Tuesday, July 2, 2013

Ramadhan & Penyusuan

Ingin mendapatkan informasi mengenai kaedah penyusuan terutamanya menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba pada 10 Julai 2013 ini?
Hadirilah seminar RAMADHAN & PENYUSUAN yang lebih menumpukan mengenai teknik menghasilkan susu yang cukup untuk si manja ketika berpuasa. InsyaAllah anda akan memperoleh banyak informasi menarik sepanjang seminar ini dijalankan.




Anda boleh terus berurusan di 03-8926 1658 untuk proses pendaftaran.

Tarikh :7 Julai 2013 (Ahad)
Masa : 9 pagi - 12 tengahari
Tempat : Level 1, Butik MumDreams Sek 9, Bandar Baru Bangi 

Mengenai bayaran pula usah dirisaukan, hanya RM 20 untuk individu dan RM 30 bagi yang berpasangan. Minuman pagi juga turut disediakan. Sebarang pertanyaan yang bermain di benak saudara/saudari/tuan/puan juga akan terjawab sekiranya hadir ke seminar ini.  InsyaAllah berkesan. ^_^

Kehadiran Saudara/Saudari/Tuan/Puan amat dialu-alukan

Thursday, June 27, 2013

Celik Momz-Prof Muhaya

harrazkids

Assalamualaikum wbt.
Jom kita menyertai program celik momz pada tarikh berikut:

hari ; Ahad
Tarikh : 30 jun 2013
Masa: 9.00 pagi-5.30 petang.



Jom bersama-sama menyertainya.

Pada awalnya saya bakal menyertai dengan sahabat yang saya kasihi Allah, Hazlina Kasim. Terima kasih Ina, sudi mengingatkan diri ini.. syukur punya sahabat seperti Ina, moga berada dalam pelukan cinta Allah..  ;-) love u dear so much !!.. Sekarang kami suami isteri akan pergi menghadiri seminar ina ( saya dan suami) . Suami berminat dan teruja untuk hadir apabila melihat agenda program serta telah mendaftarkan diri untuk menghadiri bersama. Alhamdulillah.. syukur Allah.Insha Allah kami akan menghadirkan diri pada hari ahad ini.

Ini merupakan transformasi pertama untuk saya dan suami belajar mendidik anak dengan cara yang berhemah dan kelembutan. ;-), Insha Allah saya akan kongsikan pengalaman itu dengan sahabat-sahabat di luar sana. Jom kita sama-sama cetak anak soleh bekalan pencen kubur kita nanti Insha Allah..

Salam kasih & sayang penuh keikhlasan dari ku-
asma moin




Wednesday, June 26, 2013

BERTUHAN~

Assalamualaikum wbt..

semoga anda semua sihat dan sejahtera dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. amin. Berada dalam pelukkan kerinduan Allah ..;-)

;-) Tajuk cerita hari ini, jelas.. "BERTUHAN" . Mungkin apa yang bermain di fikiran sahabat-sahabat, apakah yang di maksudkan ini? .. saya kan sudah beragama islam..confrmlah bertuhan.. ;-)

 audit diri sejenak.. ;-) Bertuhan~~

ya, kembali untuk hidup bertuhan yang mana kita audit diri untuk mengingati Allah 24 jam . berazam dari sekarang untuk menjadi hamba yang di cintaiNYA.. Benar saya juga seperti anda apabila mula menimba ilmu dari seorang Tuan guru yang kagumi, kehidupan yang santai , tenang dan damai. Itulah corak kehidupan yang dapat saya perolehi daripada pengamatan saya setelah 3 bulan belajar bersama beliau. ;-) alhamdulillah, ;-) Terima kasih Allah, terima kasih Allah. terima kasih Allah..

Sebagai hamba adakalanya kita sering merasakan kita sempurna, dan itulah yang kita inginkan. ada masa kita lupa bahawa kesempurnaan itu hanya milik Allah. kita hamba, yang kerdil bermohonlah kepadaNYA.. agar cinta dari NYA sentiasa terpahat di hati. ;-)


Bertapa indahnya caturan Allah buat saya, apabila saya belajar sesuatu yang amat bermakna dalam hidup . kembali hidup bertuhan~~ di cintai oleh Allah.Kedamaian di nikmati, ketenangan wujud dalam hidup, walaupun candaanNYA tetap ada, tanda saya hamba.  saya belajar dan terus belajar, rezeki dari Allah tetap ada jika kepercayaan & keyakinan tinggi dengan Allah..

