Sunday, April 17, 2011

Kaunseling Dalam Penyusuan.

harrazkids
salam semua.. harap semua bahagia menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan ujian dari yang maha Esa..
bersyukur kerana kita masih di beri ruang untuk bernafas di muka bumi ini.. alhamdulillah..
coretan pada kali ini saya ingin berkongsi bersama kawan2 di luar sana cara kita memulakan kaunseling dalam penyusuan. kerana perkara ini nampak mudah namun ada cabaran & kesukaranya..

Pada Sabtu yang lepas saya telah di tugaskan untuk menyampaikan satu tajuk "kaunseling dalam penyusuan". hasil dari ilmu yang telah saya kutip melalui program MBFPC, saya kongsi bersama mereka. insan2 yang saya ingin kongsikan bukan calang2 orang. mereka orang yang hebat di hospital, yang banyak membantu ibu2 yang berhadapan dengan masalah penyusuan, bersalin & berbagai lagi pertolongan yang telah di berikan kepada pesakit yang datang ke hospital..

Terasa gerun jugak di hati. tetapi saya saya sahut cabaran tu untuk sama2 berkongsi ilmu. almaklumlah semuanya pakar2 dalam bidang tersebut, saya ??? hanya seorang ibu yang baru beranak satu.. pengalaman pun hanya ciput je..tapi keyakinan yang daatang membuatkan saya berani..

sedikit perisian yang saya ingin kongsikan bersama kawan2 pembaca, antara tips dalam kita melakukan sesi kaunseling penyusuan kepada ibu2.
  • kita hendaklah berilmu.
  • kita hendaklah bersedia dengan kemungkinan.
  • menjadi pendengar yang baik.
  • memberi cadangan bukan arahan.
  • menghormati keputusan ibu.
  • memuji ibu.
  • menegaskan faktar seandainya berlaku kekeliruan.
  • bercakap dalam nada yang paling selesa buat ibu & kita.
  • sentiasa memberi sokongan & perangsang buat ibu.
mm.. itulah yang saya ceritakan kepada ibu2 , nurse2 pada petang tersebut.. harapnya apa yang saya kongsikan bersama mereka menjadi panduan berguna buat semua..

sekian wassalam..
p/s: sesungguhnya ilmu yang baik akan memeperolehi kebaikkan sepanjang mereka melakukan perkara tersebut.
pahala ibarat air sungai yang mengalir.. i-allah.. amin..
love u al.

No comments: