Friday, December 30, 2011

Tahun baru

harrazkids
salam kerinduan buat semua..
benar2 lama saya tidak mencoret tanpa bicara ini. rasanya terlalu banyak yang perlu di uruskan bagi memastikan segala aktiviti serta perancangan berjalan lancar.. alhamdulillah berjalan seperti yang di rancang.. syukur..YA ALLAH.

di sini tidak apa yang menarik untuk saya berkongsi dengan anda. cukup lah satu ungkapan yang perlu yang ucapkan "2011 rahmat".. alhamdulillah..syukur..dalam saya meniti kehidupan ramai insan di belakang saya ynag menyokong kejayaan saya sehingga ke hari ini. terima kasih semua. sokongan & doa anda buat saya saya teramat menghargainya..

2012 menjelma.. bermakna usia kita juga semakin meningkat.. tidak bermakna kita hanya mengira tahun yang berlalu .. namun kita seharusnya bersama2 mencapai impian serta lebih berusaha gigih untuk mencapai kejayaan..

i-allah, 2012.. perancangan sudah di buat..dalam proses pelaksanaan sahaja..
bermulanya 2012 cawangan harrazkids akan di buka di temerloh.. alhamdulillah.. bagi warga temerloh serta yang berhampiran sekita dengannya berkunjung ke harrazkids.. syukur..kami akan mula beroperasi 14 januari 2012..alhamdulillah..

sekian dulu coretan saya buat kali ini..

Wednesday, November 16, 2011

najla', nayli & nurdiana "anakanda ibu & babah"

harrazkids
salam semua. di harap semua anda di luar sana melalui hari2 dengan penuh ceria. biar pun dugaan yang datang kita harus kuat, harus bersemangat.. harus berfikiran positive supaya kehidupan kita lebih baik dari hari semalam.

Namun dugaan tetap ada kan... ALLAH uji hambanya dengan pelbagai cara. di uji hati supaya terasa gembira, sakit, kecewa, ragu, gundah dan berbagai lagi. tetapi ingatlah ALLAH nak bagi kita yang lebih baik. biar orang melakukan apa pada kita, senyumlah tanpa berkata apa2. dengan kata2 mungkin orang terluka demi kita mempertahankan hati & perasaan kita, dengan kata2 membuatkan ada insan lebih membenci kita.. oleh hal yang demikian.. silent is golden..heheheh sedikit tazkirah pagi.. untuk memulakan dengan hati yang tenang..


Dua insan kecil ini yang selalu membuatkan saya kuat & bersemangat untuk terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka..;-)
Semalam saya kongsi kegembiraan saya dengan adanya anak susuan.. hari ini pun saya nak sambung hal berkaitan dengan nya.. Anak susuan saya ni adalah anak angkat kepada salah seorang kawan saya yang telah lama mendirikan rumah tangga. kebetulan ada insan yang memerlukan pertolongan serta di minta anak ini jaga dengan penuh kasih saya kerana di pihak ibu yang melahirkan itu tidak mampu . pucuk di cita ulam mendatang la kan.. sememangnya kawan saya sedang mencari anak angkat. semasa beliau sedang mencari saya sudah tawarkan kepadanya, carilah kak.. saya sanggup untuk menyusukanya..ketika itu saya sedang menanti kelahiran puteri NAYLI HARRAZ..memang niat saya ingin membantu , dengan harapan bayi yang di ambil sihat serta mudah untuk di uruskan.

Genap sebulan lebih, rezeki itu datang kepada beliau. Ada insan yang tulus memberi, lalu saya menawarkan diri untuk menyusukan puteri kecil yang comel ini. bermula dari situ lah, rutin harian saya bertambah ceria & seronok. sebab saya ada anak susuan.hehehe.. kesitu pulak yea..di dalam hati saaya memanjatkan kesyukuran kerana amalan sunnah dapat saya laksanakan. walau hanya sedikit. alhamdulillah.

Sesi perahan susu saya semakin bertambah. ini kerana saya ingin memberi yang terbaik buat dua puteri kecil yang tidak mengerti apa-apa. hanya tersenyum bila di agah, menangis ketika lapas, tidur tatkala mengantuk.. heheh.. itulah si anak.. sebelum itu saya hanya membuat sesi perahan 4 kali sehari. tetapi denagn adanya nurdiana saya mula meningkatkan usaha saya dalam sesi pemerahan susu serta mendisiplinkan diri. terima kasih anakanda.. mengajar ibu erti hidup..dari 4 kali sehari ke 6 kali sehari.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.

alhamdulillah hasilnya ada. saya bersyukur. saya akan terus berusaha untuk mengumpul stok buat anak2.
Di pertiga malam jua saya bangun untuk memerah susu , di kala insan lain masih seronok berselimut saya sudah bangun.. saya seronok & bahagia apa yang saya lakukan. tiada keluhan letih, susah..


sekali sesi perahan yang saya perolehi.. alhamdulillah.

Agihan dibuat supaya pemberian kepada anakanda nurdiana bersesuaian dengan usianya.

Sesudah di perah saya akan masukkan kedalam peti sejuk untuk di kumpulkan di beri kepada anakanda nurdiana..

Inilah sebahagian susu perahan saya buat anakanda nurdiana. setiap bekas saya letakkan lebal, supaya mudah untuk di guna yang mana terlebih amal..ini hasil perahan dalam masa 1 hari setengah..susu saya tidak mewah seperti org lain, tetapi cukup buat anakanda berdua..


setiap pagi saya mula memerah susu seawal jam 6.15 pagi.. inilah hasilnya..alhamdulillah.
saya agihkan ke dalam bekas dadih kerana cukup simple untuk digunakan serta x ada pembaziran. sebelum di agihkan saya masukkan didalam botol di atas dan di letakan kedalam peti ais bahagian bawah. sejurus 2 jam selepas itu saya akan masukkan kedalam bekas dadih untuk di letakkan ke bahagian atas. bekas daih saya hanya gunakan sekali sahaja & terus buang.