saya masih belajar, masih terlalu baru belajar, lagi banyak yang saya tidak tahu, untuk kembali hidup bertuhan dan hidup dalam dakapan kerinduan Allah.. ;-)


Buku yang menjadi bahan bacaan saya !!
Jika ada di antara anda yang ingin memilikki buku ini, boleh oder dengan saya di sini:
caranya: 

1) Masukkan wang sejumlah RM15.00 ( untuk buku sahaja)  + RM6.00 (kos pos ) bagi mereka yang minta untuk di poskan
2) Wang masukkan ke dalam acc berikut:
akaun :
BANK : CIMB BANK
NAMA : SITI ASMA BINTI MOIN
NO AKAUN : 06050003998201
BANK : MAYBANK
NAMA: SHAHROSSALEH RADZALI
NO ACC: 156208099622

Insha Allah, 
Jiwa Mantap ,
Minda hebat,
Hasil Cemerlang.


3) Setelah itu hubungi no : 013-9159575 untuk mengesahkan pembayaran.
4) Pihak kami akan melakukan proses untuk mengepos buku tersebut dan anda menantinya di alamat anda.

semoga menjadi wadah kepada kita semua menyebarkan energy cinta yang BERTUHAN



Wednesday, May 1, 2013

Cheese Tart Secret gebu & sweet

harrazkids

alhamdulillah.. home made dari saya.

bagi mereka yang ingin membuat tempahan , boleh berbuat demikian dengan menghubungi saya di no telefon
019-4419769
tqvm-hugs all 

gebu & sweet

Friday, April 19, 2013

The mother secret

harrazkids

assalamualaikum semua!!!
salam kasih dan sayang kerana allah.. hugs all..

alhamdulillah.. terlalu lama saya menyepi dalam blog ini.. sungguh saya benar2 rindu untuk menulis.. :-). in sha allah, saya akan terus menulis untuk perkongsian bersama anda!!

Gambar diatas merupakan gambar produk untuk menggalak susu ibu semasa berpantang seterusnya semasa menyusukan anak!!! alhamdulillah..

bagi mereka yang ingin memilikki boleh terus menghubungi 09-2609101/harrazkids.
Ia merupakan satu ilham yang diizinkan oleh allah untuk saya cetuskan demi kebaikkan bersama, serta bersama memberi galakkan terbaik dalam bidang penyusuan yang amat saya sukai!!! awesome guys!!!

In sha allah, doakan saya yea.. saya doakan sahabat2!!! berjaya & kaya kerana ALLAH!!!!

hugs all!!!
pn asma moin.

Sunday, December 23, 2012

harrazkids

salam kasih dan sayang buat semua..
semoga di hari minggu ini penuh ceria bersama keluarga tercinta dan orang yang tersayang.
saya mengharapkan anda setiasa dalam keadaan yang terbaik dan lebih terbaik dalam kehidupan anda.. ;-)

hari ini saya ingin berkongsi bersama anda tips terbaik untuk anak-anak jika mereka punyai perangai yang kurang menyenangkan kita dan membuatkan kita rasa ingin marah dan terus marah.. begitulah saya, sama seperti anda.. saya juga dalam proses untuk memperbaikki diri saya . apabila saya mula berubah anak2 akan turut serta .saya amat percayainya..

inilah tips saya ingin kongsikan bersama anda berdasarkan kajian yang saya lakukan serta pengalaman yang telah saya lalui. alhamdulillah sedikit sebanyak memberi impak yang cukup besar buat kita..

" apabila lahirnya si anak ke muka dunia adalah iabrat kain putih yang begitu bersih., adalah tanggungjawab kedua ibu bapanya untuk mencoraknya menjadi lebih baik @ sebaliknya."

namun kita tidak boleh untuk mengalah dan menyesal atas kelahiran yang telah di takdirkan oleh ALLAH anuegerah terbesar buat kita sebagai hamba di muka bumiNYA ini.. kita yang berhak untuk bertindak dalam membentuk serta membimbing anak yang masih kecil.

