur sangat.. mudah2an impian saya ingin melihat semua ibu2 di malaysia menyusui bayi mereka dengan susu ibu tercapai..hasrat saya teramatlah murni..

bukan bermaksud semua orang datang membeli di kedai saya.. jauh sekali. cuma ingin memudahkan para ibu bapa dalam memberi susu ibu sepenuhnya kepada si bayi yang masih kecil..bila penyusuan susu ibu berjaya dikalangan ibu2 saya cukup puas dan bahagia melihat si kecil mendapat apa yang sepatutnya.

saya doakan agar ibu2 di luar sana berjaya merealisasikan impian mereka dalam memberikan yang terbaik buat si kecil..

"aku lahir ke dunia ini.. ingin sekali ku lihat wajah kalian.. aku ingin di belai di peluk & di manja..dalam redup pandangan ku, kelipan mata ku.. ku harapkan yang terbaik dlam hidup bakal ku lalui.. setitis susu mu ibu...aku mampu bernafas di dunia ni.. " luahan si kecil...

sekian dulu bingkisan ku..

Monday, October 4, 2010

penyusuan sempurna buat si anak.

harrazkids

salam rindu semua..
harap kalian semua berada dalam keadaan yang sihat & sejahtera,,
begitu lama x berpeluang membuat coretan hati dalam blog ni.. sehingga hampir 1 bulan.. sibukkah saya?..
mmm.. memang sibuk.. tapi saya mesti lalui.. ini jalan yang saya pilih..

disini saya ingin berkongsi pengalaman yang terbaik untuk anda di luar sana. tentang penyusuan sempurna buat si anak..

sememangnya kita x kuat nak lakukan sesuatu yang belum pernah kita alami..kita rasa kita akan tewas..kita akan kecundang.. mm.. semuanya x patut berlaku emosi tu apabila kita bergelar orang tua.. terkilan sesangat. bila ada yang cakap.. SUSU x cukup..mengapa sedemikian. sedangkan anak yang dilahirkan sememangnya hanya akan meminum susu ibu sahaja selama 6 bulan..

mengertilah wahai insan di luar sana.. teruja sungguh kita apabila tahu diri hamil.. akan lahirlah zuriat kita..bermacam impian & harapan buat si kecil.. namun kita tewas dalam memberikannya yang terbaik dari kecil sekiranya kita tidak mampu untuk menyusukanya dengan susu ibu..(susu kita sendiri..

berusahalah wahai insan..
saya merayu & memohon.. susuilah anak yang baru lahir menjengah dunia..permata hati itu sering berkedip-kedip melihat & merenung kita..mengharapkan sesuatu yang terbaik dari kita.. ingin di peluk.. di belai& di manja..terasa bahagia hatinya..inilah ibu.. inilah ayah...
wah.. emosinya saya.. maaf yea. memang saya emosi sesangat..sbb jiwa saya begitu terusik bila anak yang baru lahir di sumbat susu tepung.. mereka tidak mengerti apa2.. sesungguhnya jiwa mereka menjerit..inginkan susu ibu...percayalah..

sebelum saya mengakhiri coretan hati ini.. maaaf kan saya seandainya ada yang terguris & terasa n coretan ini..saya hanya manusia biasa yang mengharap perjuangan luar biasa dari seorang ibu...

bingkisan ku untukku mu..
asma moin.

beg penyususan yang khusus bagi ibu yang bekerjaya yang ingin merialisasikan penyusuan berterusan.


buku panduan menyusu yang bagus untuk di gunakan sebagai rujukkan.

sekian dulu..