Begitulah cara yang saya lakukan..alhamdulillah.. kini masih giat memrah susu walaupun saya telah kembali bertugas.Mudah2an saya terus kuat untuk melakukanya.. i-allah..

with love:
i'm mothers of najla', nayli & nurdiana.

Tuesday, November 15, 2011

anak susuan ku.

harrazkids

salam semua..
sudah lama saya tidak mencoretkan sesuatu.. teramat rindu sebenarnya.. tapi kengkangan waktu membatasinya.. heheh. ayat.. ;-)
Kesibukkan saya dalam menjalankan tugas sebagai ibu kepada 2 orang anak serta 1 orang anak susuan membuatkan waktu ibarat emas buat saya. saya mesti mendisiplinkan diri dalam  apa jua waktu, contohnya waktu perahan susu, pengurusan anak2, serta suami. tambah pula tugasan saya yang cukup mencabar ini. menyusukan anak susuan. Jadi saya mesti melakukan sesuatu yang terbaik buat mereka semua. saya bukan super mak.. tapi saya ingin menjadi seorang ibu yang menghargai anugerah ilahi ini..

pertengahan oktober yang lalu, saya cukup bahagia dengan anugerah yang tidak ternilai ini. saya bersyukur punyai dia..ambik mood sikit yea. hehehe..

;-).. saya gembira , bahagia, seronok semua ada.. sebab saya punya dia.." anak susuan".. puteri kecil yang selalu membuatkan saya jatuh cinta, jatuh hati padanya. bila saya pandang riak wajahnya tak tergambar hati saya kecil sungguh insan ini.. mampukah saya untuk memberi yang terbaik buatnya.. itulah persepsi saya apabila bersua dengan si kecil ini.. alhamdulillah terbukti kini.. saya mampu menyusuinya dengan takdir MU YA ALLAH..

NURDIANA..


anakanda susuan ibu..sayang saya buatnya sama seperti puteri saya berdua ni. rindu saya jua sama ..
comelkan.. teramat lah comel si kecil saya ni..senang di urus.seribu rahmat rasanya saya punyai puteri kecil ini..

hari pertama saya berjumpa puteri diana ini, beratnya hanya 1.7 kg.. menitis air mata saya melihatnya..kecil sungguh puteri ini. saya angkat dirinya dan saya letak di pangkuan. saya memohon keizinan suami untuk menyusuinya. alhamdulillah suami izinkan. terima kasih kanda ku.. lalu saya susuinya denagn penuh kasih dan saya. bijak sungguh si kecil ini, bila saya susukan dia terdengar halus diana menelan air susuan saya. pada masa itu luluh hati saya mengenangkan si kecil ini  amat memerlukan titisan emas ini. saya berazam akan memberikan yang terbaik buatnya. biarlah dia membesar seperti puteri kecil lain yang dapat memilikki nilaian emas ini.

Semasa saya menyusuinya, tidak putus di dalam hati saya membesarlah wahai anak.. ibu halalkan susu ini sayang. membesarlah dikau dalam rahmat dan kasih sayang dari ALLAH. serta saya usap kepalanya agar dia mengerti saya amat menyayanginya. dirinya tidak bersendirian , tidak terabai..dirinya punya insan yang disekelilingnya amat menyayangi dirinya..bertuah dirimu sayang..

Kini saya sudah mempunyai 3 orang permata hati. bermakna sungguh saya. saya punya mereka yang cukup membahagiakan hati saya.dunia saya cukup ceria dalam meniti hari hari yang indah. mudah2an rezeki yang di anugerahkan ini buat saya di berkati..

Saya berkongsi entry ini bersama anda semua, kerana saya ingin kongsi kegembiraan saya bersama anda diluar sana. doakan saya kuat untuk melaluinya..

Hasil susu perahan ibu. semasa di awal kelahiran puteri saya Nayli harraz. Alahmdulillah susu perahan ini dapat di milikki oleh puteri kecil saya Nurdiana. Saya bekalkan buat diana untuk di minum ketika pada waktu malam dan siang. Seandainya saya datang melawatnya saya akan terus menyusuinya secara direct. pandai si kecil ini membezakan antara puting tiruan dan puting susu ibu. cerdiknya wahai anak..

Seandainya dia menyusu susu ibu tidurnya akan lena serta akan terjaga tatkala perut mula diminta untuk di isi..bangun apabila pampers sudah penuh , sesudah itu tidur kembali. mudahkan.. heheh.. itulah dia puteri kecil nurdiana.

Susu perahan yang saya perah di awal kelahiran Puteri Nayli Harraz, saya bekalkan buat diana. Susu saya tetap ada untuk di perah. Sehinggakan ada yang bertanya kepada saya apabila mengetahui saya menyusui anak susuan "cukup ke susu"? saya akan tersenyum dan menjawab ada. sehinggakan ada insan yang membuat andaian sendiri oo.. susu awak banyak. x pe lah.. saya tersenyum jugak..tidak berkata apa2.. cuma ucapan syukur "alhamdulillah" serta di hati kecil tanpa suara ini berkata YA ALLAH  rahmatmu luas buatku.. maka permudahkan lah urusan ku ini..

sekian dulu coretan saya tanpa suara..i-allah akan saya kongsi lagi bersama detik2 manis saya bersama anak susuan saya. tunggu yea..

Bingkisan ringkas buat anakanda Nurdiana:

anakanda diana, tatkala dirimu membesar dirimu dilimpahi kasih dan sayang, rumah yang sunyi di penuhi dengan tangisan suara mu..gembira bukan kepalang ibu idah dan ayah ..ibu asma berkongsi kasih serta kegembiraan itu..ibu peluk dan cium mu.. ada masa kau tersenyum duhai anak..ibu turut tersenyum..saat kau kehabisan susu perahan ibu merasainya.. mula merasai rindu.. pernah satu ketika ibu bangun dimalam hari teringat akan diri mu.. menitis air mata kerinduan ibu.. terasa ingin cepat siang untuk bersua serta menatap wajahmu..itulah hebat diri mu..
insan yang menyayangi diri mu.
ibu asma.

with love.
asma mothers of 3 lil priencess..

