Friday, August 26, 2011

packing

harrazkids
salam ramadhan semua.. kini sudah 27 Ramadhan beerti lagi 3 hari kita semua akan merayakan hari yang cukup bermakana buat kita semua setelah menjalani ibadah puasa selama 1 bulan. syukur YA ALLAH..
saya???? belum boleh berpuasa lagi, masih dalam pantang. habis pantang nanti kena ganti puasa pula yea.. (ingatan buat diri sendiri).

Saya tahu anda sekarang sedang sibuk membuat persiapan mengemas barang dan ada yaang sudah pulang berhari raya di kampung, begitu jugak dengan saya. sibuk nak packing barang2 untuk pulang berhari raya di rumah mertua pada esok tengah hari. walaupun saya masih berpantang, saya tetap akan pulang berhari raya di rumah mertua. dengan alasan saya sudah sihat sedikit. sihat cara org pantang lah. x de lah boleh nak berlari, membuat segala tugasan rumah. saya masih x mampu lagi. kesihatan harus di utamakan.

Kami sekeluarga akan pulang berhari raya pada esok hari di jengka 8. selesai solat hari raya kami akan pulang ke rumah mak saya di pulau tawar. saya akan menghabiskan pantang saya dirumah mak saya. ikutkan mak saya x bagi lagi ke hulu hilir. org dalam pantang kena jaga kesihatan biar cepat sembuh, tapi keadaan saya mengizinkan saya berbuat demikian. (heheheh.. mode nak berjalan)..

Saya dalam mode mengemas barang lagi. antara barang yang perlu & mesti di bawa baju raya kami sekeluarga. beg yang saya perlu kemaskan sebanyak 2 buah beg besar. 1 beg ketika berada di rumah mertua untuk 4 hari & 1 beg lagi untuk pulang ke rumah ibu saya. sekarang ahli keluarga kami sudah bertambah bermakna pakaian dalam beg kami pun bertambah.
baju babah, baju ibu (saya), baju kakak (najla') & baju adik (nayli). antara kami berempat baju adiklah yang perlu persiapan rapi. heheheh..sebenarnya sama banyak je..kekeke..

ok lah, saya perlu siapan segala tugasan saya. nanti suami akan bantu memasukkan kedalam beg. sementara saya perlu berehat. untuk si kecil yang ingin menyusu & saya memenuhi tuntutan untuk memerah susu untuk stok susu bila saya mula bertugas nanti.

Buat anda semua, selamat berhari raya. pandulah dengan berhemah ketika berada dijalan raya. ingatlah org yang tersayang.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA.

with love:
shah, asma, najla' & nayli.
(harrazkids)

Thursday, August 25, 2011

NAYLI HARRAZ-our journey

harrazkids

salam semua.
syukur kpd ALLAH  masih di beri peluang untuk meneruskn kehidupan..tambahan pula di bulan yang mulia ini bulan ramadhan, alhamdulillah. saya juga bersyukur kerana melahirkan puteri NAYLI HARRAZ dalam bulan yang mulia ini.

persediaan sebelum kelahiran mu NAYLI HARRAZ. i'm harraz..tertera pada bj pertama yg akan di pakai oleh mu sayang.. berbagai persiapan ibu lakukan sempena menyambut kelahiranmu. salah 1 yang istimewa setiap pakain pertama mu semuanya tertulis permata hati babah & ibu -harraz 2..

sulaman di tuala mandi & selimut mu sayang.

Bila segala kelengkapan mu ibu bawa bersama ke dewan bersalin, ibu rasa x sabar untuk melihat dirimu memakainya.. sehingga ada seorang nurse yang terperasan segala kelengkapanmu bersulam cantik.. ada yang bertanya anak sulung ke kak?.. ibu tersenyum dalam kesakitan, tak dik. anak kedua. Nurse tu cakap boleh la saya ikut apa yang akk buat ni.. cantik.. ibu tersenyum bahagia sayang.

inilah wajah NAYLI HARRAZ ketika berada di wad NICU temerloh. admit 5 hari selepas kelahiranya. si tomey ibu yang sentiasa membuatkan ibu bahagia. Nanti saya ceritakan mengapa anak kecil saya ini mesti berada di NICU w/pun kelahiranya normal & sihat.


setelah 5 hari di wad NICU kami di benarkan pulang. syukur tak terhingga, sebab saya sudah rindukan si kakak yang sentiasa ingin bermanja. huhuhu..inilah baju pertama yang di pakainya ketika selepas dilahirkan. namun hanya seketika, kerana diri mu terpaksa di tahan di NICU. so x berbajulah dirimu sayang.. x pe, janji keselamatan mu yang utama..nak balik pakaikan semula..he.

terima kasih buat warga HOSshah.. yang banyak membantu & menjaga kami berdua dengan rapinya.. jasa anda kami hargainya.. banyak perkara yang saya belajar & lalui.. syukur. alhamdulillah..

with love:
asma@harrazkids


Wednesday, August 24, 2011

puteriku yang kedua..

harrazkids
alhamdulillah, tepat 6 ogos 2011 bersamaan 6 ramadhan 1432 di pagi penuh kesyahduan lahirlah puteri yang di nanti2 tepat jam 2.34 pagi seberat 3.56kg..
bahagia ibu wahai anak "NAYLI HARRAZ " memilikki mu sebagai anak merupakan 1 anugerah besar buat ibu & babah sayang.. tangisan pertama mu menghilangkan semua kesakitan yang ibu lalui.. wajah mu, ibu tatp sayang, ibu belai tanpa ibu melupai ucapan syukur kepada ilahi memberi ibu anugerah terhebat ini.. sempat ibu memberi salam kepada mu sayang..alhamdulillah..
Dirimu persis kakak kesayangan semua.. NAJLA' HARRAZ.. cuma dirimu sedikit besar dari kakak..alhamdulillah dirimu sihat.
Babah juga merupakan insan yang terlalu bahagia memilikki dirimu.. pipi ibu di cium tanda terima kasih melahirkan mu sayang.. ibu bersyukur memilikki insan istimewa seperti babahmu. seorang yang cukup mithali buat anak2 & isteri..
kanda: dirimu teramat beharga buat kami bertiga.. teramat menyayngimu..pengorbanan mu cukup besar buat kami bertiga.. love u very very very much..

sekian dulu catatanku..
with love:
asma@harrazkids

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan

harrazkids

salam semua.. belum terlewat untu saya mengucapkan salam ramadhan buat anda semua.
bersyukur kerana kita masih di beri kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan kali ini.. alhamdulillah.. syukur YA ALLLAH..

Ramadhan , penuh dengan agendanya yang tersendiri.. dari awal ramadhan sehingga akhirnya penuh hikmah.. contohnya, 10 awal ramadhan ALLAH janjikan kepada mereka yang melaksanakan penuh keikhlasan dengan KEAMPUNAN dari segala dosa yang telah kita lakukan kan.. mohonlah sesemangat yang mungkin.

manakala, 10 pertengahan RAMADHAN perkara yang dijanjikan ALLAH ialah, KERAHMATAN. berjuta kerahmatan yang berada di dalamnya. saya mengingatkan diri saya & sahabat di luar sana, marilah kita rebut kerahmatan yang luas ini..

akhirnya 10 terakhir adalah TERLEPAS DARI SIKSAAN API NERAKA., marilah kita mohon agar terlepas dari seksaan yang tidak mungkin kita mampu untuk menghadapinya.

akhir kata, sambutlah salam ramadhan penuh ketaqwaan dari saya sekeluarga.

with love:
shah, asma& najla