perhatian yang amat di perlukan oleh anak daripada kita sebagai org yang paling di kasihinya, di percayainya. kerana dengan adanya perhatian yang terbaik si kecil sebenarnya tidak akan meragam serta merengek untuk di perhatikan. ini pengalaman yang sudah saya lalui. setiap petang apabila saya pulang dari bertugas, si kecil dan kakaknya akan menangis dan merengek meminta untuk di beri perhatian.. mereka dulu yang saya ambil , peluk dan cium tanda saya benar2 rindukan mereka. masalah di tempat kerja saya letaknya di luar. tidaka kan ada isu perbincangan di dalam rumah berkaitan masalah di tempat bertugas. walaupun saya bertugas sendiri. ;-).. cubalah yea kawan2.. letak hp, ipad, tab semuanya di tepi apabila kita bersama anak2.. kerana mereka perlukan sepenuh perhatian dari kita. mereka inilah permata hati kita.. serta jiwa dan hati mereka dalam lindungan ALLAH yang paling terbaik. kerana mereka masih lagi suci dan bersih, masih belum di cemari dengan unsur-unsur yang kurang baik.doa yang berterusan buat anak2 jangan di lupai. itulah senjata terbaik kita sebagai orang muslim. itulah kehebatan kita.

itu dia satu tips yang ingin saya kongsikan, untuk episode kali ini. tunggu tips yang seterusnya yea.

with love -; asma with love!!!!

Monday, December 10, 2012

persoalan dan jawapan ( susu kurang)

harrazkids

salam kasih dan sayang!!
love u all so much.. lama sudah kita tidak bersua tanpa wajah.. hanya bicara hati saya yang kongsikan bersama anda!! apa pun .. mmng best!! anda semua sahabat saya yang begitu best dan hebat.. ibu2 yang teruja membesarkan anak serta memberikan yang terbaik daripada yang terbaik!!!

hari ini, saya ingin kongsikan bersama anda permasalahan yang biasa di hadapi oleh semua ibu-ibu yang menyusu..
situasinya begini:
SOALAN:
" saya masih dalam dilema samaada susu saya sikit @ banyak. Anak saya, 3 bulan kerap menyusu,tak sampai sejam nak susu lagi sepanjang siang. macam tak puas. saya dah makan ubat galak susu homopati, skrg saya baru cuba habatus sauda'. bila saya perah, cik su kata banyak susu.tapi, bila saya guna pump, susu x banyak keluar. dan breast x tegang atau bengkak. adakah susu saya kurang?"

JAWAPAN:

tahniah puan , memilih susu ibu sebagai makanan permata hati puan. tahniah juga kerana telah memilikki seorang cahaya mata. besar anugerah ALLAH buat puan. :-) permasalahan yang puan hadapi ini biasa di hadapi oleh semua golongan ibu2, namun ia bukan satu permasalahan yang berat dear. untuk pengetahuan pihak puan, bayi yang berusia 0-6 bulan memang memerlukan perhatian yang lebih dari pihak ibu dan bapa. sebagai ibu bapa perhatian serta kasih sayang buat si kecil. tambah pula si kecil hanya perlukan susu ibu sahaja , tanpa setitik air masak atau air putih pun. HANYA SUSU IBU sahaja. waktu penyusuan juga akan menjadi kerap kerana perut bayi yang baru di lahirkan sebesar biji guli serta akan meningkat dari minggu ke minggu. sangkaan ibu bila anak yang kerap menyusu adalah anak yang tidak puas untuk menyusu, sedangkan kita perlu tahu berkemungkinan bayi kita, tidak selesa posisi sepanjang tempoh penyusuan, keadaan suhu blik yang tidak selesa , keadaan bayi yang lampinya telah basah serta peranan perasaan seorang ibu merupakan penyebab utama keadaan bayi kita. Jika emosi kita kurang menentu begitu juga dengan bayi, saya cadangkan puan relexkan diri tenangkan emosi sepanjang proses penyusuan berlaku. dengan tindakan tersebut dapat memberi impak yang besar kepada si kecil anda..
susu kurang?? adalah perkara biasa berlaku serta normal,. serta anda di nasihatkan agar :
1)minum air ikut keperluan (bila dahaga) - namun dalam kuantiti yang biasa di syorkanlah.
2) makan makanan yang berasaskan bijirin-lebihkan pengambilanya.
3) sumplemnt buka suatu keperluan khas, namun boleh di ambil jika boleh memberi kesan yang positive kepada tubuh badan kita.
4) di nasihatkan tidak stress dan berfikiran positive dalam apa jua keadaan.
5) masa perahan susu di lakukan hendahlah tepat pada masa yang biasa di lakukan.
Puan, pengambilan penggalak susu setiap orang adalah tidak sama keputusanya. serta tidak semestinya tanda susu banyak adalah bila breast akan keras dan bengkak. cara perahan serta teknik hendaklah dengan cara yang betul.
susu puan tidak pernah kurang. susu puan banyak sebenarnya. banyak sangat!! saya doakan puan berjaya dalam meneruskan proses penyusuan sehingga 2 tahun..

with love -
asma moin..

sekian dulu penulisan pada kali ini..
di harap yang bertanya perolehi jawapan terbaik daripada respon saya ini..

saya sayang sangat-sangat anda!!!!


