Friday, June 24, 2011

penyusuan susu ibu.

harrazkids

Pengenalan

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang
mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis
penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi
kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu,
anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan
sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi
makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan

Untuk bayi :
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
o Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
o Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
o Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan
radang paru-paru.
Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah
untuk disediakan.
Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan
meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan
cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :
Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
Sebelum kelahiran
Semasa kelahiran
Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan
penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh
membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang
berhampiran.
Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi
beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan
rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah
antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital,
jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan
sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas
kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam
jangkamasa yang lama.
Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan
bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti
memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa
ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan
jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat
mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan
kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan
susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh
menyusu 8 ke 12 kali sehari.
Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila -
bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila
masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu
diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika
berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada
bersama-sama anda.
Tiada puting tiruan.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan
puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu
penyusuan.

Monday, June 13, 2011

power pumping

harrazkids
salam semua..
bersyukur masih lagi bernafas dalam muka bumi ini.. syukur YA ALLAH..
saya jua berharap kalian di luar sana sentiasaa sihat & ceria selalu di samping kehidupan yang penuh dengan ujian & cabaran. ANDA HEBAT!!..

entry saya pada kali ini tidak ada apa yang memberatkan andaa semua untuk berfikir, ia lebih berbentuk santai sahaja.. baca daalam keadaan yang tenang dan relex aje.. hehehe..

apa pandangan anda bila melihat gambar di atas ini?????????? sudah pasti anda merasakan.. waah banyaknya susu dia..!!
hehehe, jangan silap yea kawaan2, ini bukan susu perahan saya. Ini gambar perhiasan yang saya ambil dari internet. sekadar semangat buat kawan2 di luar sana untuk terus kembali memerah susu sekaligus, memberikan yang terbaik buat anak anda..

Di sini , saya ingin berkongsi bersamaa anda tips untuk membanyakkan susu perahan anda..tipsnya adalah, dengan kekerapan menyusu & perah ikut waktunya. susu ibu tidak akan habis. selagi mana bayi memerlukan selagi itulah susu ibu akan ada. so anda di luar jangan bimbang, bahawa susu ada limitednya dan kena perah sikit je. bimbang susu kehabisan..I-allah, itu tidak akan berlaku jika masa & keadaanya betul.

Apa yang anda perlu lakukan ialah DOUBLE PUMPING- ini akan menggalakkan pengaliran susu keluar.



ini lah contoh untuk DOUBLE PUMPING.

pengaliran susu akan keluar secara serentak. air susu akan memancut2 jika payudara kita sudah penuh & perlu di kosongkan. tetapi mesti ingat, bahawa: keadaan kita tidak boleh tertekan & terlalu mendesak untuk susu keluar dengan bayak. ia akan keluar secara natural.

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu

2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan

3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

itulah antara ilmu2 power pumping@ double pumping..
selamat mencuba!!!

Friday, June 10, 2011

Rinduku.

harrazkids
salam semua..
semoga anda sihat hendaknya. saya sudah berada di minggu yang 30 kehamilan. pergerakkan saya agak kurang agresif berbanding dulu.. huhu.. al-maklumlah, si kecil di dalam ni begitu riang bergolek2 dalam rahim saya. bahagia saya rasakan.. alhamdulillah.. tunggu 2 bulan lagi si comel ini akan menjengah dunia.. i-allah.. harap semuanya selamat.. amin..

Dalam saya menanti kehadiran insan baru dalam hidup ini, saya di uji perasaan yang amat hebat saya rasakan. tapi saya tahu ALLAH maha mengetahui apa yang berlaku. selalu saya akan termenung dan si kecil saya ( anak pertama saya ) akan bertanya mengapa ibu sedih ke????? perihatin sungguh anak saya.. bersyukur ada insan yang cukup menyayangi saya..

inilah wajah kesayangaku yang cukup memahami ku.. alhamdulillah.. nak.. diri mu selalu membuatkan hati ibu cair & rindu pada mu. kasih sayang untuk mu tulus & ikhlas. harapan ibu dikau membesar bagaikan juara..

inilah wajah si kecil saya yang cukup perihatin.. apa tidaknya, saya yang masuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan bulanan ( kali pertama dia ikut), menangis2 dia kerana kesian dekat ibu sakit kena cucuk.. saya pulak yang rasa nak nangis.. nurse sampai cakap, kecil2 dah pandai sayang ibu.. (alhamdulillah) syukur di hati kecil saya..terima kasih sayang!!


keluarga bahagia. kami bertiga.. i-allah, bulan 8 ni kami berempat pulak yea..!! tunggu..semoga keluarga kami bahagia hingga syurga. ku bersyukur dengan anugerah ini.. amin..

Saya rindu mak saya.. tawanya.. senyumnya.. wajahnya yang mendamaikan hati saya.. saya rindukan semua itu.. mak.. rindunya.. bila saya rindu pada mak sudah pasti saya pulang ke rumah mak saya yang tidak jauh dari tempat saya tingal.. kini kalau rindu saya terpaksa berulang alik ke kuala lumpur. demi mak tercinta saya serta rindu saya saya gagahi jua.. hehehe.. dapat berjalan sama..

mak saya masih kurang sihat, selepas pembedahan 2 minggu lalu mak masih belum kuat untuk pulang kerumah. jadi saya & adik beradik bersepakat agar mak saya masih tinggal di rumah abang sulung saya di keramat. demi kesihatanya jua, kami bertukar ganti menjaga mak dengan sepenuh hati. bagi memastikan mak sentiasa berada dalam keadaan selesa & sihat. semoga mek cepat sembuh.

besar sungguh anugerah ALLAH pada kami sekeluarga, di uji , di duga kami.. agar kami terus mengingatinya.. syukur dengan ujian itu.. kami adik beradik berasatu dalam segala hal. kami ingin yang terbaik untuk keluarga. kami bahagia dengan cara kami.



wajah kami 8 beradik.. yang si kecik di belakang tu permata hati saya.. heheh.. ganti cik teh kejap yea.. ( adik saya yang keempat)-tiada dalam gambar.



ala-ala.. manjanya dia.. ni lah wajah adik saya yang keempat, bersama suaminya.. taufik ( abg teh) orang melaka. gambar ni di ambil ketika kami bercuti ke melaka..(jangan marah yea..)

cukup!.. kami 9 orang..heheheh.. ramaikan.. 9 orang inlah yang akan selalu memikirkan mak, risau tentang keadaan mak, sedih apabila mak sakit, sentiasa ada menghulurkan bantuan ketika mak & ayah memerlukanya, kami sentiasa ada mak.. berkat kasih sayang & ajaran mak kami jadi anak yang cukup perihatin mak. mak segala-galanya.. tanpa mak & ayah siapalah kami..RINDU MAK.. kami amat berharap mak akan cepat sembuh..

saya yang rindu segala-galanya...heheeh.. emosi hari ni..

with love;
9 beradik