Wednesday, September 14, 2011

kembara ku -episode 2

harrazkids

salam semua..
harap semuanya sihat & ceria selalu. mesti seronok musim2 raya nih.. pergi open house rumah teman2 kan.. heheheh.. ( bestnya) saya jugaklah yang tidak boleh kemana-mana lg. berpantang lagi.. hehehe..
ahad ni pantang saya habis lah dah, namun x bererti saya berhenti memerah susu?? tidak, sesekali tidak. I-allah, semangat saya ni akan terus sehingga anakanda saya berusia 2 tahun @ dapat adik baru.. kekeke.. cepatnya.. gurau je yea..pantang lagi...

Di sini ingin saya berkongsi bersama anda, berkaiatan bagaimana susu saya di bawa pulang dari hospital wad NICU setelah anakanda discharge..heheh..setelah hari ke 5 di wad, Dr Tan (doktor yang merawat anak saya) memberi kebenaran untuk pulang. bukan kepalang hati saya ini riangnya.. sebab dah rindu pada si kakaknya.. Dalam fikiran saya bagaimana ingin membawa pulang stok ebm saya..


yes.. dah boleh kuar wad....
Saya discharge kul 8 mlm dari wad, so sejam sebelum saya pulang saya masukkan semua stok ebm saya kedalam cooler bag bersama ice gel.

cooler bag yang akan saya masukkan stok ebm saya. alhamdulillah muat. x banyak sangat lagi.


ice gel yang sudah di keraskan. saya masukkan sehari sebelum dibenarkan pulang. dah keras, i-allah akan keras sehingga pulang kerumah. hanya 1 jan sahaja dari hospital.



susunanya, ice gel saya letakkan di atasnya. lalu beg di tutup. bersedia untuk di pindahkan ke tempat lain. best our journey..


perjumpaan pertama anata si kakak & adik..gembiranya hanya ALLAH sahaja tahu.. di cium dipeluk puas2. adik diam seolah2 mengerti akan kasih sayang seorang kakak. waktu ni jam sudah 7.50 mlm.suami sudah berbuka puasa & solat magrib. lega dah boleh pulang..


sayang adik.. mmmuuuuuah.. si kakak & si adik.. mudah2an kasih sayang antara kalian sentiasa mekar & tulus..kalian berada dalam rahim yang sama, kehangatan kasih sayang yang sama.. bersama selamanya.. i-allah.

sesampai di rumah segala kelengkapan susu dibersihkan & di keringkan. stok susu di masukkan kedalam peti ais bahagian atas. untuk menjamin ketahananya. i-allah.


stok susu yang di belum di susun mengikut tarikhnya. masih belum berkesempatan menyusunya. hehehe..

buat ibu2 diluar sana teruslah menyusui bayi anda, kerana ia merupakan langkah pertama untuk menjamin kehidupanya yang lebih baik pada masa akan datang..

with love:
mother of twice princess



Sunday, September 11, 2011

belated berday

harrazkids

salam semua. harapanya agar anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat & selesa bagi melalui kehidupan yang indah penuh cabaran. hari ini saya ingin kongsikan bersama anda birthday our little priencess..

sebenarnya dah sebulan berlalu berdayanya . cuma entry yang berkaitan denganya saya belum berkesempatan untuk mengarang.. masa x de.. (huhuhu.. alsan sebenarnya). masa yang di peruntukkan 24jam mmg sudah mencukupi bg hambanya. cuma cara yang tidak tepat untuk mengendalikanya, membuatkan kita merasakaan tidak cukup. hheheeh..

12/8/08 merupakan hari kelahiran puteri sulung saya. kini usianya sudah 3 tahun, bahagia membesarkanyaa, penuh dengan kerenah, celotehnya yang membuatkan kami merinduinya.. hehehe.. bila dia tido, cukup rindu.. tambah pula dalam keluarga saya dia merupakan cucu ke dua selepas sepupunya yang hanya tua 18 hari. jadi kami panggil mereka si kembar.. hehehe....sepupu dia (anak kepada abg sulung saya) lahir pada 26.7.08..

tara.. inilah mereka.

najla' harraz & aufa dania.
mereka inilah kesayangan kami semua. kerenah berdua ni pun dah cukup buat kami seronok, pening mcm2 gambaran.. kadang2  makcik2nya pun rasa nak ikat je dua org nih kat pokok.. hahaha.. itulah mereka. yang sentiasa menghiburkan..