Wednesday, July 4, 2012

cinta ilmu

harrazkids
salam semua..di harapkan kalian semua sihat sejahtera bersama keluarga serta insan yang paling di sayangi.. ;-). sya juga menyayangi anda..mmmuah.. love so much..
saya pasti anda ibu2 yang hebat.. wanita yang terbaik, isteri yang mithali.. tahniah dear.. ;-). hebatnya kita bergelar wanita..betulkan??.. hargai diri anda...

entry kali ini saya ingin berkongsi bersama anda belajar dan terus belajar untuk menjadi ibu bapa yang terbaik ,..serta bersama2 membawa anda untuk kita bersama-sama menjadi ibu yang kreatif dan bijak buat anak2 dan suami.. kerana setiap kebaikkan serta langkah bagi wanita yang sudah berkahwin maka pahala yang mengiringinya.. ameen.. besar kan.. heheh.. maka yang yang belum tu meh cepat2 yea.. klu ada calon cepat2 doakan agar jodoh di percepatkan..i-allah.. heheheh.. jangan terasa yea..

saya serta suami.. sentiasa akan cuba berusaha untuk membetulkan diri jika kesilapan yang kami lakukan sepanjang proses membina kehidupan bersama.. terutamanya mendidik anak2..

saya bersyukur, kerana saya punyai peluang, ruang,  untuk menuntut ilmu keibubapaan secara tidak langsung atau secara langsung. alahmdulillah..
Sepanjang saya berada di terengganu pada awal june baru2 ni untuk meralisasikan impian bergelar kaunselor laktasi akhirnya berjaya.. alahamdulillah syukur sesngt..dalam pada itu saya bertuah dapat bertentang mata dengan insan2 hebat yang sudi berkongsi pengalaman hidup yang cukup indah serta mentarbiah diri saya untuk menjadi insan yang lebih penyayang, lebih perihatin serta segalanya saya igin belajar..

contoh yang dapat saya kongsikan bersama anda adalah , apabila saya berjumpa seorang pengasas sekolah dirumah (mamafiza) yang cukup berhemah , sarat dengan kasih sayang jiwanya, berjiwa lembut, cukup perihatin membuatkan saya ingin tahu serta belajar dari seorang mentor.. alhamdulillah ilmu yang sedikit saya amalkan w/pun secara tidak langsung saya tetap bersyukur serta praktis lagi dalam mendidik jiwa anak2 saya serta terutamanya diri saya.. saya belajar untuk terus memantapkan kesabaran di dalam jiwa saya.. alhamdulillah... syukur.. saya akan kongsikan bersama anda apa yang dapat belajar sesuatu yang menarik serta besar impian saya untuk melihat anak2 sentiasa tersenyum bahagia..i-allah..

puteri sulung saya.. "najla' harraz".. alhamdulillah semakin bijak pandai mengawal emosi..syukur.. mudah memahami serta perihatin keadaan sekeliling.. alhamdulillah.. syukur,, anakanda.. teruslah membesar dengan bijak serta mempunyai tingkah laku muslimah yang baik.. ameen..

puteri kedua saya yang semakin lincah mengikut rentak kakaknya.. alahmdulillah.. saya teramat bersyukur, punyai mereka.. syukur YA ALLAH.. merekalah insan yang mewarnai hidup saya..alhamdul;illah..

saya yakin anda di luar sana juga seperti saya..punyai kehidupan yang bahagia , seronok disamping keluarga yang paling bahagia..apa yang coretkan adalah ingin berkongsi bersama sahabat2 pembaca yang budiman bertapa saya ingin melihat anda kalian berusaha sehabis baik untuk menjadi ibu yang terbaik.. saya juga masih dalam berusaha.. masih belum tercapai.. kita bersama2 yea ibu2.. cayok2. be a good mother..tiada siapa yang lebih mahupun kurang.. kita serupa..belajar dan terus belajar.. 

sekian dulu coretan kasih dari saya..
saya sayang sahabat2 pembaca sekalian... anda hebat wahai sahabat2..

sayang selalu..
asma-ibu najla & nayli..