Monday, September 13, 2010

syawal bertandang

harrazkids
salam semua..
syawal , hari yang ke 5. kunjung mengunjung masih diteruskan. alhamdulillah syukur. amalan yang baik di amalkan. mudah2 kita semua mendapat rahmatnya.

rasanya dah lama sangat saya tinggalkan blog saya ni.. agaknya bertambah boring la yang nak membaca.. lama masanya saya tak mencoret. almaklumlah.. raya kan..tambah pula raya di rumah mak & ayah saya. bertambah2 sibuknya..

raya semua orang seronok kan. kerana ia merupakan kemenangan bagi mereka yang berpuasa di sepanjang ramadhan.. Allah bagi reward kat kita.. syukur sangat. dalam kita berhari raya yang susah jangan dilupakan.. mudah2an rezeki kita melimpah ruah.. amin..

itulah harapan saya sebagai pengusaha harrazkids, saya selalu berdoa agar harrazkids maju dan mengharapkan ibu bapa diluar sana menghargai anugerah yang telah di berikan..ANAK.. itulah maksud saya. hati saya selalu hiba apabila mengenangkan anak2 kecil yang dijumpai tanpa pembelaan.. ah.. sedih sangat.tidak dapat saya bayangkan macam mana rintihan mereka.. apa yang mereka rasa.. menangis saya .. tapi itulah realiti dunia akhir zaman.. bayi dibuang merata2 disebabkan perbuatan yang alpa.. sedihkan..(emosi saya)..

ramai lagi mereka yang di luar sana sudah berkahwin beberapa tahun lamanya tidak memilikki cahaya mata @ zuriat.. namun yang lain pula sibuk membuang zuriat.. di mana kesedaran?.. di mana maruah?.. sedarlah wahai insan..

sama2 lah kembali kejalan yang benar. yang suci.. agar hidup dilimpahi kesenangan dan kebahagian yang abadi..

Sunday, September 5, 2010

ramadhan berlalu.

harrazkids

salam semua.

ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.. maka syawal menjelma.. seluruh mukmin @ mukminat akan bergembira. sambut syawal penuh keriangan. kerana itu janji ALLAH berbahagialah mereka yang menyempurnakan bulan RAMADHAN. i-allah..

Rindu rasanya.. mohon darinya agar kita dipertemukan lagi pada ramadhan akan datang.
semoga ramadhan kali ini membuatkan lebih tabah & kuat serta amalan yg kita laksanakan ALLAH sahaja yang tahu. itulah harapan semua. amin..

ALHAMDULILLAH sarakids pahang jua semakin maju. kami dah menerima banyak kunjungan dari pelanggan & rakan taulan. terima kasih atas galakkan anda, mudah2 sarakids pahang@ HARRAZKIDS akan terus menjadi pilihan ibu2 yang memerlukan segala kelengkapan berkaitan dengan keibu bapaan.

sekian dulu coretan saya.

Monday, August 30, 2010

santai.

harrazkids
bahagia rasanya memilikki cahaya mata.. namun setiap kelahiran..tidak kiralah yang pertama & seterusnya. bahagia saya tengok kawan saya. alahmdulillah dah selamat melahirkan seorang putera yang ke2.. segalanya berjalan dengan lancar.syukur sangat.

Disini saya menyeru kepada kawan2, ibu2 yang berada di luar sana agar menyusu bayi mereka sejurus dilahirkan.susuilah ia. kerana kolestrom yang pertama amat bermakna buat si anak yang menjengah dunia. naluri anak ingin menikmati susu ibu mereka, merasai kehangatan pelukan ibu, sentuhan serta belaian yang berpanjangan..agar ketakutan mereka, gentar jiwa dapat diatasi setelah merasai pandangan indah duniawi ini. marilah kita sama melakukan sebelum terlambat.

kongsi pengalaman bersama saya yea.
mula2 anak saya dilahirkan, pertama kali saya merasa kehangatan anak saya berada di dada saya.bahagia sangat saya. saya ucap salam dia pandang saya berkedip matanya. saya rasakan yang anak saya bahagia berada disisi saya. menitis air mata ibu ini sayang. bahagia menerima kehadiran mu. hasrat saya nk nyusukan anak apa cara sekalipun.