Friday, October 7, 2011

bertuahnya diri mu wahai anak.

harrazkids
salam semua.
rindu untuk mencoret sesuatu. heheh.. baru belajar untuk menguruskan anak yang suah bertambah.. heh. hebat juga rasanya. semua perkara nak di satlekan sebelum mereka bangun sebelum menguruskan mereka. aktiviti harian saya padat. heh..

tajuk entry ni mmg best dan penuh syahdu untuk di persembahkan. heheh.. perasan la plak yea..
kerenah anak, ragam  si anak, ceria, bahagia si anak.. semuanya di lalui bersama ibu & bapanya. sejak berada dalam raahim si ibu lagi. bertuahnya dirimu wahai anak.

tatkala diri mu didalam rahim ibu, diri mu sudah bijak menceriakan hati ibu & ayah. dengan tendangan halus mu, gerakkan kecilmu.. ibu & ayah bahagia merasainya walaupun tidak pernah bersua dengan mu.. Dalam pada itu, kedudukkan mu, gerakkan mu membuatkaan si ibu tidak selesa untuk tidur, berehat, baring @ berjalan tetapi si ibu lalui jua kerana ingin melihat diri mu lahir ke dunia penuh pancaroba. ibu tersenyum sendirian. :-)

genap 9 bulan diri mu di lahirkan, mendengar tangisan mu ibarat satu rahmat kerana dirimu punya suara. hilang segala kesakitan dan kepayahan melahirkan mu..di susukan hanya dengan susu ibu, di peluk dalam pelukan ibu, di cium pipi mu yang mulus tanda syukur dan bahagia memilikki mu..

tangisan mu di malam hari membuatkan ibu sering gundah dengan mu, adakah kamu sakit wahai anak?.. namun tiada jawapan hanya tangisan jua yang di dengari..di peluk , di belai, di cium, di susukan membuatkan diri mu amat selesa berada dalam dakapan seorang ibu.diri mu terdiam memandang wajah kesayangan mu..lalu tersenyum.. lega hati ibu duhai anak..heheh.. bertapa besarnya  pengorbanan seorang ibu. syahdu ku..

bertapa bertuahnya diri mu wahai anak, semoga diri mu menjadi insan berguna dunia & akhirat..

sekian dulu coretan ku kali ini..
with love:
asma@harrazkids

Wednesday, September 14, 2011

kembara ku -episode 2

harrazkids

salam semua..
harap semuanya sihat & ceria selalu. mesti seronok musim2 raya nih.. pergi open house rumah teman2 kan.. heheheh.. ( bestnya) saya jugaklah yang tidak boleh kemana-mana lg. berpantang lagi.. hehehe..
ahad ni pantang saya habis lah dah, namun x bererti saya berhenti memerah susu?? tidak, sesekali tidak. I-allah, semangat saya ni akan terus sehingga anakanda saya berusia 2 tahun @ dapat adik baru.. kekeke.. cepatnya.. gurau je yea..pantang lagi...

Di sini ingin saya berkongsi bersama anda, berkaiatan bagaimana susu saya di bawa pulang dari hospital wad NICU setelah anakanda discharge..heheh..setelah hari ke 5 di wad, Dr Tan (doktor yang merawat anak saya) memberi kebenaran untuk pulang. bukan kepalang hati saya ini riangnya.. sebab dah rindu pada si kakaknya.. Dalam fikiran saya bagaimana ingin membawa pulang stok ebm saya..


yes.. dah boleh kuar wad....
Saya discharge kul 8 mlm dari wad, so sejam sebelum saya pulang saya masukkan semua stok ebm saya kedalam cooler bag bersama ice gel.

cooler bag yang akan saya masukkan stok ebm saya. alhamdulillah muat. x banyak sangat lagi.


ice gel yang sudah di keraskan. saya masukkan sehari sebelum dibenarkan pulang. dah keras, i-allah akan keras sehingga pulang kerumah. hanya 1 jan sahaja dari hospital.



susunanya, ice gel saya letakkan di atasnya. lalu beg di tutup. bersedia untuk di pindahkan ke tempat lain. best our journey..


perjumpaan pertama anata si kakak & adik..gembiranya hanya ALLAH sahaja tahu.. di cium dipeluk puas2. adik diam seolah2 mengerti akan kasih sayang seorang kakak. waktu ni jam sudah 7.50 mlm.suami sudah berbuka puasa & solat magrib. lega dah boleh pulang..


sayang adik.. mmmuuuuuah.. si kakak & si adik.. mudah2an kasih sayang antara kalian sentiasa mekar & tulus..kalian berada dalam rahim yang sama, kehangatan kasih sayang yang sama.. bersama selamanya.. i-allah.

sesampai di rumah segala kelengkapan susu dibersihkan & di keringkan. stok susu di masukkan kedalam peti ais bahagian atas. untuk menjamin ketahananya. i-allah.


stok susu yang di belum di susun mengikut tarikhnya. masih belum berkesempatan menyusunya. hehehe..

buat ibu2 diluar sana teruslah menyusui bayi anda, kerana ia merupakan langkah pertama untuk menjamin kehidupanya yang lebih baik pada masa akan datang..

with love:
mother of twice princess



Sunday, September 11, 2011

belated berday

harrazkids

salam semua. harapanya agar anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat & selesa bagi melalui kehidupan yang indah penuh cabaran. hari ini saya ingin kongsikan bersama anda birthday our little priencess..

sebenarnya dah sebulan berlalu berdayanya . cuma entry yang berkaitan denganya saya belum berkesempatan untuk mengarang.. masa x de.. (huhuhu.. alsan sebenarnya). masa yang di peruntukkan 24jam mmg sudah mencukupi bg hambanya. cuma cara yang tidak tepat untuk mengendalikanya, membuatkan kita merasakaan tidak cukup. hheheeh..

