salam semua.. semoga anda berada dalam kehidupan yang ceria dan sihat.. bak kata pepatah kini.. ada taman dalam hati.. heheh.. ;-).. sweet kan..
hati ini sukar untuk di ramal.. ada masa hati akan tersenyum dahulu dari ukiran senyuman di bibir.. hebatkan hati.. mari lah kita sama2 membina ceria membina bahagia dalam hati dan hidup kita.. seronok kan.. alangkah indah hidup jika bahagia yang ada di berkati dan di rahmati..
berbalik kepada entry yang ingin saya kongsikan bersama anda ibu2 yang hebat dan saya sayangi..terasa begitu hampir dengan kalian.. peluk cium dari saya.. you all the greates mother.. love so much!!!..
saya sayangkan anda.. inilah saya.. seorang ibu yang mempunyai 2 cahaya mata, serta 6 orang anak susuan yang bijak pandai..alhamdulillh..namun tidak di lupakan saya juga merupakan seorang guru kepada ratusan anak didik yang saya kasihi..itulah saya.. Saya juga seorang terlalu obses dengan penyusuan susu ibu.. saya sangat cintakanya..memang best.. kini saya juga seorang PAKAR perundingan dalam penyusuan.. yang ingin menghubungi saya boleh lah terus ke talian 0139029496@ shasma_522@yahoo.com/ facebook -SITI ASMA MOIN.saya sedia membantu anda..
entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda cara simpanan susu perahan semasa perjalanan.. jika ada kesilapan @ kekeliruan betulkan saya yea.. saya & kalian adalah sahabat..seorang sahabat yang baik akan sentiasa membetulkan sahabatnya..sahabat dunia akhirat.. keep in touch..
perah susu mengikut jadual yang telah di tetapkan.. cari peluang dan ruang.. tidak perlu mencari alasan dan sebab mengapa tidak boleh yea ibu2..
hasilnya, dari kedua2 belah payudara.. alhamdulillah..
*seberapa banyak yang anda dapat bersyukurlah, serta teruskan usaha jangan mengalah yea ibu2..
hasil susu perahan dari 4orang ibu semasa saya bekursus di terengganu.. alhamdulillah.. sempit dan padat.. mujurlah pada hari esokkan setelah di simpan selama 2 hari susu perahan saya akan di hantar pulang.. buat anakanda tersayang.. terima kasih k.ilah (nor fazilah abd rahim) sahabat ku yang mengajar di sekolah yang sama ingin pulang ke jerantut pahang.. rezeki nayli.. alhamdulillah..
susun sebaiknya , serta masukkan ice yang sudah di gaulkan dengan garam.. agar susu yang berada selamat untuk di gunakan.. tujuan garam di gunakan bersama ice adalah untuk memastikan ice yang berada di dalam ice box untuk melambatkan proses pencairan ice. susu perahan masih keras dan elok..
Inilah yang say lakukan , sepanjang saya treavel @ di bilik hotel yang tidak mempunyai peti sejuk.. alhamdulillah masih ok..
tutup rapat2 dan kuat, jangan di buka terlalu kerap untuk mengelakkan ice cair. sesudah sampai buka serta lihat keadaan susu bagaimana. jika masih beku terus masukkan kedalam tempat beku peti ice di rumah.. jika sudah sedikit cair-pastikan susu itu digunakan dalam tempoh 3-5 hari. masukkan ke bahagian chiler dahulu sebelum di gunakan.
alhamdulillah.. begitulah cara yang saya gunakan semasa membawa susu perahan jika ice gel tidak ada bersama saya.. alhamdulillah.. susu perahan saya ok.. masih boleh digunakan buat cinta hati saya..
alhamdulillah.. inilah kami yang tinggal sebilik semasa di sumai hotel terengganu. dari hadapan ;
zainab-seorang ibu yang mempunyai semangat kental dalam memperjuangkan penyusuan di sabahm serta beliau mempunyai 2 orang cahayamata.. seterusnya-k.imah (rahimah Zaman) FB dia-seorang ibu kepada 3 orang cahayamata yang berasal dari sabah serta memilikki semangat yang kental untuk meneruskan misi penyusuan di buffourt sabah.alahamdulillah.. ketiga-saya (siti asma moin) insan yang begitu berwawasan dalam penyusuan, ingin melihat di malaysia amnya serta khususnya ibu2 yang berada di daerah saya menyusukan anak mereka denagn susu ibu..belakang saya k.sal(salmiah dato' haji talib)-insan yang cukup saya kagumi-walaupun tidak semuda saya masih hebat memperkatan hal penyusuan.. malahan cukup arif hal yang berkaitan.. serta akhir sekali haza( hazarina ishak)-pemilik blog gema alam dan lunatots putrajaya. beliau juga merupakan insan yang yang kagum dengan semangat juang yang wujud di dalam dirinya.. alahmdulillah.. syukur. setiap kali saya mencari ilmu.. permata berlian yang saya temui.. peluang untuk belajar sesuatu yang cukup bermakna.. tqvm guys..
semoga ukhwah antara kita tidak terhenti di sini serta di teruskan lagi sehingga syurga. I-allah..
cukup disini dahulu coretan saya yang menarik ini.. akan saya luahkan lagi bicara hati saya di laman mesra maya ini..
salam sayang dari saya:-
asma moin






2 comments:
suka tengok susu ibu2 yang meriah ni.. membakar semangat.
tqvm dear...
Post a Comment