kami bahagia bersama kalian berdua.. mudah2an kalian berdua sentiasa menjadi sahabat sejati dunia akhirat. ibu (panggilan untuk saya), babah , mama (panggilan untuk kakak ipar saya), babah, atok, jaddah, cik de, pak ude, cik de, cik teh, pak teh, pak tam, uncle, cik wa, cik bila & pakcu teramat bahagia memilikki kalian berdua.. love so much sayang..

love so much:
wth love
asma@harrazkids

kembaraku- episode 1

harrazkids

Teruja rasanya ingin terus mencoret tanpa pena ni.. hehehe.. kembara dalam penyusuan.. indah sangat rasanya.. ingin berkongsi dengan anda..memang ini jiwa saya.. hehehe.. hari2 bercerita pasal  breastfeeding pun x pe.suka sangat.


Di sebabkan duduk di wad selama 5 hari (masa yang agak lama). maka pam FS ni terpaksalah di angkut bersama.  bimbang baby x leh room in. so saya kena cari jalan untuk terus meningkatkan hasil susu ibu. agar bayi saya cukup bekalanya.. Memang doktor sudah memaklumkan kepada saya anak saya admit 5 hari. ingin memantau tahap kesihatanya. saya senyum tanpa kata apa2. Saya faham semuanya, kerana saya sudah melakukan persediaan awal berkaitan denganya. sehinggakan 1 hari seorang nurse bertanya kepada saya, akak perah susu ni dah ada susu ke?.. hanya melemparkan senyuman je pada nurse tu tanpa berkata apa2.. terdetik didalam hati saya, mungkin selama ini dia beranggapan di awal kelahiran bayi susu tidak ada. tak pe lah..
Jom!! baca lagi cerita saya nih.. hehehe..


inilah puteri saya saya terpaksa bermandikan cahaya lampu. saya buat penutup matanya. heheh.. nampakakn tulisan pen tu.. heheh.. I LOVE BREAST MILK.. ibunya yang x de kerja..bila nurse2 datang nak cek dia semua akan tersenyum melihat tulisan tu dan akan tanya pada saya " anak akk ni fully breastfeed ke?" saya senyum. " yea dik. fully breasfeed-I-ALLAH. si chubby (panggilan dari adik2 nurse tu buat anak saya)..heheh.. penenangan susu ibu dik.. heheheh.


sian tengok dia. tp x pe, janji cepat sembuh dari juandis. juandis anak saya ni tak lah tinggi. bacaan dia paling tinggi 190 sahaja. namun di sebabkan saya yang ber RH negatif jadi anak saya perlu di pantau sebaiknya. bimbang darah merahnya terlalu cepat pecah serta hati & badanya tidak kuat untuk melawanya. alhamdulillah hari yang ke 4 & 5 sudah mula turun dah.

walaupun anak saya sudah room in saya tetap memerah susu jua. hingga ada ibu2 yang dalam wad bersama saya bertanya, kenapa perlu perah susu lagi sedangkan anak dah room in. bila dorg tengok susu saya ada bila diperah masing2 pun turut seronok memrah. bagaikan satu semangat baru.. hhehhe. perasan lak yea.. tetapi memng betul. sehinggakan pam manual saya avent turut mereka cuba. saya faham mereka x bersedia untuk menyediakan segala kelengkapan kerana mereka beranggapan menyusu ni adalah perkara yang mudah saya jua tidak menyalahkan mereka kerana mungkin mereka kurang ilmu serta penegetahuan berkaitan denganya. sehinggakan waktu malam kami berkumpul memerah susu bersama2. memang seronok. indahnya bersama mereka. adik ida, kak mala, kak iza, kak nora , ema, ong, conney, k. yani, k.na- indah bersama kamu.. ku masih merindui kamu.. heheheh


hasil susu perahan saya yang bertulis menggunakan pen merah.. heheh.. inilah sebahagian susu ibu kawan2 saya yang telah di perah untuk di berikan kepada permata hati masing2.. mmg best..perah jangan x perah kawan2.. susu yang saya perah bertulisan merah. lain ari yang lain. bukan marah yea!! heheh..seronok tengok macam2 warna alam peti ais tu.. hehehe..