selepas 1 jam segala proses selesai, saya dihantar ke wad biasa. anak ada disisi. saya cuba menyusunya untuk mendapatkan kolestrom yang beharga. anak saya jua meberi tindak balas yang baik. syukur sangat. masuk dalam wad anak saya diam & tidur. beberapa kali saya kejutkan dia untuk menyusu, saya berusaha keras agar anak saya menyusu , bertanya ngan nurse banyak kali juga. sampai nurse pun x berapa nak melayanya. sbb najla x menangis. tiada tanda lapar gamaknya. saya pun masih kekok. maklumlah, anak pertama kan. ada jua la posisi x salah, anak menangis kerana puting x keluar susu. hampir putus asa saya.

namun saya kuatkan azam agar anak saya terus menyusu susu ibu sahaja sehingga 2 tahun.impian saya besar, saya banyak belajar dengan kesilapan, saya berubah demi si anak ini. akhirnya saya berjaya. dengan disiplin yang tinggi saya berjy laksanakan dengan baik. anak saya sihat. sehingga kini, anak saya  masih menyusu susu ibu . alhamdulillah.

dugaan besar, cabaran banyak. namun saya lalui jua demi si anak tersayang. saya menyuru sangat pada anda di luar sana berusahalah memberi yang terbaik buat anak kita. mereka di anugerahkan buat kita. maka hargainya.I-allah, ganjaranya besar..

buat kawan saya syafinaz izyani. tahniah atas kelahiran putera aiman harizs. ibu asma doakan aiman jadi anak yang baik & soleh serta anak yang menyenangkan momy & daddy..

anakku. ibu & babah bahagia memilikki mu.
mudah2an ALLAH murahkan lagi rezeki kita. amin..
HarraZKids.

Sunday, August 29, 2010

Ahad

harrazkids

salam semua..
ahad.. hari yang menyeronokkan bagi saya & keluarga.. waktu untuk bersama keluarga.melayan kerenah si anak yang sorang tu.. geli hati saya.. cakapnya macam orang tua.. almaklumlah, duk ngan mak(pengasuh) n anak2nya dah besar.. pastu hujung minggu balik umah atuk & jaddah.. semua persekitaranya menuntut untuk dia menjadi dewasa. sabar ajalah.

hari ini saya banyak menghabiskan masa dengan anak kerana babahnya diarah bertugas untuk majlis raptai sempena hari merdeka selasa ni. dah pasti kerja punya selasa (31.08.2010). he. saya rehat bersama anak, memandangkan harrazkids tutup di sebelah pagi.

petangnya saya duduk dikedai, giliran babahnya melayan si anak.. sementara saya sibuk dengan tugas di kedai. kemas kedai, kira stok, wat oder. macam2 kerja yang perlu di selesaikan. harapnya berjalan dengan sempurna. harrazkids wujud merupakan semangat & pengalaman yang kami ada. serta saya banyak belajar ketika membesarkan anak. sehingga sekarang saya masih belajar & terus berusaha membuat yang terbaik buat anak.

alhamdulillah, seorang lagi sahabat saya yg akan melahirkan anak.. sekarang dah masuk wad, tunggu jalan buka. saya harap semuanya selamat. semoga umat nabi terus bertambah, dab bertambahlah insan2 yang berselawat keatasnya.

teruja saya bila dengar dia nak bersalin dah.. anak sulung. harapan saya besar sangat. agar dia menyusu anaknya secara berterusan. jangan putus semangat. semua cabaran merupan ujian yang ALLAH nak bagi..
semoga ima berjaya yea. good luck.

nantilah saya akan update lagi blog ni. almaklumlah. orang baru belajar.. sikit2 lah. lama2 baru la ok..
selamat menambahkan amal ibadah..