12/8/08 merupakan hari kelahiran puteri sulung saya. kini usianya sudah 3 tahun, bahagia membesarkanyaa, penuh dengan kerenah, celotehnya yang membuatkan kami merinduinya.. hehehe.. bila dia tido, cukup rindu.. tambah pula dalam keluarga saya dia merupakan cucu ke dua selepas sepupunya yang hanya tua 18 hari. jadi kami panggil mereka si kembar.. hehehe....sepupu dia (anak kepada abg sulung saya) lahir pada 26.7.08..

tara.. inilah mereka.

najla' harraz & aufa dania.
mereka inilah kesayangan kami semua. kerenah berdua ni pun dah cukup buat kami seronok, pening mcm2 gambaran.. kadang2  makcik2nya pun rasa nak ikat je dua org nih kat pokok.. hahaha.. itulah mereka. yang sentiasa menghiburkan..


kami bahagia bersama kalian berdua.. mudah2an kalian berdua sentiasa menjadi sahabat sejati dunia akhirat. ibu (panggilan untuk saya), babah , mama (panggilan untuk kakak ipar saya), babah, atok, jaddah, cik de, pak ude, cik de, cik teh, pak teh, pak tam, uncle, cik wa, cik bila & pakcu teramat bahagia memilikki kalian berdua.. love so much sayang..

love so much:
wth love
asma@harrazkids

kembaraku- episode 1

harrazkids

Teruja rasanya ingin terus mencoret tanpa pena ni.. hehehe.. kembara dalam penyusuan.. indah sangat rasanya.. ingin berkongsi dengan anda..memang ini jiwa saya.. hehehe.. hari2 bercerita pasal  breastfeeding pun x pe.suka sangat.


Di sebabkan duduk di wad selama 5 hari (masa yang agak lama). maka pam FS ni terpaksalah di angkut bersama.  bimbang baby x leh room in. so saya kena cari jalan untuk terus meningkatkan hasil susu ibu. agar bayi saya cukup bekalanya.. Memang doktor sudah memaklumkan kepada saya anak saya admit 5 hari. ingin memantau tahap kesihatanya. saya senyum tanpa kata apa2. Saya faham semuanya, kerana saya sudah melakukan persediaan awal berkaitan denganya. sehinggakan 1 hari seorang nurse bertanya kepada saya, akak perah susu ni dah ada susu ke?.. hanya melemparkan senyuman je pada nurse tu tanpa berkata apa2.. terdetik didalam hati saya, mungkin selama ini dia beranggapan di awal kelahiran bayi susu tidak ada. tak pe lah..
Jom!! baca lagi cerita saya nih.. hehehe..


inilah puteri saya saya terpaksa bermandikan cahaya lampu. saya buat penutup matanya. heheh.. nampakakn tulisan pen tu.. heheh.. I LOVE BREAST MILK.. ibunya yang x de kerja..bila nurse2 datang nak cek dia semua akan tersenyum melihat tulisan tu dan akan tanya pada saya " anak akk ni fully breastfeed ke?" saya senyum. " yea dik. fully breasfeed-I-ALLAH. si chubby (panggilan dari adik2 nurse tu buat anak saya)..heheh.. penenangan susu ibu dik.. heheheh.


sian tengok dia. tp x pe, janji cepat sembuh dari juandis. juandis anak saya ni tak lah tinggi. bacaan dia paling tinggi 190 sahaja. namun di sebabkan saya yang ber RH negatif jadi anak saya perlu di pantau sebaiknya. bimbang darah merahnya terlalu cepat pecah serta hati & badanya tidak kuat untuk melawanya. alhamdulillah hari yang ke 4 & 5 sudah mula turun dah.

walaupun anak saya sudah room in saya tetap memerah susu jua. hingga ada ibu2 yang dalam wad bersama saya bertanya, kenapa perlu perah susu lagi sedangkan anak dah room in. bila dorg tengok susu saya ada bila diperah masing2 pun turut seronok memrah. bagaikan satu semangat baru.. hhehhe. perasan lak yea.. tetapi memng betul. sehinggakan pam manual saya avent turut mereka cuba. saya faham mereka x bersedia untuk menyediakan segala kelengkapan kerana mereka beranggapan menyusu ni adalah perkara yang mudah saya jua tidak menyalahkan mereka kerana mungkin mereka kurang ilmu serta penegetahuan berkaitan denganya. sehinggakan waktu malam kami berkumpul memerah susu bersama2. memang seronok. indahnya bersama mereka. adik ida, kak mala, kak iza, kak nora , ema, ong, conney, k. yani, k.na- indah bersama kamu.. ku masih merindui kamu.. heheheh


hasil susu perahan saya yang bertulis menggunakan pen merah.. heheh.. inilah sebahagian susu ibu kawan2 saya yang telah di perah untuk di berikan kepada permata hati masing2.. mmg best..perah jangan x perah kawan2.. susu yang saya perah bertulisan merah. lain ari yang lain. bukan marah yea!! heheh..seronok tengok macam2 warna alam peti ais tu.. hehehe..


warna biru tu pack ice. yang akan di gunakan semasa membawa bekalan susu saya pulang kerumah nanti. Pada hari keempat saya masukkan ice gel tu ke alam freez. kerana kemungkinan besar si kecil saya akan discharge dari NICU. berkobar2 semangat seorang ibu muda ni.. kekekek..(muda lagi ke saya nih)..

hehehe.. nice pic. dalam perjalanan ke Hospital temerloh, untuk rawatan lanjut si kecil. setelah berusia 1 bulan. tengok si kakak tu, minum botol. Saya masukkan susu saya ke dalamnya. huhu.. sbb dia selalu minta nak mamam.. tapi malu, tu adik punya katanya.. bila dia minum, saya tanya best tak? best la ibu. sedap sangat.. kakak, ibu love moment during u breastfeed with me.. love u so much. u're the best parthner of breastfeeding..

saya akan sambung lagi cerita kembara saya episode 2 yea...heheheh.. tunggu yea..
sekian dulu.
wassalam..
with love:
asma@harrazkids

 

Saturday, September 10, 2011

sunnah mu, ku amalkan (ya Rasulullah)

harrazkids

salam semua. harapan saya anda sihat selalu..
Tajuk entry kali ini saya ingin berkongsi bersama anda semua berkaitan amalan sunnah yang di anjurkan dalam islam setelah kelahiran seseorang bayi ke muka dunia ini. Cuma cara kita nak laksanakan lambat @ cepat terpulang. semoga kita memperolehi keberkatanya.. ameen.