warna biru tu pack ice. yang akan di gunakan semasa membawa bekalan susu saya pulang kerumah nanti. Pada hari keempat saya masukkan ice gel tu ke alam freez. kerana kemungkinan besar si kecil saya akan discharge dari NICU. berkobar2 semangat seorang ibu muda ni.. kekekek..(muda lagi ke saya nih)..

hehehe.. nice pic. dalam perjalanan ke Hospital temerloh, untuk rawatan lanjut si kecil. setelah berusia 1 bulan. tengok si kakak tu, minum botol. Saya masukkan susu saya ke dalamnya. huhu.. sbb dia selalu minta nak mamam.. tapi malu, tu adik punya katanya.. bila dia minum, saya tanya best tak? best la ibu. sedap sangat.. kakak, ibu love moment during u breastfeed with me.. love u so much. u're the best parthner of breastfeeding..

saya akan sambung lagi cerita kembara saya episode 2 yea...heheheh.. tunggu yea..
sekian dulu.
wassalam..
with love:
asma@harrazkids

 

Saturday, September 10, 2011

sunnah mu, ku amalkan (ya Rasulullah)

harrazkids

salam semua. harapan saya anda sihat selalu..
Tajuk entry kali ini saya ingin berkongsi bersama anda semua berkaitan amalan sunnah yang di anjurkan dalam islam setelah kelahiran seseorang bayi ke muka dunia ini. Cuma cara kita nak laksanakan lambat @ cepat terpulang. semoga kita memperolehi keberkatanya.. ameen.

Anak , adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai harganya. bersama2 kita menghargainya. Apabila lahirnya seorang anak itu, maka ibu bapalah yang berhak mencorakkan kehidupannya. mahu menjadi baik atau sebaliknya.. saya pasti semua sahabat saya ingin kan yang terbaik kan..

puteri kecil saya lahir pada 6/8/11 bermakna 12/8/11 (hari lahir si kakaknya) adalah hari ke-7 hidup yang di lalui. Indahnya hidup ini sayang . insan2 di sekelilingmu menyayangi mu dengan sepenuh hati..

inilah Nayli harraz. selepas 6 jam kelahiranya. tomeynya. inilah budak cubby yang selalu tendang perut ibu. membuatkan hati ibu bahagia & ketawa. Dalam rahim ibu pun seorang bayi sudah mampu membuatkan ibu & babahnya tersenyum gembira..


Inilah wajah puteri kedua saya di hari yang ke-7. alhamdulillah sihat & aktif menjalani kehidupan bersama kami..sudah bersiap2 untuk pulang ke rumah atok & jaddah ( panggilan untuk nendanya) ibu saya untuk majlis Aqiqah, tahnik, potong kuku & cukur kepala.


seekor kambing yang di sediakan untuk majlis aqiqah Nayli Harraz Shahrossaleh. hehehe.. hensem kambing nih.. huhu..

nama pun dah di daftarkan di pejabat pendaftaran daerah jerantut.

aqiqah sudah nayli harraz binti shahrossaleh.

potong kuku si kecil. lembut kuku si kecil ni.


nyum!!nyum!!..sedapnya..(bertahnik)


cukur kepala. botak sudah anak ibu..

si kecil yang sudah botak..tidur kepenatan dengan aktiviti baru.. heheh.. alhamdulillah.

kek khas buat anakanda aqeef danial & nayli harraz. Welcome to Our Family.

alhamdulillah .. selesai sudah. syukur sangat majlis aqiqah berjalan seperti yang di rancang. walaupun berada di bulan Ramadhan.

semoga anakanda nayli harraz sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH. ameen..

sekian dulu coretan ku..
with love:




Thursday, September 8, 2011

Kembaraku bermula

harrazkids
salam semua.. harap semuanya sihat walafiat..
rajin hari ini saya. mencari & terus mencari serta mencuri masa rehat dengan kesibukkan menjaga 2 puteri yang memerlukan perhatian.. heheheh..
si kecil sedang beradu, si kakak pergi open house.. saya & adik di rumah..
wah!!.. tajuk cerita macam best je.. kembara saya dalam penyusuan baru bermula..kembara kali ini saya lebih banyak belajar dari pengalaman yang lalu & ilmu2 yang telah saya perolehi. hasilnya, alhamdulillah anak saya tidak meragam & mudah untuk di jaga. makan & selesanya bersesuaian dengan piawai dia bergelar bayi. heheh.. bila bangun terus menyusu, bila lampin  moden basah terus di tukarkan.. dengan ini satu bonus buat saya untuk merasa seronok & bahagia w/pun sibuk dalam pelbagai urusan. alhamdulillah, syukur..