Saturday, August 28, 2010

parenthood expo

harrazkids

salam semua..
lama rasanya saya tidak menulis blog ni.. dah naik sawang dah.. hahah..
dek kesibukkan tugas saya x dapat nak mencoret @ membebel dalam blog ni..hahah..

hari ini merupakan hari ke 18 dah kita berpuasa..bila nak habis terasa cepat sangat masa berlalu.. kerana pada awal puasa dulu terasa lambatnya nak raya.. hahah.. macam budaj pulak lah saya.. bukanya apa. memang bila nak raya semua orang bergembira..

berbalik kepada cerita yang saya nak tulis hari ni..
minggu lepas 22 ogos 2010 merupakan expo parenthood di mid velly kuala lumpur.. terdetik di hati teringin sangat nk pergi.. maka ajak lah si suami.. syukur.. suami saya setuju.. abang.. sayang bahagia menjadi suri di hati abang. tidak terbalas pengorbanan mu.. kasih sayangmu.. hanya ALLAH mampu membakasnya.. di harapkan keluarga kita bahagia hingga syurga.. amin..

pagi ahad selepas solat subuh kami bertolak ke kuala lumpur.. teruja najla'( anak saya) melihat KLCC.. girang sungguh hatinya.. bahagia saya melihat dia.. sememangnya.. dalam urusan saya berkaitan dengan saya mempertahankan@ menggalakkan penyusuan ibu saya x akan tinggalkan anak saya.. kerana waktu cutilah masa saya bersamanya..di saat macam ini lah masa saya dan dia cukup beharga.. sian tengok dia penat.. tp x pa.. janji ibu ada sayang..begitulah saya dan suami.. hari cuti masa ke kedai & rehat bersama najla..x sampai hati rasanya..mm.

sesampai di mid vlly parking penuh.. tetiba saya teringat kawan saya cakap ketika mencari parking bacalah ya haffiz sebanyak2nya..i-allah mudah kita untuk parking kereta..syukur sangat.. kami dapat parking mudah.. cubalah anda praktisnya yea..



mula2 sampai..seronok babah ni.. x sabar nak masuk dalam.

tengok fish dulu.. mula2 masuk terus najla tunjuk.. saya pun x perasan. layan mood dia dulu.. nnti dia ok lah ikut saya..


sebelum nek pentas masuk pertandingan minum air anjuran momslittleones.
alhamdulillah masuk pertandingn ni najla dapat tempat pertama.. haha...seronok sangat.. w/pun tidaklah kejayaan yang besar sangat pun.. hahah..
saya seronok sangat tengok ramai ibu bapa yang hadir ke expo parenthood kali ni..
mudah2an di masa akan datang lebih ramai lagi mereka yang mengunjungi expo ini.. banyak ilmu yang bermanafaat kita perolehi dalam membesarkan si permata hati..
saya bahagia memilikkinya...

harrazkids..

Friday, August 20, 2010

KU MENGHARAP REDHOAAN MU..

salam semua.
hari ini merupakan hari yang kesebelas kita menjalani ibadah puasa.. mudah2 puasa kali ini mendatangkan berkat buat kita semua..

alhamdulillah say bersyukur, sbb di kesibukkan saya dalam mendidik anak bangsa, menguruskan kedai saya masih sempat berbuka puasa serta meluangkan masa bersama ibu & ayah, ibu & bapa mertua..syukur sangat.. mudah2an dalam saya mengimbarak hari ke 4 empat orang tua saya ini saya mendapat rahmat daripadanya..
kerana Redo Allah akan datang apabila Redo orang tuanya selalu disisi...amin..

saya dan suami akan pulang kerumah orang tua kami secara bergilir..itulah untungnya kawin ngan org dekat.. hehehe.. saya syukur..

dalam saya & suami meneruskan usaha kecil ini, memang amat mengharapakan redo & rezeki  berpanjangan,,

gambar di ruang legar sarakids pahang.
kunjungi kami yea..
www.sarakids.com/ http://harrazkids.blogsport.com/


Inilah gambar sebahagian daripada ruangan Harraz kids.


bagi meraka yang mencari kelengkapan bayi anda & kelengkapan untuk meneruskna pemerahan susu, bercadang memerah susu, dll sila lah datang ke ke kedai kami.
kami mengalu2 akan kedatangan anda semua..

sebarang maklumat yang di perlukan boleh lah menghubungi saya.
puan asma (0139029496)

sarakids pahang. http://www.sarakids.com/

semoga bersua lagi di lain catatan..

selamat berpuasa..