Anak , adalah anugerah ALLAH yang tidak ternilai harganya. bersama2 kita menghargainya. Apabila lahirnya seorang anak itu, maka ibu bapalah yang berhak mencorakkan kehidupannya. mahu menjadi baik atau sebaliknya.. saya pasti semua sahabat saya ingin kan yang terbaik kan..

puteri kecil saya lahir pada 6/8/11 bermakna 12/8/11 (hari lahir si kakaknya) adalah hari ke-7 hidup yang di lalui. Indahnya hidup ini sayang . insan2 di sekelilingmu menyayangi mu dengan sepenuh hati..

inilah Nayli harraz. selepas 6 jam kelahiranya. tomeynya. inilah budak cubby yang selalu tendang perut ibu. membuatkan hati ibu bahagia & ketawa. Dalam rahim ibu pun seorang bayi sudah mampu membuatkan ibu & babahnya tersenyum gembira..


Inilah wajah puteri kedua saya di hari yang ke-7. alhamdulillah sihat & aktif menjalani kehidupan bersama kami..sudah bersiap2 untuk pulang ke rumah atok & jaddah ( panggilan untuk nendanya) ibu saya untuk majlis Aqiqah, tahnik, potong kuku & cukur kepala.


seekor kambing yang di sediakan untuk majlis aqiqah Nayli Harraz Shahrossaleh. hehehe.. hensem kambing nih.. huhu..

nama pun dah di daftarkan di pejabat pendaftaran daerah jerantut.

aqiqah sudah nayli harraz binti shahrossaleh.

potong kuku si kecil. lembut kuku si kecil ni.


nyum!!nyum!!..sedapnya..(bertahnik)


cukur kepala. botak sudah anak ibu..

si kecil yang sudah botak..tidur kepenatan dengan aktiviti baru.. heheh.. alhamdulillah.

kek khas buat anakanda aqeef danial & nayli harraz. Welcome to Our Family.

alhamdulillah .. selesai sudah. syukur sangat majlis aqiqah berjalan seperti yang di rancang. walaupun berada di bulan Ramadhan.

semoga anakanda nayli harraz sentiasa berada di dalam rahmat ALLAH. ameen..

sekian dulu coretan ku..
with love:




Thursday, September 8, 2011

Kembaraku bermula

harrazkids
salam semua.. harap semuanya sihat walafiat..
rajin hari ini saya. mencari & terus mencari serta mencuri masa rehat dengan kesibukkan menjaga 2 puteri yang memerlukan perhatian.. heheheh..
si kecil sedang beradu, si kakak pergi open house.. saya & adik di rumah..
wah!!.. tajuk cerita macam best je.. kembara saya dalam penyusuan baru bermula..kembara kali ini saya lebih banyak belajar dari pengalaman yang lalu & ilmu2 yang telah saya perolehi. hasilnya, alhamdulillah anak saya tidak meragam & mudah untuk di jaga. makan & selesanya bersesuaian dengan piawai dia bergelar bayi. heheh.. bila bangun terus menyusu, bila lampin  moden basah terus di tukarkan.. dengan ini satu bonus buat saya untuk merasa seronok & bahagia w/pun sibuk dalam pelbagai urusan. alhamdulillah, syukur..

Cerita kembara saya bermula.. taraa..
di wad, sebelum bebrapa jam saya melahirkan Nayli Harraz. Pada waktu ini saya sudah merasa kurang selesa kerana kesakitan sudah bermula. namun saya tetap maintain... heheh.."buat anakanda perjalanan anakanda Nayli untuk menjengah dunia semakin hampir waktu ini.. dikau menendang perut ibu, mengeras menandakan diri tidak sabar untuk keluar.. sabar yea sayang.. ".

Tidak henti di hati dan mulut saya mengingati maha pencipta serta meminta agar di permudahkan saya melahirkan si comel, setelah di kandung 9 bulan.. harapnya selamat.. tepat jam 11 mlm saya di tolak ke dewan bersalin memandangkan bukaan jalan sudah banyak..namun si kecil di dalam ini tetap bergerak aktif..seolah2 gembira akan melihat dunia..
"RABBI YASSIR WALA TUASSIR RABBI ATMIM BIL KHAIR INNAKA'ALA KULLISYAEIN QADIR"ameen.. inilah doa yg saya amalkn. agar ALLAH memudahkan hambaNYA ini.. syukur, segalanya mudah..

suami saya tetap disisi, mennti puteri yg bakal dilahirkan.. semangat mu kanda membuatkan dinda kuat.. alhmdulillah.. tepat jam 2.34pagi saya selamat melahirkan puteri kedua keluarga saya. tangisannya membuatkan saya bahagia. syukur ya ALLAH..

Saya & bayi di asingkan sementara. kerana anakanda saya perlu berada di NICU untuk pemeriksaan rapi kerana darah saya & anakanda saya tidak sama. tambahan pula saya ber Reshus negatif. Risiko untuk kuning adalah teramat tinggi. saya sempat mencium pipinya yang mulus & halus. saya syahdu sangat, sbb saya mengimpikan untuk menyusui bayi saya sejurus selepas lahir. namun atas nasihat doktor saya akur. dan saya bertekad saya akan pergi melihatnya setelah 3 jam melahirkanya.

tepat jam 4.30pg saya telah selesai di uruskan oleh nurse2 yang cukup baik, saya benar2 terharu & berterima kasih kepada mereka melayan saya dengan baik.. saya di hantar ke wad biasa tepat jam 5.00 pagi. Suami datang serta bersahur di dalam wad. memandangkan waktu imsyak sudah hampir. benar2 pengalaman yang bermakna.

