harrazkids
salam semua.. alhamdulillah, syukur masih di beri kesempatan ruang & peluang untuk berbafas di bumi ALLAH.. mudah2an di beri kekuatan yang jitu dalam melaluinya..
hari ini saya ingin berkongsi sedikit ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak2 bersama suami tercinta.. pasangan ini bertemu dan mendirikan rumah tangga kira2 32 tahun yang lalu. di kurniakan 9 orang cahaya mata. syukur tidak terhingga bahagia hingga kini..
anak yang di kandung dalam rahimnya lalu keluar kedunia ingin berjasa. kini seramai 8 orang cahaya matanya berjaya ke menara gading. syukur teramat sangat pada ilahi, atas rezeki buat kami sekeluarga.
kebahagiaan yang dari dulu hingga kini. mak & ayah ratu hati kami semua..
kami anak2 sangat menyayangi kalian. tidak terluah dengan kata2 hanya perasaan serta iringan doa tanda kami kasih dan sayang terhadap kalian. moga mak & ayah beroleh kebahagiaan dunia & akhirat..
inilah wajah2 kesayangan hamba.. hehhe.. merekalah penguat di sebalik kejayaan saya, merekalah semangat & dorongan saya untuk terus maju dalam kehidupan. tanpa mereka siapalah saya kini.. saya bahagia bersama mereka..
Ujian & cabaran ALLAH.. kami reda.. genap 1 tahun, kami sekeluarga menerima ujian ini dengan reda dan hati terbuka. mak di sahkan kanser usus.. alangkah walang hati saya. hanya ALLAH yang tahu.. pada awalnya saya tidak dapat menerima hakikat itu.. tetapi lama kelamaan saya reda dan terima. anggapan saya bahawa ALLAH uji kami adik beradik untuk terus berjasa kepada mak serta melakukan yang terbaik buat mak. usaha kami tidak pernah berhenti mencari penawar bagi penyakitnya. Namun, kami akur yang mak mesti melakukan pembedahan untuk terus sihat. saya percaya mak saya akan sembuh. mak saya seorang yang tabah.
wajah terbaru mak bersama adik lelaki saya. ketika majlis konvokasyen di uitm shah alam. mak tetap bersemangat melawan penyakit. mak saya hebat..
saya berdoa ssetiap masa agar mak saya sihat & tabah melawan penyakit. I-allah, akan sembuh..
hari ini mak saya akaan meneruskan rawatan ke HUKM.. bagi sesi radioterapi, i-allah semuanya selamat..
khas buat mak:..
mak tatkala ku melihat diri mu menderita x terkata perasaan ini.. tidak terluah ingin bertanya, hanya titisan air mata bertemankan diri ku..
doa buat mu agar kau terus kuat & sembuh tidak pernah ku lupakan, hatta dalam tidurku.. setiap kali ku terjaga dari lena ku berharap ku dapat lagi bermanja & menatap wajahmu..
runtuh hati ku bila melihat kau derita.. salkit.. kerut di wajahmu benar2 buat aku gelisah.. kerana diri mu tiidak pernah mengeluh kesakitan dengan derita yang yang tanggungi.. semoga ALLAH memberi kekuatan kepada kita sekeluarga..
amin..
sekian dulu coretan ku penuh emosi..