Friday, October 7, 2011

bertuahnya diri mu wahai anak.

harrazkids
salam semua.
rindu untuk mencoret sesuatu. heheh.. baru belajar untuk menguruskan anak yang suah bertambah.. heh. hebat juga rasanya. semua perkara nak di satlekan sebelum mereka bangun sebelum menguruskan mereka. aktiviti harian saya padat. heh..

tajuk entry ni mmg best dan penuh syahdu untuk di persembahkan. heheh.. perasan la plak yea..
kerenah anak, ragam  si anak, ceria, bahagia si anak.. semuanya di lalui bersama ibu & bapanya. sejak berada dalam raahim si ibu lagi. bertuahnya dirimu wahai anak.

tatkala diri mu didalam rahim ibu, diri mu sudah bijak menceriakan hati ibu & ayah. dengan tendangan halus mu, gerakkan kecilmu.. ibu & ayah bahagia merasainya walaupun tidak pernah bersua dengan mu.. Dalam pada itu, kedudukkan mu, gerakkan mu membuatkaan si ibu tidak selesa untuk tidur, berehat, baring @ berjalan tetapi si ibu lalui jua kerana ingin melihat diri mu lahir ke dunia penuh pancaroba. ibu tersenyum sendirian. :-)

genap 9 bulan diri mu di lahirkan, mendengar tangisan mu ibarat satu rahmat kerana dirimu punya suara. hilang segala kesakitan dan kepayahan melahirkan mu..di susukan hanya dengan susu ibu, di peluk dalam pelukan ibu, di cium pipi mu yang mulus tanda syukur dan bahagia memilikki mu..

tangisan mu di malam hari membuatkan ibu sering gundah dengan mu, adakah kamu sakit wahai anak?.. namun tiada jawapan hanya tangisan jua yang di dengari..di peluk , di belai, di cium, di susukan membuatkan diri mu amat selesa berada dalam dakapan seorang ibu.diri mu terdiam memandang wajah kesayangan mu..lalu tersenyum.. lega hati ibu duhai anak..heheh.. bertapa besarnya  pengorbanan seorang ibu. syahdu ku..

bertapa bertuahnya diri mu wahai anak, semoga diri mu menjadi insan berguna dunia & akhirat..

sekian dulu coretan ku kali ini..
with love:
asma@harrazkids