salam semua. di harap semua anda di luar sana melalui hari2 dengan penuh ceria. biar pun dugaan yang datang kita harus kuat, harus bersemangat.. harus berfikiran positive supaya kehidupan kita lebih baik dari hari semalam.
Namun dugaan tetap ada kan... ALLAH uji hambanya dengan pelbagai cara. di uji hati supaya terasa gembira, sakit, kecewa, ragu, gundah dan berbagai lagi. tetapi ingatlah ALLAH nak bagi kita yang lebih baik. biar orang melakukan apa pada kita, senyumlah tanpa berkata apa2. dengan kata2 mungkin orang terluka demi kita mempertahankan hati & perasaan kita, dengan kata2 membuatkan ada insan lebih membenci kita.. oleh hal yang demikian.. silent is golden..heheheh sedikit tazkirah pagi.. untuk memulakan dengan hati yang tenang..
Dua insan kecil ini yang selalu membuatkan saya kuat & bersemangat untuk terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka..;-)
Semalam saya kongsi kegembiraan saya dengan adanya anak susuan.. hari ini pun saya nak sambung hal berkaitan dengan nya.. Anak susuan saya ni adalah anak angkat kepada salah seorang kawan saya yang telah lama mendirikan rumah tangga. kebetulan ada insan yang memerlukan pertolongan serta di minta anak ini jaga dengan penuh kasih saya kerana di pihak ibu yang melahirkan itu tidak mampu . pucuk di cita ulam mendatang la kan.. sememangnya kawan saya sedang mencari anak angkat. semasa beliau sedang mencari saya sudah tawarkan kepadanya, carilah kak.. saya sanggup untuk menyusukanya..ketika itu saya sedang menanti kelahiran puteri NAYLI HARRAZ..memang niat saya ingin membantu , dengan harapan bayi yang di ambil sihat serta mudah untuk di uruskan.
Genap sebulan lebih, rezeki itu datang kepada beliau. Ada insan yang tulus memberi, lalu saya menawarkan diri untuk menyusukan puteri kecil yang comel ini. bermula dari situ lah, rutin harian saya bertambah ceria & seronok. sebab saya ada anak susuan.hehehe.. kesitu pulak yea..di dalam hati saaya memanjatkan kesyukuran kerana amalan sunnah dapat saya laksanakan. walau hanya sedikit. alhamdulillah.
Sesi perahan susu saya semakin bertambah. ini kerana saya ingin memberi yang terbaik buat dua puteri kecil yang tidak mengerti apa-apa. hanya tersenyum bila di agah, menangis ketika lapas, tidur tatkala mengantuk.. heheh.. itulah si anak.. sebelum itu saya hanya membuat sesi perahan 4 kali sehari. tetapi denagn adanya nurdiana saya mula meningkatkan usaha saya dalam sesi pemerahan susu serta mendisiplinkan diri. terima kasih anakanda.. mengajar ibu erti hidup..dari 4 kali sehari ke 6 kali sehari.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.
alhamdulillah hasilnya ada. saya bersyukur. saya akan terus berusaha untuk mengumpul stok buat anak2.
Di pertiga malam jua saya bangun untuk memerah susu , di kala insan lain masih seronok berselimut saya sudah bangun.. saya seronok & bahagia apa yang saya lakukan. tiada keluhan letih, susah..
sekali sesi perahan yang saya perolehi.. alhamdulillah.
Inilah sebahagian susu perahan saya buat anakanda nurdiana. setiap bekas saya letakkan lebal, supaya mudah untuk di guna yang mana terlebih amal..ini hasil perahan dalam masa 1 hari setengah..susu saya tidak mewah seperti org lain, tetapi cukup buat anakanda berdua..
setiap pagi saya mula memerah susu seawal jam 6.15 pagi.. inilah hasilnya..alhamdulillah.
saya agihkan ke dalam bekas dadih kerana cukup simple untuk digunakan serta x ada pembaziran. sebelum di agihkan saya masukkan didalam botol di atas dan di letakan kedalam peti ais bahagian bawah. sejurus 2 jam selepas itu saya akan masukkan kedalam bekas dadih untuk di letakkan ke bahagian atas. bekas daih saya hanya gunakan sekali sahaja & terus buang.
Begitulah cara yang saya lakukan..alhamdulillah.. kini masih giat memrah susu walaupun saya telah kembali bertugas.Mudah2an saya terus kuat untuk melakukanya.. i-allah..
with love:
i'm mothers of najla', nayli & nurdiana.