Hati saya tetap bimbang, adakah anak saya akan di beri susu formula bila berada di NICU?.. susah jugak hati ini.. sbb impian saya ingin menyusuinya hanya dengan susu ibu. saya meminta pertolongan jururawat di wad untu memaklumkan kepada petugas di NICU bahawa anak saya hanya akan di susukan oleh saya. sementara itu saya sedah mengepam susu saya untuk mendapatkan kolestrom. titsan emas kolestrom buat permata hati saya.


titisan emas buat anakanda NAYLI HARRAZ.

walaupun hanya setitik dua namun ia amat bermakna. saya terus mengepam, agar pengaliran susu akan bertambah lancar. tambahan si kecil tidak room in dengan saya.

jam 8 pagi barulah saya di hantar ke wad NICU. Rasa hati terlalu gembira untuk berjumpa, membelai, memeluk si kecil saya erat2..menciumnya sepuas2nya.. hehehe.

si comel saya... heheh.. seronok dapat peluk si cubby saya ni.. tomey sesangat.. berat masa ni 3.56kg. puas saya kejut dia masa ni, tapi tetap tidur.. kenyang lagi... duduk dalam perut seblm lahir banyak makan.. sbb saya kuat makan. hehehe.. berat akhir saya 82kg.. huh.. beratnya..

kolestrom saya di hari pertama waktu pagi. alhamdulillah, walaupun sikit ia tetap bernilai..saya suapkan kedalam mulut puteri kecil saya. alhamdulillah dia perolehinya. tengah hari dia dah mula menyusu.. yea!! bahagia saya.



titisan emas ini di hari kedua. sudah bertambah kolestrom. tujuan saya buat begini kerana si kecil saya tidak room in . saya mahukan ia dapat yang terbaik.. apa pun keadaan saya. alhmdulillah.Saya room in bersama si kecil hanya seketika kerana bacaan  juandis naik mendadak.. sedih masa ni.. tapi x pe.. saya akan berusaha juga memberi yang terbaik. saya tidur di kerusi demi menemaninya. tidak mahu berjauhan dari si kecil ini. kerana di hospital saya bersalin ini bayi yang menghadapi apa2 masalah akan di asingkan dari ibunya sehinggalah dia beransur pulih. tapi x mengapa, dan bukan alasan untuk saya tidak menyusukan puteri saya..

di hari ketiga. kolestrom saya. dia sudah room in dengan saya.. alhamdulillah.
"demi mu nak ibu akan lakukan apa jua asalkan diri mu memperolehi yang terbaik sejak dari lahir lagi" ibu ingin melihat diri mu membesar hanya dengan susu ibu sama seperti kakak mu..


hasil perahan di hari yang keempat.. breast mula terasa bengkak. so saya tetap memerahnya. si kecil tetap menyusu terus dari saya. saya simpan di alam peti ais di dalam wad yang telah di sediakan. susu saya semakin bertambah dari hari ke hari. si kecil juga semakin membesar sihat tidak banyak ragam, bangun untuk menyusu & mandi .. then tidur semula..


I'm harraz.. inilah puteri kesayangan kami babah, ibu & kakak najla' harraz..NAYLI HARRAZ..love so much. tomey & tembam. doktor & misi2 panggil budak cubby.. hehe..
 
sekian dulu coretan saya dalam tajuk ini. saya akan kongsikan lagi kembaraku episode 1.. hehehe.. tunggu saya akan ceritakannya..
 
buat anakanda nayli:
 
"diri mu bertuah sayang".. tatkala bayi seusia mu menangis ditinggalkan ibu mereka didalam bekas kaca ibu sentiasa berada di sisi mu sayang. ibu tidur di sisi mu . tatkala bayi seusiamu meraung minta di ambil, di dakap di cium diri tetap berada dalam dakapan ibu tanpa tangisan. tatkala bayi lain dalam kesejukkan tanpa selimut bermandikan cahaya lampu, ibu selimutkan mu sayang..bertambah luluhnya hati ibu lagi apabila bayi seusiamu di sajikan susu FM oleh nurse2 menggunakan cawan (kerana entah kemana ibu mereka ketika itu) namun diri mu tetap berada alam pelukkan ibu sayang.. menikmati sajian yang paling hebat anugerah tak ternilai.. alangkah bertuanya diri mu sayang.. doa ibu agar diri mu sentiasa memperolehi yang terbaik.. ameen..
 
sekian dulu coretan ku..
with love:





raya kami.

harrazkids
salam semua. belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aldilfitri maaf zahir & batin.. hari ini merupakan syawal yang ke 11.. semoga apa yang kita lakuakan sentiasa daalam rahmatnya.. puasa sunat 6 syawal adalah salah 1 cara kita meningkatkan amalan hidup kita. i-allah..

2011 merupakan raya pertama puteri kelahiran saya " NAYLI HARRAZ".. saya amat bersyukur ALLAH anugerahkan keluarga disekeliling yang amat menyayangi saya. alahmdulillah. Lahirnya puteri  kedua saya bermakna semakin bertambah besar laah keluarga kami.

selamat hari raya dari kami sekeluarga. salah silap harap di maafkan. jemputlah datang ke rumah.
alhamdulillah saya cukup bahagia dengan keluarga kecil ini. saya bersyukur punyai suami yang cukup penyayang, anak2 yang cergas & sihat. mudah2an rahmat dari ALLAH buat saya ini saya diberkati.. amin..

