salam semua..
hari ini telah diadakan kursus penyusuan daerah jerantut. saya tak dapat untuk menyertainya kerana ada tuntutan tugasan yang lebih 'aula'. I-allah, saya akan menyertainya paada masa akan datang jika ,asa yang bersesuaian & bertepatan. alamaklumlah, banyak tugasan yang perlu saya selesaikan.
di sini saya ingin berkongsi tentang ilmu penyusuan dengan anda. saya bukaanlah pakar namun saya seorang ibu yang memepunyai pengalamaan sebaagaai ibu yang bekerjaya serta berjaya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun 6 bulan. syukur sangat.
berazam ingin menyusui bayi sejak dari awal kehamilan lagi. I-allah, akan berjaya penyusuan anda terhadap bayi anda.
dengan adanya keazaman kita akan sentiasa ingin mencari ilmu yang berkaitaan dengannya. kita akan berusaha untuk memberi yang terbaik buat si anak agar di awal kelahiranya dirinya akan berasa bahagia mempunyai ibu seperti anda!! yang sentiasa ingin berusaha.
aummmcak!!.ibu & ayah saya perlukan kalian untuk terus bernafas di muka bumi ini.sayang ibu & ayah.
Persediaan mental dan fizikal
1. Dapatkan informasi awal dan tepat
Anda boleh dapat dari klinik tpt anda buat pemeriksaan kandungan, dari pakar O&G yg memeriksa anda. Atau juga dari internet dan pakar laktasi. Skrg ramai yg dah mempunyai sijil laktasi, jadi mudahlah kita utk cari mereka ni.
2. Tenangkan hati dan fikiran
Mcm kita nak hadapi peperiksaan, macam tu jugalah perasaan kita bila nak menghadapi proses ni. Perkara ni berlaku esp pada ibu2 yg pertama kali nak menyusukan, yg dah pernah menyusukan pun akan rasa juga tapi tak teruk sgt la. Bykkan lah berdoa spy kita tenang, dan dapat menghadapinya dgn mudah. Bila hati dan fikiran kita tenang, proses penyusuan akan jadi lebih mudah dan susu dapat mengalir keluar dgn lebih senang lagi.
3. Bersedia dgn perubahan masa
sekali berlakon2 lah macam bayi tu dah ada. Buat dari masa hari pertama dia telah lahir ke dunia ini. Bayangkan hari itu hari pertama anda memangkunya, pertama kali menyusukan bayi itu. Kemudian bayangkan setiap tiga jam anda perlu menyusukan bayi anda. Bayangkan anda perlu bangun setiap tiga jam itu tatkala anda sedang nyenyak tidur. Lakonkan situasi ini pada hujung minggu. Dapatkan bantuan dari suami atau emak atau emak mertua.
Rasionalnya, kita telah punyai ilmu. Anda dah baca segala informasi dari gedung internet, dah beli buku terbaik dari toko buku terkenal tapi secara realitinya anda tak nampak. Ini yg menyebabkan ramai ibu2 gagal utk menyusukan anak mereka. Mereka terlupa bahwa perkara ini tidak mudah. Ia menuntut segala kerahan tenaga anda. Bila anda dah mencuba melakonkan situasi itu, anda dah dapat gambaran apa yg akan berlaku dan mempersiapkan diri dgn lebih baik lagi.
Ingat, menyusukan tidak menyusahkan tapi menyeronokkan!! Oleh itu, bersedialah dari awal.
Sokangan moral dan kewangan
Di samping anda mempersiapkan diri, jgn lupa elemen di sekitar anda. Suami, emak, emak mertua, sanak saudara, kawan-kawan atau anak2 yg lebih tua. Bagi bakal ibu yg pertama kali nak menyusukan, sokongan suami adalah sangat penting. Bawa suami sekali mengalami proses ini, kerana bayi yg anda akan susukan itu nanti adalah anak dia juga. Ceritakan pada suami kebaikan susu ibu. Bawa suami anda dengar sebarang ceramah mengenai penyususan ibu ini. Kalau anda terasa susah nak ceritakn, cari poster atau apa flyers dan tampal di kawasan yg anda rasa sesuai dan sering dikunjungi. Secara tidak langsung, informasi itu akan smp jg kpd si suami.
Walaupun emak dan emak mertua kita pernah melahirkan dan menyusukan tapi mgkn pada masa mereka keadaan tidak sama. Dulu tidak banyak informasi dapat diperoleh berbanding sekarang. Jadinya kongsilah bersama ilmu yg kita dpt dgn mereka. Bagitau maklumat yg kita dpt tu telah ada kajian dan bukti. Jgn lupa bagi sekali petikan dari Al-quran, surah Al-Baqarah Ayat 223 yg bermaksud “Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”. Hah..tu dia.Kuat sikit hujah kita. Kalau susah nak cakap, buat je mcm yg kita buat kat husband tadi. Tepek sume info yg kita dpt kat peti ais ke, almari ker, or kat memana yg mak dan MIL akan lalu. Nanti lelama terbuka lah hatinya utk menyokong niat murni kita itu..
Sesambil tu, tgk2 jg tpt kerja kita. Camne nanti lps habis confiment, senang tak nak mengepam, ada tak tempat nak pam, opismate camner plak.. Ni sume masuk bawah elemen sokongan moral. Kalaulah anda org pertama yg berniat nak menyusukan bayi anda secara eksklusif di tpt kerja, byklah cabrannya. Jadi bersedialah dgn sebarang kemungkinan. Sebarkan kpd kawan2 mengenai kebaikan susu ibu. Dapatkan tpt khas utk menyusu dari majikan, hantar proposal utk minta tpt yg sesuai.
Ok..sokongan moral sume dah dapat. Suami sokong, mak sokong, MIL sokong, even kengkwan kat opis pun sokong. Apa lagi yek?? Oh alatan utk mengepam dan sebagainya. Ni elemen kewangan ni bergantung kpd budget dan kemampuan. Kalau nak beli yg cangih manggih tentulah mahal.
Apa yg kene ada??
1. Alatan mengepam – lebih baik beli yg double pumpin
2. Chillers
3. Cooler bag
Rajin2 la tgk kat online shop spt susuibu.com, MLO, fabulousmom.com , http://www.sarakids.com/, dll. Kalau pandai cari, boleh dapat harga yg berbaloi. Nak kata murah, takde benda yg murah kan. Apa2 sj yg berkaitan dgn penyusuan, brg2nya agak mahal sedikit. Mcm baju penyusuan, bra, supplement dll..
No comments:
Post a Comment