harrazkids
salam semua..
syawal , hari yang ke 5. kunjung mengunjung masih diteruskan. alhamdulillah syukur. amalan yang baik di amalkan. mudah2 kita semua mendapat rahmatnya.
rasanya dah lama sangat saya tinggalkan blog saya ni.. agaknya bertambah boring la yang nak membaca.. lama masanya saya tak mencoret. almaklumlah.. raya kan..tambah pula raya di rumah mak & ayah saya. bertambah2 sibuknya..
raya semua orang seronok kan. kerana ia merupakan kemenangan bagi mereka yang berpuasa di sepanjang ramadhan.. Allah bagi reward kat kita.. syukur sangat. dalam kita berhari raya yang susah jangan dilupakan.. mudah2an rezeki kita melimpah ruah.. amin..
itulah harapan saya sebagai pengusaha harrazkids, saya selalu berdoa agar harrazkids maju dan mengharapkan ibu bapa diluar sana menghargai anugerah yang telah di berikan..ANAK.. itulah maksud saya. hati saya selalu hiba apabila mengenangkan anak2 kecil yang dijumpai tanpa pembelaan.. ah.. sedih sangat.tidak dapat saya bayangkan macam mana rintihan mereka.. apa yang mereka rasa.. menangis saya .. tapi itulah realiti dunia akhir zaman.. bayi dibuang merata2 disebabkan perbuatan yang alpa.. sedihkan..(emosi saya)..
ramai lagi mereka yang di luar sana sudah berkahwin beberapa tahun lamanya tidak memilikki cahaya mata @ zuriat.. namun yang lain pula sibuk membuang zuriat.. di mana kesedaran?.. di mana maruah?.. sedarlah wahai insan..
sama2 lah kembali kejalan yang benar. yang suci.. agar hidup dilimpahi kesenangan dan kebahagian yang abadi..
No comments:
Post a Comment