Aidilfitri pada kali ini x dapatlah nak beraya sakan. kerana sisa2 pantang masih berbaki. saya & anak2 berehat di rumah mak saya setelah pulang dari rumah mertua pada pagi setelah suami & anak balik dari solat sunat aidilfitri..Ikutkan hati & perasaan ni larat je nak berjalan2 beraya.. hehehe.. tp bimbang jugak nenek bising. so lebih baik & jalan terbaik duduk berehat di rumah sahaja..

I-ALLAH,  tahun depan yea!!!..

ok semua.. bertemu di coretan lain pula yea.. akan saya kongsikan bersama anda pengalaman2 yang indah saya.

selamat hari raya semua..

Friday, August 26, 2011

packing

harrazkids
salam ramadhan semua.. kini sudah 27 Ramadhan beerti lagi 3 hari kita semua akan merayakan hari yang cukup bermakana buat kita semua setelah menjalani ibadah puasa selama 1 bulan. syukur YA ALLAH..
saya???? belum boleh berpuasa lagi, masih dalam pantang. habis pantang nanti kena ganti puasa pula yea.. (ingatan buat diri sendiri).

Saya tahu anda sekarang sedang sibuk membuat persiapan mengemas barang dan ada yaang sudah pulang berhari raya di kampung, begitu jugak dengan saya. sibuk nak packing barang2 untuk pulang berhari raya di rumah mertua pada esok tengah hari. walaupun saya masih berpantang, saya tetap akan pulang berhari raya di rumah mertua. dengan alasan saya sudah sihat sedikit. sihat cara org pantang lah. x de lah boleh nak berlari, membuat segala tugasan rumah. saya masih x mampu lagi. kesihatan harus di utamakan.

Kami sekeluarga akan pulang berhari raya pada esok hari di jengka 8. selesai solat hari raya kami akan pulang ke rumah mak saya di pulau tawar. saya akan menghabiskan pantang saya dirumah mak saya. ikutkan mak saya x bagi lagi ke hulu hilir. org dalam pantang kena jaga kesihatan biar cepat sembuh, tapi keadaan saya mengizinkan saya berbuat demikian. (heheheh.. mode nak berjalan)..

Saya dalam mode mengemas barang lagi. antara barang yang perlu & mesti di bawa baju raya kami sekeluarga. beg yang saya perlu kemaskan sebanyak 2 buah beg besar. 1 beg ketika berada di rumah mertua untuk 4 hari & 1 beg lagi untuk pulang ke rumah ibu saya. sekarang ahli keluarga kami sudah bertambah bermakna pakaian dalam beg kami pun bertambah.
baju babah, baju ibu (saya), baju kakak (najla') & baju adik (nayli). antara kami berempat baju adiklah yang perlu persiapan rapi. heheheh..sebenarnya sama banyak je..kekeke..

ok lah, saya perlu siapan segala tugasan saya. nanti suami akan bantu memasukkan kedalam beg. sementara saya perlu berehat. untuk si kecil yang ingin menyusu & saya memenuhi tuntutan untuk memerah susu untuk stok susu bila saya mula bertugas nanti.

Buat anda semua, selamat berhari raya. pandulah dengan berhemah ketika berada dijalan raya. ingatlah org yang tersayang.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA.

with love:
shah, asma, najla' & nayli.
(harrazkids)

Thursday, August 25, 2011

NAYLI HARRAZ-our journey

harrazkids

salam semua.
syukur kpd ALLAH  masih di beri peluang untuk meneruskn kehidupan..tambahan pula di bulan yang mulia ini bulan ramadhan, alhamdulillah. saya juga bersyukur kerana melahirkan puteri NAYLI HARRAZ dalam bulan yang mulia ini.

persediaan sebelum kelahiran mu NAYLI HARRAZ. i'm harraz..tertera pada bj pertama yg akan di pakai oleh mu sayang.. berbagai persiapan ibu lakukan sempena menyambut kelahiranmu. salah 1 yang istimewa setiap pakain pertama mu semuanya tertulis permata hati babah & ibu -harraz 2..

sulaman di tuala mandi & selimut mu sayang.

Bila segala kelengkapan mu ibu bawa bersama ke dewan bersalin, ibu rasa x sabar untuk melihat dirimu memakainya.. sehingga ada seorang nurse yang terperasan segala kelengkapanmu bersulam cantik.. ada yang bertanya anak sulung ke kak?.. ibu tersenyum dalam kesakitan, tak dik. anak kedua. Nurse tu cakap boleh la saya ikut apa yang akk buat ni.. cantik.. ibu tersenyum bahagia sayang.

inilah wajah NAYLI HARRAZ ketika berada di wad NICU temerloh. admit 5 hari selepas kelahiranya. si tomey ibu yang sentiasa membuatkan ibu bahagia. Nanti saya ceritakan mengapa anak kecil saya ini mesti berada di NICU w/pun kelahiranya normal & sihat.


setelah 5 hari di wad NICU kami di benarkan pulang. syukur tak terhingga, sebab saya sudah rindukan si kakak yang sentiasa ingin bermanja. huhuhu..inilah baju pertama yang di pakainya ketika selepas dilahirkan. namun hanya seketika, kerana diri mu terpaksa di tahan di NICU. so x berbajulah dirimu sayang.. x pe, janji keselamatan mu yang utama..nak balik pakaikan semula..he.

terima kasih buat warga HOSshah.. yang banyak membantu & menjaga kami berdua dengan rapinya.. jasa anda kami hargainya.. banyak perkara yang saya belajar & lalui.. syukur. alhamdulillah..

with love:
asma@harrazkids


Wednesday, August 24, 2011

puteriku yang kedua..