Thursday, August 19, 2010

~~~sahabat baikku bersalin~~

10 Ramadhan...

sepuluh sudah...kita semua berpuasa..
alhamdulillah kita berjaya melaluinya bersama..mudah2an ramadhan kali ni penuh makna kepada kita semua.

semalam saya telah pergi melawat sahabat baik saya yang dah saampai waktu duenya..teruja saya kerana sahabat saya akan melahirkan seorang putera.. wah !! terujanya.. saya bila lagi????.. huhu. tunggu!!! anak sulung kami sebaya.. 2 tahun sudah.

besar sungguh pengorbanan seorang ibu...mengandung.. melahirkan . kesakitan...susah tuk di gambarkan.. tetapi ibu lalui jua demi anak yang di sayangi...mudah2an insan bergelar anak menabur jasa buat ibu bapa mereka ketika usia semakin senja.. itulah harapan ku...

dalam keadaan dia menahan kesakiktan sempat lagi dia menghadiahkan senyuman buat saya apabila saya datang melawat...menandakan dia ni seorang yang kuat.. banyak cerita yang saya sembangkan.. ada masa dia diam menahan kesakitan.. saya tahu dia sakit.. dalam hati saya berdoa proses bersalin dia akan di permudahkan...

alhamdulillah.. jam 1020 malam lahirlah hero dia..syukur sangat...kesakitan yang dia tanggung x lama sangat. kul 8.30 masuk labrm kol 1020 bersalin..mudah2n dosanya terampun..

tahniah buat not & mat.. mudah2n bertambah lagi...huhu.. cepatnya..doa saya..doakan saya yea..

sampai di sini dulu cerita saya..x de idea lagi nk tulis..
*selamat bertadarus.., selamt berpose, selmt berbuka.., bertarawikh...& selamat berbuat amal...

Wednesday, August 18, 2010

bertemu pemilik sarakids.

Salam ramadhan semua..
shasma_522@yahoo.com
dah masuk hari ke 9 kita umat islam berpuasa.. alhamdulillah..

hari ini x ada apa yang menarik untuk di kongsikan.. namun sedikit kisah yang menarik saya rasakan yang membuatkan hidup saya kian berubah..

14 jun 2010..sehari sebelum kami sekeluarga bercuti ke negeri bawah bayu.. kami telah mengunjungi SARAKIDS yang telah sekian lama saya simpan hajat untuk mengunjunginya.. saya benar2 teruja apabila saya sampai dan berjumpa dengan pemilik SARAKIDS.. syukur sangat,.. sbb di dalam diam saya mempunyai hasrat untuk membantu golongan ibu yang berada di luar sana dalam menangani masalah penyusuan dan sebagainya..

FARAH FARHAN.. itulah nama teman baru yang baru saya kenali dan saya suakan hasrat saya seminggu setelah pulang dari bercuti..maklum balas darinya cepat saya terima.. dengan semangat yang kental.. saya lakukan apa yang patut serta menempah barang2 dr sarakids... http://www.sarakids.com/

minggu pertama di awal perniagaan saya ini.. alhamdulillah.. syukur saya.. sambutan dari kawan2 cukup memberangsangkan.. mereka jua turut gembira kerana x perlu nak fikir macam mn untuk memilikki apa yang perlu untuk bayi serta x perlu pergi jauh, semata2 untuk sesuatu yang kecil..

syukur sangat saya.. kekuatan yang allah berikan kepada saya..
saya selalu berdoa..ya allah anugerahkan saya kekuatan dan semangat dalam menempuhi dengan jalan yang saya pilih ni..:-)

mudah2ah terus berjaya...terima kasih banyak-banyak yea farah.. sarakids pahang kini di tempat anda.. org pahang..
cukup dulu kisah hari ini..

kunjungilah kami .. harrazkids..lil Precious Corner..
http://harrazkids.blogsport.com/.

welcome to harrazkids@ sarakids pahang..

lil precious corner

HarraZ Kids

branch of sara kids
moms choice....
www.sarakids.com/http://harrazkids.blogsport.com


macam ni lah rupanya papan tanda akan siap esok.. mmmm.. jumaat ni ble gantung la dah.. alhamdulillah berjaya jua .. dalam kesibukkan dengan tugasan saya sebagai pendidik, sebagai ibu, sebagai isteri, sebagai anak saya berjaya juga..fuh..syukur sangat..

mudah2an usaha kami suami isteri ini ALLAH permudahkan dalam segala urusan..I-ALLAH..
kepada keluarga yang banyak membantu segala perkara.. terima kasih banyak2..doakan kami terus success.


from us..
dr najla', babah & ibu..

Tuesday, August 17, 2010