Cerita kembara saya bermula.. taraa..
di wad, sebelum bebrapa jam saya melahirkan Nayli Harraz. Pada waktu ini saya sudah merasa kurang selesa kerana kesakitan sudah bermula. namun saya tetap maintain... heheh.."buat anakanda perjalanan anakanda Nayli untuk menjengah dunia semakin hampir waktu ini.. dikau menendang perut ibu, mengeras menandakan diri tidak sabar untuk keluar.. sabar yea sayang.. ".

Tidak henti di hati dan mulut saya mengingati maha pencipta serta meminta agar di permudahkan saya melahirkan si comel, setelah di kandung 9 bulan.. harapnya selamat.. tepat jam 11 mlm saya di tolak ke dewan bersalin memandangkan bukaan jalan sudah banyak..namun si kecil di dalam ini tetap bergerak aktif..seolah2 gembira akan melihat dunia..
"RABBI YASSIR WALA TUASSIR RABBI ATMIM BIL KHAIR INNAKA'ALA KULLISYAEIN QADIR"ameen.. inilah doa yg saya amalkn. agar ALLAH memudahkan hambaNYA ini.. syukur, segalanya mudah..

suami saya tetap disisi, mennti puteri yg bakal dilahirkan.. semangat mu kanda membuatkan dinda kuat.. alhmdulillah.. tepat jam 2.34pagi saya selamat melahirkan puteri kedua keluarga saya. tangisannya membuatkan saya bahagia. syukur ya ALLAH..

Saya & bayi di asingkan sementara. kerana anakanda saya perlu berada di NICU untuk pemeriksaan rapi kerana darah saya & anakanda saya tidak sama. tambahan pula saya ber Reshus negatif. Risiko untuk kuning adalah teramat tinggi. saya sempat mencium pipinya yang mulus & halus. saya syahdu sangat, sbb saya mengimpikan untuk menyusui bayi saya sejurus selepas lahir. namun atas nasihat doktor saya akur. dan saya bertekad saya akan pergi melihatnya setelah 3 jam melahirkanya.

tepat jam 4.30pg saya telah selesai di uruskan oleh nurse2 yang cukup baik, saya benar2 terharu & berterima kasih kepada mereka melayan saya dengan baik.. saya di hantar ke wad biasa tepat jam 5.00 pagi. Suami datang serta bersahur di dalam wad. memandangkan waktu imsyak sudah hampir. benar2 pengalaman yang bermakna.

Hati saya tetap bimbang, adakah anak saya akan di beri susu formula bila berada di NICU?.. susah jugak hati ini.. sbb impian saya ingin menyusuinya hanya dengan susu ibu. saya meminta pertolongan jururawat di wad untu memaklumkan kepada petugas di NICU bahawa anak saya hanya akan di susukan oleh saya. sementara itu saya sedah mengepam susu saya untuk mendapatkan kolestrom. titsan emas kolestrom buat permata hati saya.


titisan emas buat anakanda NAYLI HARRAZ.

walaupun hanya setitik dua namun ia amat bermakna. saya terus mengepam, agar pengaliran susu akan bertambah lancar. tambahan si kecil tidak room in dengan saya.

jam 8 pagi barulah saya di hantar ke wad NICU. Rasa hati terlalu gembira untuk berjumpa, membelai, memeluk si kecil saya erat2..menciumnya sepuas2nya.. hehehe.

si comel saya... heheh.. seronok dapat peluk si cubby saya ni.. tomey sesangat.. berat masa ni 3.56kg. puas saya kejut dia masa ni, tapi tetap tidur.. kenyang lagi... duduk dalam perut seblm lahir banyak makan.. sbb saya kuat makan. hehehe.. berat akhir saya 82kg.. huh.. beratnya..

kolestrom saya di hari pertama waktu pagi. alhamdulillah, walaupun sikit ia tetap bernilai..saya suapkan kedalam mulut puteri kecil saya. alhamdulillah dia perolehinya. tengah hari dia dah mula menyusu.. yea!! bahagia saya.