harrazkids
alhamdulillah, tepat 6 ogos 2011 bersamaan 6 ramadhan 1432 di pagi penuh kesyahduan lahirlah puteri yang di nanti2 tepat jam 2.34 pagi seberat 3.56kg..
bahagia ibu wahai anak "NAYLI HARRAZ " memilikki mu sebagai anak merupakan 1 anugerah besar buat ibu & babah sayang.. tangisan pertama mu menghilangkan semua kesakitan yang ibu lalui.. wajah mu, ibu tatp sayang, ibu belai tanpa ibu melupai ucapan syukur kepada ilahi memberi ibu anugerah terhebat ini.. sempat ibu memberi salam kepada mu sayang..alhamdulillah..
Dirimu persis kakak kesayangan semua.. NAJLA' HARRAZ.. cuma dirimu sedikit besar dari kakak..alhamdulillah dirimu sihat.
Babah juga merupakan insan yang terlalu bahagia memilikki dirimu.. pipi ibu di cium tanda terima kasih melahirkan mu sayang.. ibu bersyukur memilikki insan istimewa seperti babahmu. seorang yang cukup mithali buat anak2 & isteri..
kanda: dirimu teramat beharga buat kami bertiga.. teramat menyayngimu..pengorbanan mu cukup besar buat kami bertiga.. love u very very very much..

sekian dulu catatanku..
with love:
asma@harrazkids

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan

harrazkids

salam semua.. belum terlewat untu saya mengucapkan salam ramadhan buat anda semua.
bersyukur kerana kita masih di beri kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan kali ini.. alhamdulillah.. syukur YA ALLLAH..

Ramadhan , penuh dengan agendanya yang tersendiri.. dari awal ramadhan sehingga akhirnya penuh hikmah.. contohnya, 10 awal ramadhan ALLAH janjikan kepada mereka yang melaksanakan penuh keikhlasan dengan KEAMPUNAN dari segala dosa yang telah kita lakukan kan.. mohonlah sesemangat yang mungkin.

manakala, 10 pertengahan RAMADHAN perkara yang dijanjikan ALLAH ialah, KERAHMATAN. berjuta kerahmatan yang berada di dalamnya. saya mengingatkan diri saya & sahabat di luar sana, marilah kita rebut kerahmatan yang luas ini..

akhirnya 10 terakhir adalah TERLEPAS DARI SIKSAAN API NERAKA., marilah kita mohon agar terlepas dari seksaan yang tidak mungkin kita mampu untuk menghadapinya.

akhir kata, sambutlah salam ramadhan penuh ketaqwaan dari saya sekeluarga.

with love:
shah, asma& najla

Thursday, July 21, 2011

alhamdulillah.

harrazkids
salam semua.. harapanya agar kalian semua sihat dalaam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan & cabaran. itulah namanya rencah kehidupan. tanpa rencah itu tidak mungkin hidup ini indah kan.. (mode saabar), taapi bila terasa hati ni ada kemarahan mungkin kita akan rasa 1 bebanan besar. namun pecayalah, di sebalik dugaan tercalit catatan bahagia.. maka tunggu dengan penuh sabar. sabar itu indah..


wajah terbaru saya. yang kini sudah sarat mengandungkan anak yang ke dua. si kakak najla' harraz teruja memilikki adik.. mm.. alhamdulillah bahagia saya.

syukur saya kerana saya sudah memasukki terismeter kehamilan yang terakhir. di hujung2 kehamilan.. terasa mengah, penat.. tapi bahagia..naluriku seorang ibu.. mm emosi..

ku rasakan anak dalam rahimku bergerak2, sungguh senang dirinya bergolek2dalam perutku.. tergelak ku sendirian..seronok & bahagia.. tak terkata perasaan ini. saya berdoa agar di permudahkan untuk melahirkan bayi yang ku kandungkan ini.. i-allah.

suami yang tersayang banyak memberi semangat & sokongan kepada diri ini walau apa pun keadaan yang saya pilih. dialah mentor yang terbaik yang selalu berada di sisi saya. terima kasih "wahai kekanda ku" diri mu terlalu istimewa buat diri ku & anak2.. ku bertuah memilikki mu.. ALLAH anugerahkan diri mu buatku & anak2 terlalu bermakna. syukran ya ALLAH..


best friends!!.. najla' harraz & babah ..

3 tahun sudah kami bergelar ibu & babah kepada diri mu sayang. ibu dan babah sempurna dengan adanya diri mu..kelemahan,  kekurangan ibu & babah  menjadi segalanya sempurna hadirnya diri mu..diri Mu selalu membahagiakan ibu & babah. love always sayang..najla' harraz.

semoga dirimu menjadi insan yang terbaik serta bijak mengenal ilahi untuk terus di rahmati..
i-allah, adik2 mu yang bakal lahir membuatkan diri mu terlalu istimewa.. diri mu terlalu beharga..kasih , sayang ibu & babah tiada bezanya.. tetap sama sayang..

love so much.. ku bahagia memilikki keluarga kecil ini.. amin.. syukur ya allah..
alhamdulillah..

Saturday, July 16, 2011

happy birthday najla' harraz

harrazkids
happy birthdaay to u, happy birthday to u.. happy birthday to u najla'.. haappy birthday to u..
babah & ibu love u soo much.. 3 tahun sudah berlalu .. usia mu makin bertambah.. beerti sudah 3 tahun aku bertuah bergelar ibu kepada mu sayang.. babah jua pun begitu..

Babah & Ibu terlalu menyayangi mu..
love so much dear Najla'..

Friday, June 24, 2011

penyusuan susu ibu.

harrazkids

Pengenalan

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang
mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis
penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi
kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu,
anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan
sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi
makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan

Untuk bayi :
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
o Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
o Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
o Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan
radang paru-paru.
Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah
untuk disediakan.
Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan
meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan
cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :
Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
Sebelum kelahiran
Semasa kelahiran
Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan
penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh
membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang
berhampiran.
Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi
beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan
rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah
antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital,
jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan
sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas
kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam
jangkamasa yang lama.
Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan
bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti
memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa
ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan
jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat
mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan
kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan
susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh
menyusu 8 ke 12 kali sehari.
Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila -
bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila
masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu
diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika
berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada
bersama-sama anda.
Tiada puting tiruan.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan
puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu
penyusuan.