~~~tertubuhnya harrazkids.~~

salam semua..
salam ramadhan.. buat anda yang di luar sana..
mudah2an ramadhan kali ini benar membuatkan kita menjadi insan yang baik dan di rahmati.. amin..
di sini saya ingin berkogsi sedikit coretan buat anda yang berada di luar sana..
HARRAZKIDS?..
mungkin menjadi tanda tanya mengapa saya memilih HARRAZKIDS .....

harraz kids wujud.. kerana timbulnya kesedaran untuk mengajak anda yang bergelar ibu untuk memyusu anak anda sepenuhnya sehingga usianya 2 tahun..
sedarlah wahai insan yang bergelar ibu..
hargai nilai setitik susu ibu..
dengan setitik nilai susu ibu. berjuta kasih ada di dalamnya...

didalam menempuhi kehidupan yang kian mencabar.. banyak dugaan dan halangan yang kita lalui.. sabagaimana.. ibu yang bekerja..????..
aah.. saya.. merupakan salah seorang dari mereka...namun saya tetap tekad untuk memberikan yang terbaik buat anak saya..

pengalaman saya dalam melaksanakan aktiviti yang x berbayar ini... huhuhu..
banyak sangat cerita dan gambaran bila memerah susu buat insan yang saya sayang..puteriku.. "najla' harraz.."

nanti akan update lagi blog nih.. sabar yea..

ok lah..semoga anda meneruskan aktiviti anda wahai ibu2 dengan hati yang ikhlas dan tenang.. redhalah.. susu kita buat si permata hati..

saya..
ibu najla' harraz..

Wednesday, August 4, 2010

HARRAZKIDS~~PRODUC...

salam untuk semua..
alhamdulillah kini berjaya jua saya merealisasikan impian untuk terus memartabatkan penyusuan secara berterusan buat ibu2 dengan cara yang sebegini.. syukur..

saya titipkan ucapan terima kasih ini khusus buat suami tersayang SHAHROSSALEH RADZALI serta buat permata hati NAJLA' HARRAZ yang sama2 bekorban dalam menjayakan usaha ini..HARRAZKIDS brancH of SARAKIDS..

TIDAK LUPA JUA BUAT KAUM KELUARGA SAYA mak, ayah, along, k.de, k.teh, fathil, rijal, wa, nabilah & adik.. kalin merupakan kekuatan dan semangatku untuk terus mengapai impian.. tqvm to all..

seterusnya, buat keluarga mertua. mak, ayah, & adik beradik yang lain tq atas sokongan serta doa kalian buat kami.. mudah2an HARRAZKIDS terus maju dengan jayanya..

harrazkids..
saya..siti asma binti moin
pengusaha tegar.. :-)

sekian dulu kali ni..
moga jumpa di lain catatan...
gambar2 nanti yea..

Tuesday, August 3, 2010

HARRAZ KIDS AKAN DIBUKA DIJERANTUT

HARRAZ KIDS,
akan dibuka dialamat

58,Tingkat 2
Lorong Inderapur 3
27000 Jerantut
Pahang

HARRAZ KIDS AKAN DI BUKA DI JERANTUT

Harraz Kids akan dibuka di alamat,
58,Tingkat 2
Lorong Inderapura 3,
27000 Jerantut.
Pahang