harrazkids
salam kasih dan sayang buat semua..
semoga di hari minggu ini penuh ceria bersama keluarga tercinta dan orang yang tersayang.
saya mengharapkan anda setiasa dalam keadaan yang terbaik dan lebih terbaik dalam kehidupan anda.. ;-)
hari ini saya ingin berkongsi bersama anda tips terbaik untuk anak-anak jika mereka punyai perangai yang kurang menyenangkan kita dan membuatkan kita rasa ingin marah dan terus marah.. begitulah saya, sama seperti anda.. saya juga dalam proses untuk memperbaikki diri saya . apabila saya mula berubah anak2 akan turut serta .saya amat percayainya..
inilah tips saya ingin kongsikan bersama anda berdasarkan kajian yang saya lakukan serta pengalaman yang telah saya lalui. alhamdulillah sedikit sebanyak memberi impak yang cukup besar buat kita..
" apabila lahirnya si anak ke muka dunia adalah iabrat kain putih yang begitu bersih., adalah tanggungjawab kedua ibu bapanya untuk mencoraknya menjadi lebih baik @ sebaliknya."
namun kita tidak boleh untuk mengalah dan menyesal atas kelahiran yang telah di takdirkan oleh ALLAH anuegerah terbesar buat kita sebagai hamba di muka bumiNYA ini.. kita yang berhak untuk bertindak dalam membentuk serta membimbing anak yang masih kecil.
perhatian yang amat di perlukan oleh anak daripada kita sebagai org yang paling di kasihinya, di percayainya. kerana dengan adanya perhatian yang terbaik si kecil sebenarnya tidak akan meragam serta merengek untuk di perhatikan. ini pengalaman yang sudah saya lalui. setiap petang apabila saya pulang dari bertugas, si kecil dan kakaknya akan menangis dan merengek meminta untuk di beri perhatian.. mereka dulu yang saya ambil , peluk dan cium tanda saya benar2 rindukan mereka. masalah di tempat kerja saya letaknya di luar. tidaka kan ada isu perbincangan di dalam rumah berkaitan masalah di tempat bertugas. walaupun saya bertugas sendiri. ;-).. cubalah yea kawan2.. letak hp, ipad, tab semuanya di tepi apabila kita bersama anak2.. kerana mereka perlukan sepenuh perhatian dari kita. mereka inilah permata hati kita.. serta jiwa dan hati mereka dalam lindungan ALLAH yang paling terbaik. kerana mereka masih lagi suci dan bersih, masih belum di cemari dengan unsur-unsur yang kurang baik.doa yang berterusan buat anak2 jangan di lupai. itulah senjata terbaik kita sebagai orang muslim. itulah kehebatan kita.
itu dia satu tips yang ingin saya kongsikan, untuk episode kali ini. tunggu tips yang seterusnya yea.
with love -; asma with love!!!!
No comments:
Post a Comment