titisan emas ini di hari kedua. sudah bertambah kolestrom. tujuan saya buat begini kerana si kecil saya tidak room in . saya mahukan ia dapat yang terbaik.. apa pun keadaan saya. alhmdulillah.Saya room in bersama si kecil hanya seketika kerana bacaan  juandis naik mendadak.. sedih masa ni.. tapi x pe.. saya akan berusaha juga memberi yang terbaik. saya tidur di kerusi demi menemaninya. tidak mahu berjauhan dari si kecil ini. kerana di hospital saya bersalin ini bayi yang menghadapi apa2 masalah akan di asingkan dari ibunya sehinggalah dia beransur pulih. tapi x mengapa, dan bukan alasan untuk saya tidak menyusukan puteri saya..

di hari ketiga. kolestrom saya. dia sudah room in dengan saya.. alhamdulillah.
"demi mu nak ibu akan lakukan apa jua asalkan diri mu memperolehi yang terbaik sejak dari lahir lagi" ibu ingin melihat diri mu membesar hanya dengan susu ibu sama seperti kakak mu..


hasil perahan di hari yang keempat.. breast mula terasa bengkak. so saya tetap memerahnya. si kecil tetap menyusu terus dari saya. saya simpan di alam peti ais di dalam wad yang telah di sediakan. susu saya semakin bertambah dari hari ke hari. si kecil juga semakin membesar sihat tidak banyak ragam, bangun untuk menyusu & mandi .. then tidur semula..


I'm harraz.. inilah puteri kesayangan kami babah, ibu & kakak najla' harraz..NAYLI HARRAZ..love so much. tomey & tembam. doktor & misi2 panggil budak cubby.. hehe..
 
sekian dulu coretan saya dalam tajuk ini. saya akan kongsikan lagi kembaraku episode 1.. hehehe.. tunggu saya akan ceritakannya..
 
buat anakanda nayli:
 
"diri mu bertuah sayang".. tatkala bayi seusia mu menangis ditinggalkan ibu mereka didalam bekas kaca ibu sentiasa berada di sisi mu sayang. ibu tidur di sisi mu . tatkala bayi seusiamu meraung minta di ambil, di dakap di cium diri tetap berada dalam dakapan ibu tanpa tangisan. tatkala bayi lain dalam kesejukkan tanpa selimut bermandikan cahaya lampu, ibu selimutkan mu sayang..bertambah luluhnya hati ibu lagi apabila bayi seusiamu di sajikan susu FM oleh nurse2 menggunakan cawan (kerana entah kemana ibu mereka ketika itu) namun diri mu tetap berada alam pelukkan ibu sayang.. menikmati sajian yang paling hebat anugerah tak ternilai.. alangkah bertuanya diri mu sayang.. doa ibu agar diri mu sentiasa memperolehi yang terbaik.. ameen..
 
sekian dulu coretan ku..
with love:





raya kami.

harrazkids
salam semua. belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aldilfitri maaf zahir & batin.. hari ini merupakan syawal yang ke 11.. semoga apa yang kita lakuakan sentiasa daalam rahmatnya.. puasa sunat 6 syawal adalah salah 1 cara kita meningkatkan amalan hidup kita. i-allah..

2011 merupakan raya pertama puteri kelahiran saya " NAYLI HARRAZ".. saya amat bersyukur ALLAH anugerahkan keluarga disekeliling yang amat menyayangi saya. alahmdulillah. Lahirnya puteri  kedua saya bermakna semakin bertambah besar laah keluarga kami.

selamat hari raya dari kami sekeluarga. salah silap harap di maafkan. jemputlah datang ke rumah.
alhamdulillah saya cukup bahagia dengan keluarga kecil ini. saya bersyukur punyai suami yang cukup penyayang, anak2 yang cergas & sihat. mudah2an rahmat dari ALLAH buat saya ini saya diberkati.. amin..

Aidilfitri pada kali ini x dapatlah nak beraya sakan. kerana sisa2 pantang masih berbaki. saya & anak2 berehat di rumah mak saya setelah pulang dari rumah mertua pada pagi setelah suami & anak balik dari solat sunat aidilfitri..Ikutkan hati & perasaan ni larat je nak berjalan2 beraya.. hehehe.. tp bimbang jugak nenek bising. so lebih baik & jalan terbaik duduk berehat di rumah sahaja..

I-ALLAH,  tahun depan yea!!!..

ok semua.. bertemu di coretan lain pula yea.. akan saya kongsikan bersama anda pengalaman2 yang indah saya.

selamat hari raya semua..