harrazkids
salam semua..
ahad.. hari yang menyeronokkan bagi saya & keluarga.. waktu untuk bersama keluarga.melayan kerenah si anak yang sorang tu.. geli hati saya.. cakapnya macam orang tua.. almaklumlah, duk ngan mak(pengasuh) n anak2nya dah besar.. pastu hujung minggu balik umah atuk & jaddah.. semua persekitaranya menuntut untuk dia menjadi dewasa. sabar ajalah.
hari ini saya banyak menghabiskan masa dengan anak kerana babahnya diarah bertugas untuk majlis raptai sempena hari merdeka selasa ni. dah pasti kerja punya selasa (31.08.2010). he. saya rehat bersama anak, memandangkan harrazkids tutup di sebelah pagi.
petangnya saya duduk dikedai, giliran babahnya melayan si anak.. sementara saya sibuk dengan tugas di kedai. kemas kedai, kira stok, wat oder. macam2 kerja yang perlu di selesaikan. harapnya berjalan dengan sempurna. harrazkids wujud merupakan semangat & pengalaman yang kami ada. serta saya banyak belajar ketika membesarkan anak. sehingga sekarang saya masih belajar & terus berusaha membuat yang terbaik buat anak.
alhamdulillah, seorang lagi sahabat saya yg akan melahirkan anak.. sekarang dah masuk wad, tunggu jalan buka. saya harap semuanya selamat. semoga umat nabi terus bertambah, dab bertambahlah insan2 yang berselawat keatasnya.
teruja saya bila dengar dia nak bersalin dah.. anak sulung. harapan saya besar sangat. agar dia menyusu anaknya secara berterusan. jangan putus semangat. semua cabaran merupan ujian yang ALLAH nak bagi..
semoga ima berjaya yea. good luck.
nantilah saya akan update lagi blog ni. almaklumlah. orang baru belajar.. sikit2 lah. lama2 baru la ok..
selamat menambahkan amal ibadah..
No comments:
Post a Comment