Monday, July 2, 2012

kenangan terindah

harrazkids

salam semua.. semoga anda berada dalam kehidupan yang ceria dan sihat.. bak kata pepatah kini.. ada taman dalam hati.. heheh.. ;-).. sweet kan..
hati ini sukar untuk di ramal.. ada masa hati akan tersenyum dahulu dari ukiran senyuman di bibir.. hebatkan hati.. mari lah kita sama2 membina ceria membina bahagia dalam hati dan hidup kita.. seronok kan.. alangkah indah hidup jika bahagia yang ada di berkati dan di rahmati..

berbalik kepada entry yang ingin saya kongsikan bersama anda ibu2 yang hebat dan saya sayangi..terasa begitu hampir dengan kalian.. peluk cium dari saya.. you all the greates mother.. love so much!!!..

saya sayangkan anda.. inilah saya.. seorang ibu yang mempunyai 2 cahaya mata, serta 6 orang anak susuan yang bijak pandai..alhamdulillh..namun tidak di lupakan saya juga merupakan seorang guru kepada ratusan anak didik yang saya kasihi..itulah saya.. Saya juga seorang terlalu obses dengan penyusuan susu ibu.. saya sangat cintakanya..memang best.. kini saya juga seorang PAKAR perundingan dalam penyusuan.. yang ingin menghubungi saya boleh lah terus ke talian 0139029496@ shasma_522@yahoo.com/ facebook -SITI ASMA MOIN.saya sedia membantu anda..

entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara simpanan susu perahan semasa perjalanan.. jika ada kesilapan @ kekeliruan betulkan saya yea.. saya & kalian adalah sahabat..seorang sahabat yang baik akan sentiasa membetulkan sahabatnya..sahabat dunia akhirat.. keep in touch..

perah susu mengikut jadual yang telah di tetapkan.. cari peluang dan ruang.. tidak perlu mencari alasan dan sebab mengapa tidak boleh yea ibu2..

hasilnya, dari kedua2 belah payudara.. alhamdulillah.. 
*seberapa banyak yang anda dapat bersyukurlah, serta teruskan usaha jangan mengalah yea ibu2..

hasil susu perahan dari 4orang ibu semasa saya bekursus di terengganu.. alhamdulillah.. sempit dan padat.. mujurlah pada hari esokkan setelah di simpan selama 2 hari susu perahan saya akan di hantar pulang.. buat anakanda tersayang.. terima kasih k.ilah (nor fazilah abd rahim) sahabat ku yang mengajar di sekolah yang sama ingin pulang ke jerantut pahang.. rezeki nayli.. alhamdulillah..


susun sebaiknya , serta masukkan ice yang sudah di gaulkan dengan garam.. agar susu yang berada selamat untuk di gunakan.. tujuan garam di gunakan bersama ice adalah untuk memastikan ice yang berada di dalam ice box untuk melambatkan proses pencairan ice. susu perahan masih keras dan elok..
Inilah yang say lakukan , sepanjang saya treavel @ di bilik hotel yang tidak mempunyai peti sejuk.. alhamdulillah masih ok..
tutup rapat2 dan kuat, jangan di buka terlalu kerap untuk mengelakkan ice cair. sesudah sampai buka serta lihat keadaan susu bagaimana. jika masih beku terus masukkan kedalam tempat beku peti ice di rumah.. jika sudah sedikit cair-pastikan susu itu digunakan dalam tempoh 3-5 hari. masukkan ke bahagian chiler dahulu sebelum di gunakan.

alhamdulillah.. begitulah cara yang saya gunakan semasa membawa susu perahan jika ice gel tidak ada bersama saya.. alhamdulillah.. susu perahan saya ok.. masih boleh digunakan buat cinta hati saya..

alhamdulillah.. inilah kami yang tinggal sebilik semasa di sumai hotel terengganu. dari hadapan ; 
zainab-seorang ibu yang mempunyai semangat kental dalam memperjuangkan penyusuan di sabahm serta beliau mempunyai 2 orang cahayamata.. seterusnya-k.imah (rahimah Zaman) FB dia-seorang ibu kepada 3 orang cahayamata yang berasal dari sabah serta memilikki semangat yang kental untuk meneruskan misi penyusuan di buffourt sabah.alahamdulillah.. ketiga-saya (siti asma moin) insan yang begitu berwawasan dalam penyusuan, ingin melihat di malaysia amnya serta khususnya ibu2 yang berada di daerah saya menyusukan anak mereka denagn susu ibu..belakang saya k.sal(salmiah dato' haji talib)-insan yang cukup saya kagumi-walaupun tidak semuda saya masih hebat memperkatan hal penyusuan.. malahan cukup arif hal yang berkaitan.. serta akhir sekali haza( hazarina ishak)-pemilik blog gema alam dan lunatots putrajaya. beliau juga merupakan insan yang yang kagum dengan semangat juang yang wujud di dalam dirinya.. alahmdulillah.. syukur. setiap kali saya mencari ilmu.. permata berlian yang saya temui.. peluang untuk belajar sesuatu yang cukup bermakna.. tqvm guys..

semoga ukhwah antara kita tidak terhenti di sini serta di teruskan lagi sehingga syurga. I-allah..

cukup disini dahulu coretan saya yang menarik ini.. akan saya luahkan lagi bicara hati saya di laman mesra maya ini..

salam sayang dari saya:-
asma moin




RAHMATMU

harrazkids
alhamdulillah.. saya amat bersyukur sangat kerana urusan serta impian saya untuk membuka satu lagi kedai di daerah temerloh tercapai.. sebenarnya kedai mmng sudah ada.. cuma kami berpindah ke tempat yang lebih selesa sedikit.. syukur saya..
YA ALLAH, DIRI INI TERAMAT BERSYUKUR KERANA LALUAN UNTUK MENUNAIKAN FARDHU KIFAYAH INI BERJALAN DENGAN MUDAH.. WALAUPUN TERDAPAT JUGA LIKU2 KEHIDUPAN YANG MEMBUATKAN AKU BERTINDAK MATANG.. NAMUN DENGAN RAHMATMU AKU BANGKIT DAN TERUS BANGKIT.. UJIAN DARIMU TIDAK PERNAH TERHENTI SERTA MEMBUATKAN AKU BEESEMANGAT UNTUK TERUS MEMBANTU INSAN2 YANG INGIN MEMPEROLEHI KEPERLUAN DALAM MELAKSANAKAN TUNTUTAN WAJIB BAGI SEORANG IBU MENYUSUKAN ANAKNYA..ALHAMDULILLAH..

liku2nya berat jua untuk saya tanggung, namun saya gagahi jua demi merealisasikan impian bersama sebagai keluarga untuk hidup dalam kehidupan yang sihat dan cergas.. iaitu bermula dengan pemberian susu ibu setelah di lahirkan seseorang hambah ALLAH yang telah di amanahkan.

namun saya milikkinya jua.. alahmadulillah..

alahmdulillah.. kunci sedah di milikki.. kini untuk proses pengubahsuaian pula yang perlu.. i-allah, paling lewat awal ogos.. doakan saya yea..

perbincangan bersama mereka. alhamdulillah.. saya banyak belajar dengan mereka. mereka cukup teruja untuk berkongsi ilmu perniagaan.. saya amat bersyukur.. mereka ini merupakan pemilik kedai kasut vern di seremban dan teriang serta raub.. besarkann perniagaan mereka..

saya ingin berjaya serta ibu2 yang menyusui anak juga berjaya.. berjaya dengan bersemangat untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun yea sabahat2 yang budiman.. jangan mengalah. terus berusaha..

sayang selalu..
asma ( LC) anda..


harrazkids
salam semua..harapnya anda sihat bersama keluarga tersayang serta insan-insan yang anda sayangi.. alhamdulillah..
saya bersama keluarga sihat alhamdulillah.. ceria bersama anak2 yang semakin bijak menerokai kehidupan.. syukur pada Mu YA ALLAH..
semoga anda berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.. semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..
sayang selalu.
asma..
sahabat anda.

Saturday, June 16, 2012

menimba ilmu

harrazkids
salam semua..
kiranya agak lama jari jemari runcing  ini tidak menaip didalam laman peribadi saya sendiri..masa yang ALLAH anugerahkan buat kita adalah mencukupi.. namun cara kita menguruskanya adaalah berbeza setiap insan.. dalam keadaan yang sama ketidak upayaaan kita utuk melaksanakanya ..heheheh.. muqaddimah panjang ni.. heheheh..

saya sihat.. bagaimana dengan sahabat2 pembaacaa diluar sana? amda sihat.. besar harapan saya agar anda sihat selalu disamping insan tersayang..

hari2 yang saya lalui agak padat dengan pelbagai jadual aktiviti yang saya sendiri pilih. tiada siapa yang di persalahkan.. saya akan laluinya jua.. tersirat di dalam hati berjuta doa , agar urusan saya di permudahkan dalam segala hal.. ameen..

di sini cerita yang ingin saya kongsikan bersama anda tidaklah hebat serta menarik sangat.,.. cukuplah jika  sayaa katakan ia teramat menarik buat saya.. heheheh..

usia bukan penghalang untuk kita yterus mengorak langkaah untuk terus berjaya dalam hidup .. berusaha selagi mempunyai kemampuan utk menuntut ilmu.. agar ilmu yang kita perolehi dapat di sampaikan kepada insaan lain sebagai ilmu yang sangat berguna untuk semua.. agar pahalanya mengalir bagai air sungai yang mengalaair tanpa penghujungnya.. i-allah.. mudah2a diberkati dan di restui..ameen.,.

saya seorang ibu yang cukup obses dengan penyusuan sehingga ilmu penyusuan saya cari dan gali untuk mengetahui kebaikkan serta kehebatan dalam penyusuan.. alhamdulillah saya berjaya mencarinya.. syukur.. namun begitu saya masih lagi mencar dan terus mencari.. heheheh.. bukan tamak.. namun lagi banyak yaang saya tahu sebenarnya banyk lagi yang saya tidak tahu.. konsep belajar sepanjang hayat.. itu benar dan tepat.. :-)..

marilah kita sama2 belajar.. kuat semangat.. tidak perlu untuk berkira dalam isu pembelajran serta kos yang di kenakan demi memilikki ilmu yang tepat dan jelas.. di sini , saya ingin kongsikan bersama anda.. rentetan perjuangan saya sebelum saya bergelar LC.. ( kaunseler laktasi)..hehehe.. kuanselor laktasi??  sayakah itu. seperti tidak percaya.. heheheh.. alhamdulillahh.. kini saya kaunselor laktasi..

2008-bermula perjuangan bersama anak tercinta NAJLA' HAARRAZ..
2009-sering mencari ilmu yang terbaik serta masih menyusui anakanda comel..
2010-menyertai training untuk MALAYSIA BREASTFEEDING PEER COUNSELOR.-di sabah
2011-menyertai kursus yang diadakan di klinik kesihatan (kursus penyusuan)
2012-menyertai kursus 20 jam -di sabah (HOSPITAL LIKAS)
2012-menyertai kursus 20 jam di kuantan..
2012-menyertai kursus 40 jam di kuala terengganu.
2012-menyertai traning peer counselor di jerantut sekali lagi..
I-allah.. akan menyertai 40 jam sekali lagi di hospital kuantan..

hehehe..
rezeki 2012..semoga ilmu ini akan disampaikn sebaiknya.. saya bergerak bersama anda.. saya & sahabat tidak keseorangan.. one 4 all.. all 4 one.,..

akan saya kongsikan lg yea..
with love..


Monday, April 30, 2012

anak-anakku..

harrazkids
salam semua..
harap semuanya dalam keadaan yang baik & sihat..
bersyukur kerana di beri keberkatan & kesihatan yang berpanjangan..alhamdulillah.. tiada ada apa yang ingin saya berkongsi dengan  kalian semua.. cuma saya ingin berkongsi kegembiraan kerana saya memilikki anak2 yang cukup membahagiakan saya..

anak saya baru 2.. tetapi anak susuan saya 3 orang.. ramaikan.. alhamduillah.. saya bersyukur saya ada kekuatan untuk itu..YA ALLAH.. bersyukur aku atas rahmat mu... anugerah yang di berikan cukup membuatkan saya kuat untuk bergelar seorang ibu..jadi anak saya 5 orang dah..heheheh..


NAJLA' HARRAZ & NAYLI HARRAZ..
mereka berdua adalah insan yang cukup bermakna dalam hidup kami berdua.. lahir dalam satu rahim yang sama, perut yang samaa.. serta menyusui susu ibu yang sama.. alahamdulillah.. kalian adalah insan yang membuatkan diri  sempurna sabagai ibu..

tara..
anak susuan ku yang pertama..
NURDIANA..
anakanda .. insan kecil yang comel.. baik.. cerdik & pandai.. kerinduan saat dirimu menyusui ibu sayang..

NUR DAMIA..
anak buahku.. yang jua meminum susu dariku.. alhamdulillah..

NUR ADRA.
anak buahku.. yang kini menyusui dari susuku.. alhamdulillah..

QASEH ARISSA
jua sempat kau menjamah susu ibu, walaupun usia mu untuk menjengah dunia hanya.. seketika.. doa ibu, agar anakanda sentiasa tersenyum & bahagia di alam sana..

NUR IMAN
dirimu jua merasa susu dari ku.. walaupun anakanda hanya meminum menggunakan botol, namun susu itu adalah datangnya dari seorang ibu yang amat inginkan dirimu sihat serta memilikki seperti insan lain lain perolehi.. iaitu SUSU IBU..

wahai anak2 ku.. kalian adalah ikatan hati.. kalian jiwa ku.. setiap titisan susu ku halalkan tanpa sekelumit sangsi..membesarlah bagai juara.. hanya itu yg mmpu ibu lakukan sayang.. untuk melihat dirimu ceria & bahagia..

love so much..

Misi pencarianku.

harrazkids

salam semua..
sudah lama saya tidak mencoretkan apa2 .. kesibukkan yang saya pilih..kekalutan dalam pengurusan yang saya pilih jua.. semua atas pilihan saya.. namun saya tetap tidak lupakab blog ini.. saya amat rindukan untuk mencoret.. saya berazam untuk mencoretnya semula.. untuk setiap hari..
I-ALLAH, saya boleh.. heheh..

sahabat2 semua sihat kan.. harapan saya anda sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa di rahmati & di lindungi oleh ALLAH swt.. begitu juga saya.. saya alhamdulillah sihat..bersama keluarga..anak2 jua semakin membesar & memerlukan perhatian dalam proses pembesaran. syukur kurniaan itu ya ALLAH.

Tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk sedikit. memandangkan jadual saya padat untuk melaksanakan misi dan matlamat saya dalam memperjuangkan penyusuan ibu.. semua ibu memahami bahawa apabila lahirnya si kecil perkara pertama yang sewajarnya di utamakan ialah susu ibu. terus berusaha untuk menyusukan anak, walau apa pun keadaan anda.. kerana itu merupakan pengorbanan besar dari anda buat si kecil di alam dunia.. permulaan itu penentu penyusuan susu ibu berjaya..namun jika sebaliknya berlaku dengan anda.. jangan anda risau @ gundah.. anda masih lagi ibu terbaik buat si manja anda. anda ibu yang hebat..saya bangga mempunya pembanca seperti anda..cuma teruslah berusaha untuk terus memberikan titisan emas buat si manja anda.. membebel dah saya.. heheh.. lama x menulis macam ni lah jadinya.. coretan tulusku di alam cyber...hehehe..

I-allah, saya akan terus berkongsi bersama anda lagi.. terlalu banyak yang ingin saya kongsikan bersama anda..setelah sekian lama mengkaji & menilai.. kini saya dalam proses belajar memahami sesuatu yang amat bernilai & di jaga..

semoga perjuangan saya ini di berkati.. ameen..tunggu yea.. entry seterusnya dari saya.. rindu saya ingin mencoret lagi,,,.. tunggu..

miss u all..

Friday, December 30, 2011

Tahun baru

harrazkids
salam kerinduan buat semua..
benar2 lama saya tidak mencoret tanpa bicara ini. rasanya terlalu banyak yang perlu di uruskan bagi memastikan segala aktiviti serta perancangan berjalan lancar.. alhamdulillah berjalan seperti yang di rancang.. syukur..YA ALLAH.

di sini tidak apa yang menarik untuk saya berkongsi dengan anda. cukup lah satu ungkapan yang perlu yang ucapkan "2011 rahmat".. alhamdulillah..syukur..dalam saya meniti kehidupan ramai insan di belakang saya ynag menyokong kejayaan saya sehingga ke hari ini. terima kasih semua. sokongan & doa anda buat saya saya teramat menghargainya..

2012 menjelma.. bermakna usia kita juga semakin meningkat.. tidak bermakna kita hanya mengira tahun yang berlalu .. namun kita seharusnya bersama2 mencapai impian serta lebih berusaha gigih untuk mencapai kejayaan..

i-allah, 2012.. perancangan sudah di buat..dalam proses pelaksanaan sahaja..
bermulanya 2012 cawangan harrazkids akan di buka di temerloh.. alhamdulillah.. bagi warga temerloh serta yang berhampiran sekita dengannya berkunjung ke harrazkids.. syukur..kami akan mula beroperasi 14 januari 2012..alhamdulillah..

sekian dulu coretan saya buat kali ini..